[INFO] Kemudahan Cuti Kuarantin Bagi Denggi & 5 Penyakit Lain Untuk Penjawat Awam


Kemudahan Cuti Kuarantin adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2017.

KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Anak hendaklah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun, sekiranya anak adalah OKU - tiada had umur.

Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria

(Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa)
Terima Kasih Atas Sokongan Anda