SBPA: Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SBPA 2012

Yang mana satu betul
SYARAT LANTIKAN Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG1-1(SSM - PPPS DG41)
(b)(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T1); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2).


Pening-pening...
 KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG1-2
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 yang kosong apabila telah:-


(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-2 (GURU BIASA)
12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 apabila telah:-


(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG1-1;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

Saya sangat bersetuju dengan skim yang terbaru ini terutamanya mengenai kelayakan untuk lantikan ke gred DG1-1 dan tangga gaji permulaan yang diberikan. Guru terutamanya dari lulusan KPLI merupakan pemegang ijazah pertama yang terdiri daripada berbagai bidang. Penetapan gaji permulaan mereka adalah berdasarkan bidang ijazah pertama yang dimiliki di mana bagi bidang sains pertanian, kejuruteraan, senibina, perakaunan dan seumpamanya menikmati penetapan gaji permulaan pada tangga yang jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Pada hakikatnya, setelah menjadi guru, para guru berkongsi beban tugas yang hampir sama tanpa mengira latarbelakang ijazah pertama masing-masing.

Terima Kasih