Latar Belakang Program Pemulihan Khas


Catatan Nota

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).


LATARBELAKANG

1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi “Withdrawal System.”

1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan” bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran.

1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR.
1998 - Program Intervensi 3M.
2000 - “Multiple Intelligence”


Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 : (PERAKUAN 5)

“ Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu ”


PEMULIHAN DALAM KBSR
 
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas.

Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.


1) Pemulihan Dalam Kelas

Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS)
- oleh BPK
- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya

PROTIM
- program pemulihan 3M tahap 2
- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M
- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR
- gagal praujian - murid PROTIM
- BM dan Matematik

2) Program Pemulihan Khas

- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
- murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan
- ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik)
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan
- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M


PEMULIHAN DALAM KSSR
 
Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun 2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun 2012.


No comments:

Post a Comment