Siapakah Murid Pemulihan Khas?

Rajin adik rajin, rajinlah belajar, bila besar nanti, boleh bantu ibubapa

Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.

Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.

Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.


DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

A.E. Tansley dan Gulliford 
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.

M.F.  Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah  kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. 

Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan  mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. 

Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.

Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.


Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’.


SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS...
  • Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
  • Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid belajar bersabar
  • Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
  • Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
  • Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.


CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS

Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan  di sekolah.
  • Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
  • Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
  • Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru 
  • Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja
  • Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.
  • Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
  • Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan 
  • Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
  • Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.
  • Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
  • Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
  • Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process.

A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment