Guru Ganti Lagi!


Pagi tadi PK1 datang berjumpa dengan saya di bilik pemulihan. Beliau meminta saya menggantikan guru Sains yang baru Jumaat lepas bersalin. Saya sudah maklum tentang perkara ini daripada GB 2 minggu lepas. Nama saya merupakan antara calon-calon guru ganti.

Pada tahun lepas saya telah menggantikan guru prasekolah yang juga cuti bersalin selama 2 bulan. Kelas pemulihan terpaksa ditutup terus. Kesian murid-murid pemulihan.

Pada kali ini saya memberitahu GB, kalau boleh saya tidak mahu kelas pemulihan ditutup kerana menggantikan guru lain yang cuti bersalin. Saya boleh ambil sebahagian daripada jadual guru tersebut supaya saya masih ada ruang untuk mengajar murid-murid pemulihan. GB bersetuju.

Jadual baru saya sekarang - 18 waktu Sains, 6 waktu Pendidikan Moral dan 4 waktu Pemulihan ( Thn 3 dan thn 4).

Alasan kenapa saya diminta mengajar subjek sains kerana latar belakang pendidikan saya. Semasa di tingkatan 4 dan tingkatan 6, saya mengambil subjek sains tulen (biologi, kimia, fizik). Semasa di universiti, saya mengambil jurusan sains. Sebelum menjadi guru melalui KPLI, saya memang bekerja di dalam bidang sains, hampir 6 tahun.

Takdir telah membawa saya ke dalam bidang pendidikan - pemulihan khas.

Alasan lain? Mungkin sebab saya adalah GPK. Guru-guru GPK mungkin faham maksud saya ini.




Terima Kasih Atas Sokongan Anda