DISLEKSIA | Apa Yang Perlu Guru Tahu?

Mengejutkan tapi itulah realitinya. Berita Harian 24/3/2012 melaporkan bahawa kira-kira 45, 000 (50 peratus daripada lebih 90,000) kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia.

Perangkaan daripada Kementerian Pelajaran menunjukkan 5 daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan. 







Murid-murid disleksia menghadapi masalah kesukaran mengeja, membaca dan menulis.  Mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf, suku kata atau perkataan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kecelaruan pada otak di bahagian bahasa.


Hampir semua sekolah mempunyai murid disleksia. Apa yang membezakan mereka adalah tahap disleksia yang dihadapi sama ada ringan, sederhana atau teruk. Ramai yang tidak menyedari tentang murid-murid disleksia dan ini menyebabkan murid cenderung dilabelkan sebagai malas, bodoh dan lembab.



Sumber: Berita Harian, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGMKBM, Buku Pengantar Pendidikan Khas

Terima Kasih

12 comments:

  1. salam cikgu hijau..blh x saya nak mtk izin utk amik sdkt mklumat sb nak buat kertas kerja ipg...syukran...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...cikgu hijau..

    saya nak bertanya apa yang perlu dilakukkan untuk kanak-kanak seperti ini..

    nmalazamzuri@blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.

      Kanak2 Disleksia perlu ada pengesahan doktor. Bila dah ada surat pengesahan doktor, mereka dihantar ke sekolah Pendidikan Khas dengan kebenaran ibu bapa.

      Ada satu sekolah khas untuk kanak2 disleksia ie SK Taman Tun Dr Ismail (kalau tak silap saya).

      Delete
  3. Anak sy umur 5 thn tdk knl huruf abc tp boleh menulis huruf2 tersebut. Manakala nombor pula sudah kenal dengan btl. Stkt ni baru knl 1-10. Iqra' sdh iqra 2. Adakah dia ada mslh disleksia atau skdr lmbt shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan ke blog Cikgu Hijau.

      Kalau anak puan mendpt pendidikan secara formal dan pd umur 6-7 thn dia masih belum mengenal abjad, kemungkinan dia bermasalah dlm pembelajaran.

      Delete
  4. thanks for info..sangat bermanfaat untuk saya yang mempunyai anak 5 dan akan masuk ke 6 tahun..

    http://permatahatibidadariku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya baru menghasilkan app Android (utk tablet dan smartphone) khas utk parents dan guru2 belajar teknik mengajar kanak-kanak disleksia tanpa menggunakan kertas dan pensel. Teknik ini disebut multisensori (pelbagai deria).
    SIlalah kunjungi fb page https://www.facebook.com/Interlid untuk maklumat lanjut. atau http://myvitalvits.blogspot.com/2014/01/bantuan-kemahiran-membaca-untuk-kanak.html

    Saya ingin jemput ibubapa utk mencuba app ini.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu, anak saya berumur 5tahun, tapi masi belum kenal abjad dan nombor tetapi boleh menyebut 1-10 in english and malay.. same with abc, boleh sebut a-z tapi xkenal huruf. juga ada masalah dalam bercakap dan komunikasi, tidak memahami perkataan atau arahan yang diberikan walau pun perkataan and arahan yang ringkas. bila bercakap anak saya bercakap seperti bahasa yang tidak difahami kecuali bahagian yg terakhir. contoh: %&^$#@G*car.
    selalu menangis tanpa sebab,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jika puan anak masa dan kelapangan, bawalah anak puan berjumpa doktor untuk jalankan pemeriksaan masalah pembelajaran di mana-mana klinik kesihatan yang terdekat. Doktor lebih arif mendiagnosis anak puan. Guru hanya dapat memberikan bayangan/ramalan sahaja.

      Delete
  7. Assalamualaikum..cikgu hijau..sy Aida.. Sy mempunyai seorg ank lelaki yg sy kuatiri disleksia..dia msih xboleh membaca dgn baik..silap sy ambil mudah bila cikgu sekolah ank sy (waktu darjah 2) hanya memberi alasan bahawa, ank sy baik2 saja..n biasa ada kanak2 yg lambat dlm pelajaran.. Hjung darjah 2 sy tgok tiada penibgkatan pembelajaran anak sy, jd sy decided pindahkan dia kesekolah lain.. Ternyata tahun ni adalah benda yg sama..ank sy xboleh menulis dgn baik n msih membaca scara gagap.. Sy xbawa ank sy utk checkup lg.. Ats sbb sy bru mengetahui tentang hal disleksia.. Boleh x cikgu hijau bantu sy, apa yg sy patut lakukan.. Sy ibu tunggal, jd memikul sndiri ni amat sukar bg sy..terima kasih cikgu hijau..

    ReplyDelete