Kanak-Kanak Belajar Menjadi Orang Dewasa di KIDZANIA Kuala Lumpur

Rabu lepas saya pergi ke Kidzania Kuala Lumpur di Curve NX, Mutiara Damansara kerana mengikuti rombongan prasekolah. Dalam hati tertanya-tanya, Kidzania ini apa? Rupa-rupanya Kidzania ini adalah replika sebuah bandar tetapi bersaiz kanak-kanak. Tidak di sangka, di dalam bangunan Curve NX itu terdapat sebuah bandar mini, a city of Kidzania. Lokasinya bersebelahan dengan IKEA sahaja.

Bangunan Kidzania KL di Curve NX Mutiara Damansara


Pemandangan di dalam bangunan Kidzania

Di dalamnya ada bangunan, kedai, hotel, panggung wayang, restoran, balai polis, mahkamah, balai bomba, salun, TNB, Telekom, Lapangan terbang, stesen minyak, tempat belajar kereta, tempat cuci kereta, pasaraya, sekolah memasak, sekolah melukis, kolej, rumah kediaman, kilang, hospital, disko pun ada, stesen TV, bank, stesen radio Hitz.fm dan banyak lagi. Bumbungnya pula di cat seolah-olah seperti langit biru.

Bangunan Balai Polis Kidzania City
CSI @City of Kidzania

Balai Bomba Kidzania
Fire Station, City Of Kidzania

Di sini, kanak-kanak bermain dan belajar menjadi orang dewasa melalui pekerjaan yang dilakukan. Terdapat lebih daripada 90 pekerjaan yang ditawarkan di Kidzania. Apabila bekerja, kanak-kanak akan dibayar gaji menggunakan wang yang dinamakan Kidzos. Dengan Kidzos, mereka boleh membeli makanan, membayar perkhidmatan, menyimpan di bank atau pun membelanjakannya di kedai yang menggunakan mata wang Kidzos yang terdapat di City of Kidzania.

mata wang Kidzania City
Mata wang Kidzania iaitu KidZos

Di sini wang kidzos tidak laku kerana RM sahaja ada nilai

Kanak-kanak di Kidzania boleh memilih pekerjaan yang disukai seperti bomba, polis, hakim, peguam, penyiasat, pekerja Telekom, doktor, doktor gigi, jururawat, pilot, flight attendant, wartawan, pengacara dan sebagainya. Pekerjaan paling popular adalah bomba dan pilot/flight attendant. Di sini, pengunjung terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran. Saya terpaksa menunggu hampir 40 minit untuk memenuhi impian seramai 7 orang anak-anak prasekolah sepanjang masa bertanya.... cikgu, bila nak jadi bomba ni....?

Aktiviti bekerja sebagai bomba memang nampak menarik pada mata kanak-kanak. Selepas mendengar taklimat, mereka akan dibawa menaiki kereta bomba. Di atas kereta bomba, mereka menyanyi lagu sementara kereta bergerak menuju ke tempat kebakaran. Sampai di tempat kebakaran, mereka akan memadamkan kebakaran yang berlaku di hotel menggunakan alat yang memancutkan air ke arah hotel. Kebakaran memang nampak macam betul-betul berlaku. Ada api, ada bunyi seperti kaca-kaca pecah dan bunyi letupan.

Pasukan bomba Kidzania
Impian tercapai. Sedang kusyuk mendengar taklimat kebakaran.
Hotel terbakar
Apa yang sedang mereka dengar agaknya??

Satu aktiviti mengambil masa antara 15-20 minit. Aktiviti pula ikut kesesuaian umur dan bilangan peserta. Contohnya untuk jadi bomba, ambil masa 20 minit dan hanya melibatkan 8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas sahaja dalam satu-satu masa. Selepas habis aktiviti menjadi ahli bomba, kanak-kanak akan dibayar gaji sebanyak 8 kidzos. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan terlibat di dalam setiap aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak. Orang dewasa hanya boleh melihat dari jauh, maklumlah kanak-kanak kan sudah bertukar menjadi dewasa di Kidzania!

Peraturan aktiviti di Fitters Fire Station. (+8 maknanya dapat gaji 8 KidZos)

Jika kanak-kanak ingin belajar sesuatu seperti belajar melukis di Painting School, mereka dikenakan bayaran sebanyak 5 Kidzos.

Peraturan aktiviti di Painting School. (-5 bermaksud kena bayar 5 KidZos)

Hospital di Kidzania City
Hospital KPJ. Tak sempat nak masuk.

Kidzania Kuala Lumpur ini boleh memuatkan sehingga 1700 orang dalam satu masa. Pada hari rabu lepas, saya dimaklumkan lebih 1000 orang berkunjung ke Kidzania.

Di tingkat dua selepas turun dari kapal terbang AirAsia.

Kidzania Malaysia adalah rangkaian Kidzania yang ke-9 di dunia dan dibuka pada 28 Februari 2012. Kidzania berasal dari Mexico dan sudah pun berada di Jepun , Korea, Dubai, Jakarta, Lisbon, Monterrey, Koshien, Santiago dan Cuicuilco.


Panjang lagi kalau nak tulis tentang Kidzania ini, jadi saya fikir baik saya ringkaskan saja.




Bajet 2013 : Bonus SATU SETENGAH BULAN GAJI untuk Penjawat Awam

  ISI PENTING BAJET 2013

  1. Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji (1.5 X). Dibayar 3X - Raya 2012 yang sudah dibayar, Disember 2012 (setengah bln) dan Januari 2013 (setengah bln).
  2. Diskaun 20% ke atas pinjaman pelajaran PPTN bagi peminjam yang melangsaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun bermula bulan Oktober 2012 sehingga 30 September 2013. Diskaun 10% setahun bagi yang membayar hutang secara konsisten bermula 1 Oktober 2012.
  3. Rebat RM200 secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G utk belia 21-30 tahun berpendapatan RM3000 dan ke bawah.
  4. Diskaun 50% tambang komuter KTMB utk semua warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 dan kebawah sebulan.
  5. Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
  6. Bantuan Bauchar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
  7. Pemberian BR1M 2.0 akan dilaksanakan. Kriteria yang sama dan sebagai tambahan, BR1M 2.0 ini turut diperluaskan kepada individu bujang bagi yang bergaji kurang dari RM2000 dan akan menerima bantuan RM250. Bagi yang telah mendaftar tidak perlu lagi berbuat demikian. 
  8. Pelepasan cukai RM6000 untuk ibubapa bagi pendidikan tinggi anak-anak .
  9. Sebanyak 38.7 bilion diperuntukan kpd KPM utk peruntukan mengurus dan pembangunan. Tambahan 500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru bagi subjek-subjek teras spt BM, MT, BI dan Sains melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills.
  10. Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion akan dikendalikan oleh SME Bank
  11. Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta utk pembiayaan modal kerja PKS yg usahakan pengeluaran produk halal.
  12. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan beri pinjaman RM25,000 bg “licensee” & RM500,000 kpd “licensor” dlm usaha memodenkan perniagaan penjaja & peniaga kecil.
  13. Pengecualian cukai 1) pengecualian cukai pendapatan 100% utk 10 tahun; 2) pengecualian cukai pegangan; 3) pengecualian duti setem.
  14. Pengurangan Cukai Pendapatan individu. Penurunan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM2500 - RM50,000.
  15. Pengecualian cukai pendapatan bg tempoh 10 tahun kpd syarikat berstatus TRX (Tun Razak Exchange).
  16. SC akan perkenalkan Graduate Representative Program dgn kerjasama sektor swasta bg melatih graduan memenuhi keperluan industri.
  17. Utk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota.
  18. Geran RM10,000 kpd persatuan penduduk berdaftar utk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan & mempertingkatkan peranan rukun negara.
  19. Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan.
  20. Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan kepada RM150/5 tahun dan RM80/2 tahun untuk warga emas dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
  21. Skim PerlindunganTakaful Padi dibawah 10 hektar.
  22. Subsidi gula dikurangkan 20 sen per kg. (Harga gula naik lagi?)
  23. Peruntukan utk Bajet 2013 ialah RM251.6 bilion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 bilion & Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 bilion.

[DOWNLOAD] Lembaran Kerja Perkataan KVKV Kawalan Vokal 'a'

Salam semua.

Lembaran kerja perkataan KVKV ini terbahagi dua:
  • Set pertama, mempunyai pilihan jawapan
  • Set kedua tiada pilihan jawapan. 

Antara perkataan yang diuji ialah mata, mama, nama, lada, bapa, kala, bata, baca, kaca, kata, kaya, raja, rama-rama, jala (14 perkataan).

Mula-mula saya akan beri kepada murid lembaran kerja yang mempunyai pilihan jawapan. Murid akan mengisi petak kosong berdasarkan jawapan yang diberi. Jikalau murid dapat menjawab hampir ke semua soalan dengan betul, barulah saya akan memberikan mereka bahagian yang kedua yang tidak mempunyai pilihan jawapan. Jika tidak, murid akan mengulangi menjawab lembaran kerja yang sama sehinggalah jawapan mereka betul sekurang-kurangnya 12 perkataan.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi ingatan murid-murid selain daripada memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan KVKV yang berkaitan.

Latihan ini diberikan selepas P&P dijalankan dan semasa menjalankan ujian tahap penguasaan.

Berdasarkan pemerhatian dan rekod, murid LINUS saya seramai 6 orang dapat jawab semua soalan dengan betul sekiranya soalan mempunyai pilihan jawapan.

Guru Mentor Program Pembangunan Guru Baharu

Alhamdulillah 'in-house training'/LADAP tentang Guru Mentor Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) telah dijalankan petang tadi.

Saya kongsikan sedikit pengisian LADAP tersebut. Jika anda berminat untuk dapatkan 'soft copy', sila tinggalkan e-mail di ruangan komen. 

Apa Itu Program Pembangunan Guru Baharu...???

Pada 10 September 2012, Isnin saya telah menghadiri taklimat Guru Mentor Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) di PPD. Saya menggantikan guru 'senior' yang tidak dapat hadir. 

Sebelum pergi, saya tertanya-tanya apa bendanya PPGB ini lalu saya minta tolong Mr. Google. Maklumlah saya tidak pernah mendengar tentang program ini.

Alamak! Saya mahu tarik dirilah....

Semasa taklimat di PPD, penceramah di'tembak' oleh guru bertalu-talu.  Daripada 31 buah sekolah, hanya beberapa buah sekolah sahaja yang tahu tentang kewujudan program ini. Saya pun dapat tahu tentang PPGB ini setelah dibantu oleh Mr Google yang baik hati.

Ramai guru-guru "naik angin" selepas ditunjukan contoh-contoh folio dan folder yang telah dihasilkan oleh guru baharu dan guru mentor daripada sekolah rintis. Hati saya semakin kecut bila ditunjukkan contoh Buku Log Guru Mentor

Saya mula menggaru-garu kepala yang sebenarnya tidak gatal pun.

Aishh... kenapa saya? Itulah soalan yang berbisik-bisik dibibir guru-guru.

__________________________________________________________________

Secara ringkas, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) khusus untuk guru-guru baharu yang pertama kali ditempatkan mengajar di sekolah menengah dan rendah mulai tahun 2011. Bermula tahun 2012, pelaksanaan PPGB akan dipantau sebanyak 2 kali setahun. 

Program ini akan berjalan selama setahun bermula dari hari pertama guru baharu ditempatkan (posting). Guru-guru baharu akan dibimbing oleh guru mentor yang dilantik pihak sekolah. Bimbingan dan tunjuk ajar meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, pengurusan tugas dan program sekolah, pelaksanaan ko-kurikulum dan beberapa aspek yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan.

Cikgu Samsor sanggup ‘korban’ kereta demi selamatkan murid

Proton Exora....sabar ye cikgu.

Berita tentang kawan semaktab saya semasa KPLI dulu, Cikgu Samsor (Sam) keluar di surat khabar Kosmo! 

Cikgu Samsor merupakan salah seorang mangsa kejadian banjir kilat yang berlaku di Serdang pada Rabu lepas, 4 September 2012. Kereta beliau dan beberapa kereta guru lain ditenggelami air dan menyebabkan kerosakan yang teruk. Kereta Proton Exora yang dibelinya 2 tahun lepas terpaksa dihantar ke bengkel untuk dibaiki. 

Berita penuh boleh baca di sini : Samsor sanggup ‘korban’ kereta demi selamatkan murid




Pelajar dan guru terperangkap dalam banjir kilat di Serdang

Rabu September 5, 2012

Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat sini, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat pada Selasa.

Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Murid - murid sedang membersihkan kelas yang dilanda banjir kilat


 3000 penduduk seri serdang terjejas banjir kilat

SERDANG – “Kejadian berlaku  terlalu pantas, paras air naik mendadak dengan tiba-tiba menyebabkan saya dan suami gagal menyelamatkan peralatan elektrik dan perabot,”kata seorang mangsa, Marhamah Hassan, 62.

Katanya, sejak mendiami taman perumahan pada 1983, kejadian semalam adalah yang terburuk dialami menyebabkan limpahan air masuk sehingga ruang tamu dan bilik tidur rumahnya.

“Memang tidak sempat selamatkan apa-apa, air naik mendadak sehingga paras pinggang menyebabkan saya dan suami panik.

“Sebahagian pakaian di dalam almari terpaksa dibuang apabila terkena limpahan air yang dipenuhi minyak kerana kawasan perumahan terletak di belakang kawasan kedai dan deretan bengkel kenderaan,”katanya.


Kepada mangsa-mangsa banjir kilat, harap sabar menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Saya sedia memaafkan Cik Liyana Adnan dengan syarat...

Cik Liyana Adnan yang dicemuh para guru selepas dengan sengajanya mengkritik kerjaya guru, semalam telah memohon maaf melalui ruangan komen Blog CikguHijau. Ini merupakan respon beliau selepas saya menulis entri Kenapa blog Kisah Liyana ditutup?
 
assalamualaikum,
saya liyana adnan yang cikgu maksudkan diblog ini. terima kasih saya ucapkan kerana turut menulis mengenai saya. sesungguhnya, saya memohon maaf dengan apa yang berlaku.

disini, saya back-link kan entry kenyataan maaf saya yang terbaru.

http://cikyanaadnan.blogspot.com/

terima kasih. assalamualaikum.

Saya sedia memaafkan Cik Liyana dengan syarat jangan halang saya daripada terus menulis blog dan melupakan apa yang telah berlaku kesan dari entri  Untung laa sape jadi cikgu..... 

Bolehkah macam tu??? Memaafkan dengan bersyarat. Macam kes pergaduhan artis Neelofa dan Anzalna lah pulak. Memaafkan tapi dengan syarat.

Macam tidak ikhlas jer bunyinya....


Apa pun, orang sudah minta maaf, kita kenalah maafkan.


Kenapa Blog Kisah Liyana Ditutup???






RUGILAH Ceyana_Adnan atau Cik Liyana Adnan removed/ delete blognya... Walaupun blog sudah ditutup pada 1 September 2012 yang lepas, 'traffic' blog mencurah-curah macam air hujan. Setiap 1 saat, ada sahaja pelawat singgah ke bekas tapak kaki blog KISAH LIYANA (BKL) ini. 

Tidak percaya? Cuba lihat di Feedjit Live ini. 

Wow! Rugi la dia tutup. Kenapa dia tutup?

Ini jawapannya;

ceyana_adnan September 1, 2012 11:12 AM 

assalamualaikum...saje je nak menjengah sini..terima kasih la cikgu..kalau cikgu tak menegur, sampai bila-bila saya ingat cikgu-cikgu macam tu. 

semua orang nak tengok saya mengaku salah. ok la, saya mengaku saya salah. tanpa guru sipalah saya pada hari ini. mungkin disebabkan kurangnya pendidikan sivik, saya menjadi overlook untuk certain2 perkara. 

saya telah pun menutup blog saya secara rasmi pada pagi tadi. 

kepada yang mencari entry saya tu, silalah cari lagi..ade hamba allah yang dah copy entry saya.and ada yang dah print screen. saya tahu, ramai yang akan terus mengutuk saya dibahagian komen di bawah ini.

silakan. saya terima seadanya.
terima kasih. asslamualaikum. saya minta maaf.

ceyana_adnan September 1, 2012 1:05 PM   

saya seorang perempuan. saya malu dihina sebegitu. itu sebabnya saya menutup blog tersebut. itulah sebab utama kenapa saya sangat berterima kasih dengan blog encik izzul yang berjaya menyedarkan saya. memang agak sinikal. tapi sesuailah dibalas untuk blog saya yang bodoh dan sinikal itu. 

sekali lagi terima kasih di ucapkan. 

mengenai meminta maaf secara terbuka, saya dah buat. sebnayak dua entry.
1-saya minta maaf 
2-assalamualaikum..saya minta maaf.

kedua-duanya menunjukkan result yang sama. saya tetap dikeji. oleh itu, saya menutup blog tersebut, supa saya tak buat dosa,orang lain pun tak buat dosa. 

yang berdoa buruk-buruk untuk saya, itu antara doa dia dengan ALLAH. saya pun ada hak untuk berdoa dan saya rasa doa anak yatim piatu lebih mustajab bukan? 

bukan meraih simpati, tapi sebagai peringatan, saya juga boleh berdoa yang buruk2 kepada orang sekeliling saya. saya merasakan saya teraniaya, kerana..entry saya telah disalah ertikan dan dimanipulasikan. 

saya boleh menulis lebih lanjut, apakah tujuan dan sebab saya menulis entry tersebut, tapi sekiranya saya menulis, orang akan kata-ala, cari alasan dan beserta kata-kata@#$%^&*... 

sekali lagi, saya minta maaf dan saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 

berdasarkan komen-komen yang saya baca, diharap para guru dapat menulis dengan lebih rasional. pengajaran yang saya dapat-blog adalah tempat orang membaca, salah tulis...binasalah kita. saya dan kawan-kawan saya agak terkejut apabila membaca bahagian komen di blog saudara. kami assume, most of the commenter adalah guru. 

Hrrmm.... panjang lebar respon Cik Liyana ini apabila diminta oleh guru-guru supaya membuat kenyataan maaf secara terbuka sehingga ada kalangan guru yang ingin menyaman malu Cik Liyana Adnan.

Kalau anda seorang yang rajin membaca, 'links'di bawah ini boleh dibaca untuk maklumat yang lebih 'details'. Kebanyakan respon dan jawapan balas ditulis oleh guru dan juga bakal guru. Ramai juga guru yang ada blog peribadi dan menulis tentang hal-hal peribadi. Ini bermakna ramai guru yang celik IT.




Yang ini pun UNTUNG juga! (Selingan manja)


Bagaimana kisah Untung laa sape jadi cikgu ini bermula?  

Saya terbaca tentang entri ini yang di 'share' di Facebook Page Kelab Guru Malaysia dan 'group ' Kumpulan Guru Malaysia pada hari minggu yang lalu padahal entri ini ditulis sudah agak lama iaitu pada 28 November 2011. Hampir setahun yang lalu. Jumlah komen untuk entri ini juga kurang daripada 10 komen.  

Selepas entri itu di'posting' di Facebook, ramai guru-guru dan juga bukan guru memberi komen. Saya tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya yang  'share' URL entri Untung laa sape jadi cikgu itu. Saya tidak tahu. Rasa hendak tahu tapi biarkanlah.


Di sini saya abadikan entri peninggalan blog Kisah Liyana yg meruntun, mengguris dan mencalar maruah dan hati para guru 1 Malaysia: Blog Kisah Liyana: Untung laa sape jadi cikgu.

Tapi kenapa perasaan saya tidak berapa terguris sangat selepas membaca entri tersebut? Ermm....musykil saya. Ada bahagian-bahagian tertentu sahaja di dalam entri itu yang membuatkan saya terkecil hati .

'Update' blog - sebab saya memang ada blog. Kadang-kadang, saya 'online' kerana saya menggunakan isi kandungan blog saya dan blog guru-guru lain semasa mengajar. Blog banyak membantu guru seperti saya menyimpan bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tugas selain boleh berkongsi dengan guru lain. 

Semuanya terpulang kepada kita untuk memanfaatkan teknologi yang sentiasa berkembang ini. Ramai pemimpin-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri kita mempunyai akaun Facebook, laman web, blog, malah akaun twitter beliau sendiri. Inikan pula guru yang terlibat secara langsung dalam penyebaran ilmu.

Walaupun Cik Liyana Adnan ini telah mengata, mengutuk, menghina dan memperlekehkan keintelektualan guru, saya rasa tidak berbaloi untuk saya memaki hamun beliau. Saya banyak membaca respon dan komen balas cikgu-cikgu lain di blog dan juga Facebook. Ada komen yang kurang berhemah, malah tiada hemah langsung pun ada. Namun ramai juga guru memberikan komen yang bernas dan rasional.


Kenapa saya rasa tidak berbaloi memaki hamun Cik Liyana?

Pada fikiran saya, entri tersebut cuma luahan hati seorang manusia biasa yang mungkin ingin meluahkan 'sesuatu' yang terbuku dalam hati tapi tersalah pilih tempat, tersalah bahasa dan tersasul bicara. Sudah menjadi lumrah manusia, menasihati orang lain supaya bersyukur tetapi sebenarnya diri sendiri yang tidak bersyukur. Menegur orang lain supaya menjadi yang terbaik tetapi diri sendiri menunjukkan sikap buruk.  

Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Pengajaran kepada 'blogger' seperti saya, hati-hati bila menaip kata-kata. Pastikan entri yang kita tulis akan memberi manfaat walaupun tidak banyak.

Bak kata pepatah Melayu yang akan saya rosakkan ini:

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulis entri blog, BURUK PADAHNYA". 

" Kerana pulut santan binasa, kerana entri blog, CIK LIYANA ADNAN binasa".


 Wallahualam.

Kad Imbasan Bergambar Perkataan KV+KV (Vokal i)



Kad imbasan perkataan dan gambar KVKV (Vokal i ) ini mengandungi 5 perkataan iaitu gigi, pipi, titi, cili dan lidi. Di bahagian hadapan adalah perkataan manakala dibelakangnya adalah gambar mengikut perkataan.

Kepada yang berminat, sila tinggalkan e-mail anda di ruangan komen atau di Facebook Page Cikgu Hijau


Kad Imbasan Bergambar Perkataan KV+KV (Vokal a)


Kad Imbasan Perkataan Bergambar KVKV (Vokal a) ini mengandungi 16 perkataan bergambar. Font asal adalah Century Gothic.

Kepada yang berminat, sila tinggalkan e-mail anda di ruangan komen atau di Facebook Page CikguHijau.blogspot.com