Cikgu Samsor sanggup ‘korban’ kereta demi selamatkan murid

Proton Exora....sabar ye cikgu.

Berita tentang kawan semaktab saya semasa KPLI dulu, Cikgu Samsor (Sam) keluar di surat khabar Kosmo! 

Cikgu Samsor merupakan salah seorang mangsa kejadian banjir kilat yang berlaku di Serdang pada Rabu lepas, 4 September 2012. Kereta beliau dan beberapa kereta guru lain ditenggelami air dan menyebabkan kerosakan yang teruk. Kereta Proton Exora yang dibelinya 2 tahun lepas terpaksa dihantar ke bengkel untuk dibaiki. 

Berita penuh boleh baca di sini : Samsor sanggup ‘korban’ kereta demi selamatkan murid




Pelajar dan guru terperangkap dalam banjir kilat di Serdang

Rabu September 5, 2012

Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat sini, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat pada Selasa.

Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Murid - murid sedang membersihkan kelas yang dilanda banjir kilat


 3000 penduduk seri serdang terjejas banjir kilat

SERDANG – “Kejadian berlaku  terlalu pantas, paras air naik mendadak dengan tiba-tiba menyebabkan saya dan suami gagal menyelamatkan peralatan elektrik dan perabot,”kata seorang mangsa, Marhamah Hassan, 62.

Katanya, sejak mendiami taman perumahan pada 1983, kejadian semalam adalah yang terburuk dialami menyebabkan limpahan air masuk sehingga ruang tamu dan bilik tidur rumahnya.

“Memang tidak sempat selamatkan apa-apa, air naik mendadak sehingga paras pinggang menyebabkan saya dan suami panik.

“Sebahagian pakaian di dalam almari terpaksa dibuang apabila terkena limpahan air yang dipenuhi minyak kerana kawasan perumahan terletak di belakang kawasan kedai dan deretan bengkel kenderaan,”katanya.


Kepada mangsa-mangsa banjir kilat, harap sabar menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment