Happy First Birthday to Blog CikguHijau | Semoga Hidup Lebih Dirahmati

Genap setahun sudah usia Blog CikguHijau sejak posting pertama saya pada 26.11.2011. Cepat sungguh masa berlalu. Harapan saya, isi kandungan blog ini akan terus memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca dan pengunjung yang singgah.


Selamat Hari Jadi Blog CikguHijau!

Saya ingin pastikan isi kandungan blog ini hanya berkaitan dengan dunia pendidikan secara amnya, dan lebih kepada info yang berkaitan dengan program pemulihan khas, LINUS, PROTIM, pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan prasekolah. Saya tidak mahu ia menjadi blog 'rojak' di mana kandungannya bercampur-aduk.



Terima Kasih Atas Sokongan Anda