Pembinaan Jadual Waktu Kelas dan Subjek Menggunakan Perisian aSc TimeTables

Cuti akhir tahun 2012 sudah pun bermula namun bagi guru yang bertanggungjawab membina dan menyusun jadual waktu kelas serta mata pelajaran, waktu cuti sekolah hampir tidak dapat dirasai sehinggalah tugas membina jadual waktu siap sepenuhnya.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru yang terlibat membina jadual waktu, perkara akan menjadi rumit dan amat membebankan jika tugasan diberikan dan perlu disiapkan dengan seberapa segera. Pembinaan jadual waktu akan bertambah 'memeningkan kepala' apabila terdapat perubahan di saat-saat akhir. 

Pada tahun ini, saya diberikan draf agihan dan pecahan waktu mengajar guru mengikut kelas dan mata pelajaran  selepas keputusan pertukaran guru dikeluarkan pada 3/11/2012 untuk memastikan tiada perubahan pada jadual berlaku. Kemudian, apabila draf dipaparkan kepada semua guru, ada dalam kalangan guru yang tidak berpuas hati dan akhirnya ia dirombak semula. Begitulah senario proses pembinaan jadual waktu yang 'memenatkan'. 

Akhirnya waktu cuti sekolah menjadi waktu yang paling sesuai untuk membina jadual waktu dengan tenang dan tanpa diganggu...


Perisian aSc TimeTables



Dalam membina jadual waktu, pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya jaudal waktu tersebut mengikuti standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu tersebut tidak bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang sama. Itu adalah tugas yang amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta kecekapan yang tinggi. Apatah lagi kalau jumlah guru yang sedikit dan pembahagian mata pelajaran tidak adil. Tentu amat menyulitkan.

Namun, masalah ini dapat dikurangkan dan pembinaan jadual waktu menjadi lebih terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc Time Tables. Perisian ini boleh digunakan dengan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Ini akan memudahkan penguna memahami cara mengunakan perisian ini. Bagi pengguna baru, tutorial juga ada disertakan. Tutorial ini akan mengajar pengguna menggunakan perisian ini dengan betul.

Perisian aSc TimeTables boleh dimuat turun secara percuma. Perisian versi percuma ini sudah cukup bagi membina jadual waktu. Jika mahu perisian yang lebih lengkap, ia boleh dibeli.


Pembinaan Draf Jadual Waktu

Terdapat beberapa langkah awal yang perlu dilakukan secara manual. Antaranya ialah:

  1. Penentuan guru-guru kelas.
  2. Penelitian terhadap prasyarat-prasyarat khas yang ditentukan seperti di dalam pekeliling khususnya KSSR dan KBSR.
  3. Prasyarat khusus untuk GB, GPK, Guru Penyelaras Bestari, Guru Data, Guru Media/Sumber, Guru Disiplin dan yang berkaitan.
  4. Prasyarat pembahagian susunan dan berapakah waktu single dan double.
  5. Prasyarat dalaman seperti menggabungkan 2 kelas Pendidikan Moral menjadi 1 kelas sahaja pada waktu Pendidikan Islam.
  6. Menentukan guru yang berpasangan, seperti guru jQAF dan guru pemulihan. 
  7. Mentiadakan waktu PJ pada hari Isnin kerana perhimpunan rasmi.
  8. Menjadikan kelas PJ tahap 2 serentak 3 atau 2 kelas dengan diajar oleh guru lelaki dan guru perempuan supaya memungkinkan pengasingan murid L/P jika diperlukan.
  9. Menjadikan kelas B.Cina 1 kelas dan B.Tamil 1 kelas pada waktu serentak dengan waktu B.Arab.
  10. Penetapan kelas ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains.
  11. Menyediakan draf induk secara manual atau dlm microsoft excell yang mengandungi 
    1. Kolum 1: Kelas-kelas dari darjah 1 hingga 6
    2. Kolum 2: Guru kelas masing-masing
    3. Kolum 3: Guru-guru utk subjek BM
    4. Kolum 4: Guru-guru utk subjek BI dan subjek-subjek seterusnya.
 
Pembinaan Jadual Waktu Menggunakan Perisian aSc TimeTables
1. Download aSc software di sini (free unlimited trial!)
2. Install

3. Mulakan software

4. Semak tutorial

5. Mulakan satu jadual baru (creat new)

6. Isikan data asas

7. Isikan data semua matapelajaran

8. Isikan data semua kelas

9. Isikan data semua bilik khas spt makmal, bilik media dll

10. Isikan data semua nama guru

11. Isikan data pengajaran (lessons)

12. Semak semua data mengikut peruntukan KBSR dan KSSR.

13. Test & Generate

14. Jadual pun siap.
( jadual boleh dimurnikan lagi secara manual)

Perincian Data Input

Isi penting
  1. Bagaimana saya boleh menyusun data guru, kelas, matapelajaran dan bilik khas mengikut susunan abjad?
  2. Time-off, iaitu waktu rehat guru yang boleh ditetapkan secara khusus.

Data Mata Pelajaran (SUBJECTS)
  1. Menentukan waktu: single, double atau mungkin triple period
  2. Menentukan sesuatu matapelajaran di Bilik Khas spt Makmal Sains dll
  3. Menentukan Time-off bagi sesuatu matapelajaran seperti menghalang P.Jasmani (PJ) yang tidak sesuai pada hari Isnin kerana murid diwajibkan berpakaian rasmi pada hari Isnin. Manakala P.Kesihatan dibolehkan.

Data Kelas
  1. Menentukan Time- off  iaitu waktu rehat kelas terutamanya perbezaan bagi tahap 1 dan tahap 2.
  2. Menentukan Division, iaitu pembahagian murid di dalam kelas kepada beberapa kumpulan spt murid P.Islam dan Murid P.Moral, mungkin juga murid pemulihan.
  3. Menentukan Joint kelas, iaitu penggabungan 2 division menjadi satu kelas, spt menggabungkan dua atau tiga kelas P.Moral menjadi satu kelas yang berasingan pada waktu yang sama.

Data Guru
  1. Menentukan Time- off  iaitu waktu rehat guru terutamanya GB, GPK dan guru tahap 1 dan 2.
  2. Menentukan guru-guru kelas.
  3. Menyemak jumlah waktu mengajar setiap guru dalam seminggu.
  4. Menentukan jumlah waktu mengajar maksima guru dalam sehari supaya tidak lebih 8 waktu.
  5. Menentukan nama ringkas guru.

Kredit



Terima Kasih Atas Sokongan Anda