Ruang, Sudut atau Kiosk Kelas Pemulihan Khas

Sekali lagi saya telah mengubah susunan perabot bilik pemulihan sekolah saya. Saya selalu merasa tidak puas hati dengan susunan dan keceriaan bilik pemulihan. Itu yang membuatkan saya selalu mengubah kedudukan dan susunan almari dan meja.

Sekali fikir, malas dah nak ubah tapi esoknya lain pula yang difikir. Buat masa ini saya harus berhenti mengubah kedudukan perabot memandangkan bulan puasa. Lagi pun saya perlu utamakan pembinaan BBM untuk P&P yang masih banyak perlu dibuat.

Julai 2012, bilik pemulihan khas sekolah saya lebih kemas berbanding bulan Februari 2012. Saya ada menulis tentang tajuk ini sebelum ini di sini : Bilik Pemulihan Khas Februari 2012

Pelan Lakar Kelas Pemulihan mengikut garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan 2008
Pada hemat saya, bilik Pemulihan Khas sekolah saya di mana saya yang bertanggungjawab ke atasnya masih belum mencapai piawaian seperti yang digariskan di dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Edisi Percubaan, 2008) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM.

Sehingga Julai 2012, hanya terdapat ruang P&P, ruang Bahasa Melayu, ruang Matematik dan ruang pengurusan. Ruang BM dan Matematik pula digabungkan untuk menjimatkan ruang di samping memudahkan saya mengemas bilik. Ruang Multimedia masih belum dibina kerana tiada kemudahan komputer. Walaupun terdapat TV dan Radio, ia amat jarang digunakan semasa P&P. Ruang pengamatan pula masih dalam proses (Bila nak siap hanya Allah yang tahu.... ). Mungkin cuti hujung tahun ini saya akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap pelan lantai kelas. (saya memang lemah dalam interior decoration).



Bahagian belakang kelas/bilik yang memuatkan ruang BM dan Matematik serta ruang pengurusan untuk guru. Di sinilah tempat murid-murid saya melepaskan tension selepas berhempas-pulas belajar.

Meja guru
Dua buah almari tempat menyimpan fail, buku rujukan dan buku aktiviti serta BBM
Ruang Bahasa Melayu dan Matematik digabungkan. Bahan-bahan bacaan dan permainan seperti jigsaw puzzle, dam ular, congkak, blocks diletakkan di sini. Sepatutnya ia diasingkan.
Bahan untuk BM lebih banyak berbanding Matematik
Sempoi jer...Ruang P&P hampir menggunakan separuh daripada keluasan bilik berbanding ruang-ruang lain.
Banyak lagi saya kena touch-up bilik ini...Adush! Skirting meja pun dah koyak rabak. Baru jer buat tu, lasak sungguh murid-murid pemulihan ni..
Murid tahun 4 (PROTIM) sedang membuat aktiviti mengeja berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru menggunakan LCD projector.
LCD diletakkan di atas meja kerana tidak di mounting di siling semasa dinaiktaraf 4-5 tahun dulu. Pandai-pandailah GPK jadi technician....hu hu



Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Bonus Raya Tahun 2012 Untuk Penjawat Awam: Setengah Bulan Gaji

 
Seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan akan mendapat DUIT RAYA pada 9.8.2012 ini. Berita ini paling ditunggu-tunggu  rasanya...

Perdana Menteri semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini.

PM berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. 

ALHAMDULILLAH....REZEKI... Tapi tak boleh beraya sakan  jugak. Duit bonus tu akan pergi melayang kepada syarikat insuran kereta bulan 9 nanti.... hu hu hu. Nampaknya belum rezeki lagilah dapat melaram dengan Samsung Galaxy Tab/Galaxy S3/Galaxy Note.

Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid-Murid Pemulihan Khas

Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh GPK untuk mengatasi masalah murid-murid pemulihan khas yang tidak dapat membaca dengan lancar :

    1. Guru menunjukkan kad bergambar dan semua murid dikehendaki menyebut nama benda yang dilihat.
    2. Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan kemudian murid-murid akan mengikut guru.
    3. Murid-murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar.
    4. Selepas itu, semua murid akan membaca kad-kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru.
    5. Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa dibimbing.
    6. Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid akan mula menulis ayat pada buku.

      Sumber rujukan: Buku Pengantar Pendidikan Khas
      ***
      Terima Kasih Atas Sokongan Anda

      Abu Ada Ayam - Video Lagu ABC...Z yang Menggunakan Kaedah Fonik

      Video ini memuatkan lagu abjad abc hingga z yang menggunakan kaedah fonik atau bunyi huruf.

      Antara lirik lagunya:
      Abu ada ayam a... a...a...
      Itik ikut ibu i...i...i...
      Ular usik ulat u...u...u...
      Bobo main bola b...b...b..
      Nani nangis n....n...n.....



      Terima Kasih Atas Sokongan Anda

      Bolehkah Guru Denda atau Pukul Murid?

      Guru boleh mendenda atau memukul murid untuk mengajar dengan niat untuk mengislahkan murid iaitu menjadikan murid lebih baik. Tidak boleh mendenda atau memukul dengan niat untuk melukakan, untuk menyakitkan atau atas dasar membalas dendam.

      Syaratnya, denda dan pukulan itu dapat mengubah atau memberikan kebaikan kepada murid. Jika denda dan pukulan tidak memberi kesan dan murid masih tidak berubah (kategori murid degil tegar), HARAM guru memukul atau mendenda murid tersebut kerana ia tidak lagi memberi faedah kepada murid.


      Terima Kasih Atas Sokongan Anda

      Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu : Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur


      Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal ( ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za). 

      Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Kaedah Eklektik adalah berasaskan kawalan konsonan ( ba, bi, bu, be, bo).

      Kaedah KVB mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara serentak dan berstruktur dan sistematik. Ia disesuaikan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kaedah fonik didapati lebih banyak membantu kanak-kanak dalam kemahiran bacaan awal berbanding kaedah bukan fonik. Kaedah pengajaran fonik yang bersistematik sangat baik untuk kanak-kanak prasekolah dan tadika.


      Contoh pengajaran menggunakan kaedah KVB
      1. Guru memperkenalkan nama dan bunyi huruf [m], [a], [t], [s] dan [y] melalui perkataan (m,a,t,a,) dan (s,a,y,a).
      2. Murid membatangkan suku kata bermula dengan vokal /a/ (tanpa mengeja). Contoh: ma, ta, sa, ya 
      3. Murid membina perkataan. Contoh: mata, mama, saya 
      4. Murid membaca ayat mudah. Contoh: mata saya, mata mama, mata mama saya
      Sumber rujukan: Buku Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah 
      Terima Kasih Atas Sokongan Anda