Kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK)

Cuti rehat khas selama 7 hari setahun diberikan khusus kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan kerana selama ini mereka dinafikan kemudahan sedemikian. Ia diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi menggantikan Cuti Sambilan. Jika tidak habis digunakan ia boleh dikumpul dan diberi wang tunai gantian.



Cuti Rehat Khas diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan berkuatkuasa pada 1 Mac 2004 bagi menggantikan Cuti Sambilan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977.


Mereka yang layak mendapat Cuti Rehat Khas
  • Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau Institusi Pelajaran dan pengajian tinggi;
  • Guru sandaran terlatih; dan
  • Guru kontrak

Peraturan dan syarat

"Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas"


Permohonan CRK yang boleh dipertimbangkan oleh pengurusan sekolah antaranya:
  • Menziarahi ahli keluarga terdekat (suami /isteri yang sah,anak-anak dan ibubapa kandung pegawai - Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2002) yang sedang sakit @ meninggal dunia
     
  • Menziarahi sanak saudara (adik-beradik, ibubapa mertua, datuk-nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai - Perintah Am Bab C 1 (x) yang sakit atau meninggal dunia
     
  • Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan
     
  • Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran, banjir
     
  • Menghadiri majlis konvo (diri sendiri/anak/suami/isteri)
     
  • Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya sahaja)
     
  • Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak saudara rapat menunaikan fardu haji
     
  • Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
     
  • Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
     
  •  Walau bagaimanapun Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.


Terima Kasih

4 comments:

  1. Ada tak sesiapa yang tahu bahawa pemotongan gaji boleh dikenakan kepada guru-guru yang memohon CRK tapi tidak diluluskan, lalu digantikan dengan Cuti Tanpa Gaji. Setahu saya Cuti Tanpa Gaji amat jauh berbeza dengan CRK.

    ReplyDelete
  2. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2015 yang baru. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001229.pdf

    ReplyDelete
  3. Apabila seseorang guru dah hbs CRK utk tujuan rawatan susulan anak,cuti apakah lg yg layak dipohon untuk bwk anak mendapatkan rawatan susulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CRK yg sesuai diambil.
      Berlaku lesilapan dalam penulisan blog. Alasan yg disenaraikan adalah cuti yg dibenarkan tanpa merujuk pro rata. Contoh, bulan Februari, guru layak ambil sehari. Tp berdasarkan pekeliling, alasan di atas, guru dibenarkan ambil lebih sehari. Ataupun, CRK boleh diambil pada bulan Januari

      Delete