Saringan LINUS 2013 Di Bawah Program NKRA - LINUS

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

Tuan,

PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2013 DIBAWAH PROGRAM NKRA- LINUS TAHUN 2013

Perkara di atas dirujuk.

2. Mohon kerjasama pihak tuan agar mendapat maklumat terkini daripada Pegawai FasiLINUS di daerah tuan berhubung beberapa perubahan dan penambahbaikan pelaksanaan LINUS 2013 walaupun pekeliling terkini daripada pihak NKRA-LINUS, KPM belum dikeluarkan.

3. Mulai tahun 2013, semua kohort akan melibatkan 2 kali saringan sahaja yang dinamakan Saringan 1 dan Saringan 2. Tuan diminta memantau dan memastikan berlakunya bimbingan berterusan oleh guru mata pelajaran (BM dan Matematik) dan guru Pemulihan ke atas semua murid di Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) untuk memastikan PdP yang berkesan dalam tempoh antara kedua-dua saringan tersebut. Ini adalah kerana semua murid Tahap 1 hanya dikira  ‘Menguasai” (Perdana) sekiranya mencapai sehingga Konstruk 12 (K12) dan semua murid wajib mengikuti setiap saringan walaupun telah mencapai status Perdana (K12) pada saringan sebelumnya.

4. Kebarangkalian adalah tinggi untuk murid kembali kepada status LINUS sekiranya mereka tidak benar-benar menguasai K1 hingga K12. Justeru, semua guru BM dan Matematik Tahun 1 hingga Tahun 3 mesti peka kepada penguasaan konstruk murid bagi memastikan murid dapat menguasai sepenuhnya konstruk K1 hingga K12 untuk kekal sebagai status Perdana (Menguasai).

Berikut adalah jadual saringan yang telahpun dimaklumkan kepada semua Pegawai FasiLINUS di daerah  (Kohort 2, Kohort 3 dan Kohort 4) :

Saringan 1 :
Membaca/Lisan : 10 Mac-19 April 2013
Bertulis : 21-30 April 2013
Kemasukan data Portal NKRA : 6-17 Mei 2013

Saringan 2 :
Membaca/Lisan : 1-27 Sept 2013
Bertulis : 29 Sept – 11 Okt 2013
Kemasukan data Portal NKRA : 16-25 Okt 2013


Sumber: 
Jabatan Pelajaran Perak

Terima Kasih

1 comment:

  1. memang patut dibasmi masalah buta huruf di sek rendah lg agar senang sikit kami di sek men ni nak ngajar topik2 yg berkenaan...

    ReplyDelete