Pemantauan Jemaah Nazir Negeri 11 - 15 Mac 2013

Agak lama juga saya tidak update blog ini. Selepas dipantau oleh pegawai PPD pada awal Februari yang lepas, minggu depan sekolah saya akan dipantau pula oleh Jemaah Nazir Negeri Selangor. Selama seminggu mereka akan berkampung di sekolah saya nanti. Sejak seminggu lepas, semua guru dan staff sekolah saya begitu sibuk sekali menyiapkan 40 lebih senarai kerja dan tugas.

Perkara yang paling membuatkan guru-guru sibuk adalah penyediaan perancangan strategik. Setiap unit-unit di bawah kurikulum, kokurikulum dan HEM mesti mempunyai pelan strategik masing-masing. Seperti saya sendiri, saya perlu menyediakan pelan strategik untuk Program Pemulihan Khas, Pergerakan Pandu Puteri Tunas dan membantu Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Di harap semuanya berjalan dengan lancar....

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti




Fail dan Fail



Terima Kasih

3 comments:

  1. masa ni mcm2 perasaan ada..

    ReplyDelete
  2. Bila nazir nak datang sekolah...memang semua cikgu akan 'luar biasa' sibuknya...huhuhu...dah nasib cikgu sekolah!

    ReplyDelete