Selamat Hari Guru ! Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.



HURAIAN TEMA HARI GURU 2013


HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan,  kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.



HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.

Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai  satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan  Falsasah Pendidikan Negara.


Terima Kasih