Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013

Sekolah diarah ditutup akibat Jerebu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 24 Jun 2013 untuk memastikan kesihatan pelajar terjamin memandangkan jerebu boleh menyebabkan kesesakan nafas dan mata berair. Sekolah akan dibuka semula apabila bacaan IPU pulih dan ada penurunan.


Jerebu di Kuala Lumpur

Senarai Sekolah Ditutup Akibat Jerebu
1) Semua sekolah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
2) Sekolah di beberapa daerah di Johor yang terjejas teruk
3) Sekolah di Port Dickson
4) Sekolah di Kuantan


JOHOR
Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 buah sekolah di Kluang dan 175 buah sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik dan sekolah masih ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih ditahap tidak sihat. 
110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup apabila IPU mencecah 400. 
211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah diparas berbahaya. 
Bagaimanapun, semua 300 buah sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu mula dibuka semula pada Isnin selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.


Jerebu di Muar 1 hari yang lalu


SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
23 Jun 2013, BERNAMA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok  seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel. "Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar".

NEGERI SEMBILAN
Datuk Seri Mohammad Hasan mengumumkan semua sekolah, tabika dan tadika di daerah Port Dickson ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara hampir mencecah 300.

MELAKA
Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup berikutan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta diarah tutup.


PAHANG

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah Kuantan dan  kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup.


Sebelum dan selepas jerebu


Sumber:


Terima Kasih

1 comment: