Nombor plat siri baru Wilayah Persekutuan KL 'W7A' bernilai RM129,000 milik Abu Hasan Mohamed Rashid

Jom murid-murid kita menyanyi sekejap ~ ~ ~

Kalau aku kaya
aku mahu beli plat keta
W7A nombornya
....oooo bestnyer 


Kalau aku kaya
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir

(Awie Rafael - Kalau Aku Kaya)


Kalau anda orang kaya....sanggupkah anda?

Nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siri baru tertinggi dibida setakat ini ialah "W7A", dengan nilai bidaan mencecah RM129,800 oleh pemilik kenderaan bernama Abu Hasan Mohamed Rashid.

Nombor plat dengan siri W1A, W8A, W10A dan W8888A diperuntukkan kepada Yang Dipertuan Agong manakala W9A diperuntukkan kepada anggota pentadbiran kerajaan.

Walaupun diramalkan W9A adalah milik seorang Menteri Persekutuan, namun identitinya tidak dapat dipastikan.

Laporan Sin Chew Daily yang melakukan tinjauan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju mendapati nilai bidaan beberapa nombor plat popular seperti W88A, W888A dan W6666A melebihi RM10,000 ke atas.

Manakala nombor plat W2222A, W444A dan W4444A pula gagal melepasi nilai bidaan RM10,000 kerana ia tidak popular di kalangan masyarakat Cina.

Pegawai Perhubungan JPJ turut dilaporkan berkata, pemimpin negara seperti Yang Dipertuan Agong, Sultan, Menteri dan Menteri Besar boleh mendapatkan nombor plat secara percuma.

Sebelum ini, nombor plat WWW1 mencatatkan sejarah termahal dalam negara apabila dibeli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan harga RM520,000






Petikan berita dari The Malaysian Insider.

Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...