Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2014 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4

Permohonan ke Sekeloh Berasrama Penuh (SBP) tahun 2014 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah pun dibuka mulai 1 September sehingga 15 Oktober 2013.


Kepada pelajar dan juga ibu bapa yang berminat boleh memohon secara atas talian (online) melalui aplikasi berikut: http://public.moe.gov.my/




Anda dinasihatkan untuk memuat turun dan membaca PANDUAN PENGGUNA terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.



Prosedur, syarat permohonan dan pakej aliran yang ditawarkan


PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
  • Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM (http://www.moe.gov.my)
  • Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
  • Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
  • Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.


SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
  • Aktif dalam kokurikulum


KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
  • Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan
  • Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  • Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon
  • Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
    • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.


PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
  • Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
  • Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
  • Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
    • Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
    • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  • Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
  • Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
  • Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  • Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  • Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
    • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN DI SBP

Untuk melihat pakej aliran yang ditawarkan di SBP, klik di SINI (http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh).



Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...