Surat pengkelasan produk Dimensi 108 adalah PALSU

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan surat pengkelasan produk makanan yang dipaparkan dalam blog produk makanan ‘Dimensi 108′ yang kononnya dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu bertarikh 21 April 2011, adalah palsu.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak kementerian telahpun membuat satu laporan polis di sini.

Surat pengkelasan palsu itu dipaparkan dalam laman blog dimensi108.blogspot.com dan pihak kementerian mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan pengkelasan produk makanan atau semakan label bagi produk ‘Dimensi 108′.

Produk itu dikeluarkan syarikat Tiga G Dimensi Satu Kosong Lapan Sdn Bhd dan diedarkan Glomind Enterprise Sdn Bhd dan dilaporkan dijual di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

"Produk itu dikatakan boleh mengubah perangai dan keupayaan minda murid sekolah yang menjadikan mereka lebih rajin, pandai dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR akan datang"

Dr Noor Hisham berkata pihak kementerian ingin menjelaskan bahawa mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, produk itu dikategorikan menurut Peraturan 395 Makanan Yang Tak Distandardisasikan Di Tempat Lain.

“Sebagai produk makanan, akuan ‘Kuasa Mengubah Perangai’ yang terdapat pada label produk tersebut adalah tidak dibenarkan di bawah Peraturan 18(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 19865,” katanya.

Pihak kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Makanan 1983, katanya.
– Bernama




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment