Bajet 2014 | Bonus Setengah Bulan Gaji untuk Kakitangan Awam dan Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk Pesara

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH yang memberikan rezeki. Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia di atas pengumuman kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500. 



Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. 


Petikan sumber:

  1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_Kakitanganawamterimabonussetengahbulangaji_minimumRM500-Najib/Article/index_html
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_41/Bajet-2014-Bonus-setengah-bulan-gaji-untuk-penjawat-awam


Terima Kasih Atas Sokongan Anda