PBS diteruskan dengan 3 penambahbaikan awal mulai awal tahun depan - Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan. 

“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek. 

Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”

“Sehubungan itu, kita akan teruskan dasar ini dan membuat pelbagai penambahbaikan yang akan memudahkan tugas guru dalam mengisi segala maklumat serta markah pelajar,” - Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II


Penambahbaikan PBS

Menteri Pendidikan II berkata, kementerian akan melakukan tiga penambahbaikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu, termasuk menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.

“Kita juga akan memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.

“Kementerian juga akan meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid, ini semua bagi melancarkan pelaksanaan PBS,” katanya.


Sumber:


Terima Kasih Atas Sokongan Anda