Siapakah Murid atau Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (KKBK)?

Berikut adalah sedikit perkongsian maklumat/info tentang kanak-kanak berkeperluan khas.

Maksud 'keperluan khas'

Keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
  • Kerencatan akal
  • Kecacatan fizikal
  • Kekurangan penglihatan
  • Kekurangan pendengaran
  • Gangguan pertuturan
  • Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.


Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)


Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.

Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK) atau kanak-kanak istimewa.

Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi:

▫ Ciri-ciri mental
▫ Keupayaan deria
▫ Keupayaan komunikasi
▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau
▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

#Kirk dan rakan-rakan (1993)
 

Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996
Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.


Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa

Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti berikut:
  • Rencat akal 
  • Masalah Pembelajaran 
  • Masalah tingkah laku 
  • Masalah komunikasi 
  • Masalah pendengaran 
  • Masalah penglihatan 
  • Kecacatan fizikal dan kesihatan 
  • Kecacatan yang serius dan pelbagai 
  • Pintar cerdas dan pelbagai



Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...