Beberapa contoh perisian jadual waktu sekolah

Perisian aSc TimeTables

Sebelum ini saya ada menulis tentang cara-cara untuk membina jadual waktu sekolah menggunakan perisian aSc TimeTables. Sebagai penyelaras jadual waktu sekolah, saya merupakan guru yang bertanggungjawab membina jadual waktu kelas dan jadual waktu guru-gu bagi sekolah saya.

BACA: Pembinaan Jadual Waktu Kelas dan Subjek Menggunakan Perisian aSc TimeTables

Tahun ini merupakan tahun ke-4 saya sebagai penyelaras jadual waktu sekolah. Pada tahun lepas, jadual waktu guru dan kelas telah diserahkan kepada guru mata pelajaran dan juga guru kelas semasa mesyuarat induk kurikulum pada bulan Disember 2012. Alhamdulillah, jadual yang dibina tiada masalah dan tiada pindaan dibuat.

Tahun ini, kali ini, saya masih lagi menggunakan perisian dan aplikasi yang sama iaitu aSc TimeTables. Pada tahun 2010, saya menggunakan aplikasi Triple SSS tetapi banyak masalah yang timbul. Setelah dua tahun menggunakan aSc TimeTables, alhamdulillah masalah dihadapi sangat sedikit.

Antara perisian dan aplikasi  yang boleh digunakan oleh guru dalam pembinaan jadual waktu adalah seperti berikut:
  1. Triple SSS 
  2. Winjaws
  3. aSc TimeTables
  4. TimeTables Spider

Triple SSS merupakan sistem jadual waktu lama era 80an, dengan antaramuka DOS. Masalah besar ialah pada pencetak (printer)  di mana jadual hanya boleh dicetak menggunakan pencetak seperti Canon Bubblejet 210SP disebabkan sistem ini hanya kenal LPT1.

Winjaws merupakan produk keluaran DMH software. Ia boleh digunakan pada mana-mana platform Windows sama ada 98, XP termasuklah Windows Vista . Arahan dan antara mukanya (interface) mudah untuk dikendalikan. Jadual dapat disiapkan dengan kadar yang lebih pantas. Jadual boleh dicetak di mana-mana pencetak USB.

Perisian-perisian di atas ini ada yang boleh dimuat turun secara percuma di internet dan ada juga versi berbayar.

MUAT TURUN: Perisian Jadual Waktu

MUAT TURUN: aSc Timetables



Winjaws

Contoh jadual waktu kelas yang dijanakan oleh aSc TimeTables



Terima Kasih