Tawaran mengikuti kursus dalam perkhidmatan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan 2013 guru sekolah rendah dan menengah tajaan KPM

KPM mempelawa guru-guru sekolah rendah dan menengah (PPPS/PPPLD) yang sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH

- untuk mengatasi ketidakseimbangan antara keperluan dan penawaran guru di sekolah
- tempoh kursus 12 minggu. 
  • Sesi luar kampus (off-campus) selama 5 minggu
  • sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu),  di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. 
  • Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face).

- Subjek yang ditawarkan
  • Sejarah (SEJ) sekolah menengah – Teori 
  • Kemahiran Hidup (KH) sekolah menengah – Teori & Praktikal 
  • Bahasa Melayu (BM) sekolah menengah – Teori 
  • Pendidikan Khas (PKhas) sekolah rendah dan menengah – Teori

Subjek yang ditawarkan

- Syarat kelayakan
  • Warganegara Malaysia 
  • Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama
  • Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian atau kursus dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
  • Bukan opsyen dalam bidang yang dipohon
  • Mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut dalam bidang yang dipohon
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik (calon wanita yang hamil enam bulan ke atas tidak digalakkan mengikuti kursus)
  • Memperoleh purata markah yang baik bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
  • bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib
  • Tidak terlibat dengan pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau penandaan kertas peperiksaan

Syarat-syarat permohonan


Kepada yang berminat boleh membaca maklumat lanjut dan memohon secara online mulai 29 Julai 2103 di alamat berikut:



Terima kasih daun keladi

Ciri - ciri murid disleksia

Murid-murid disleksia merupakan murid yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku kata atau pun dalam bentuk perkataan.






Antara ciri-ciri murid disleksia

Masalah dalam ejaan
- masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja cold


Masalah dalam ingatan
- bermasalah dalam ingatan jangka pendek
- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka
- selalu gagal dalam menyusun maklumat
- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya


Masalah dalam membaca
- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat
- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan
- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya, form disebut from
- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan


Kesan putaran
40 variasi perkataan CAT
Masalah dalam menyalin nota
- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan
- keliru dengan abjad
- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"
- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"





Contoh tulisan tangan murid disleksia

menulis abjad dan nombor secara terbalik
menulis keseluruhan ayat secara terbalik
menulis perkataan secara terbalik



Masalah visual motor
- memegang pensel dengan cara yang luar biasa, meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk semasa menulis
- sering memegang pensel dengan kuat sehingga mengalami kesakitan pada jari
- meletakkan kepala di atas meja untuk melihat hujung mata pensel semasa menulis
- sukar menulis di atas garis lurus


Terima kasih daun keladi

Cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2013

Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 16 Tahun 2013, pihak KPM telah bersetuju memberi kemudahan cuti peristiwa dan cuti berganti pada 4, 5 dan 6 Ogos sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Ini bermakna, sekolah di negeri Selangor dan yang sewaktu dengannya akan mula bercuti pada 3 Ogos sehingga 18 Ogos 2013, iaitu lebih kurang 2 minggu. 

Alhamdulillah.



Terima kasih daun keladi

Kantin SK Seri Pristana dibuka semula selepas lawatan Timbalan Menteri Pendidikan II

Kantin sekolah SK Seri Pristana di buka semula untuk pelajar selepas Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara ke tempat lebih bersih dan munasabah

Murid bukan islam makan di kantin sekolah tengahari, 25 Julai 2013


Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.

Lawatan Timbalan Menteri, P. Kamalanathan ke
SK Seri Pristana, Sg. Buloh pada 24 Julai 2013


Respon dan kenyataan Timbalan Menteri selepas lawatan
"Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara. Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum." 
"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat selepas dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar,"
"Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin," 
"This is not about religion or race. As far as we are concerned, the issue is resolved. The headmaster had good intentions but chose a poor location. He has apologised. I too apologise. It won't happen again," 

Respon organisasi, pemimpin, tokoh agama dan orang ramai terhadap isu ini:

“Salah bagi sekolah untuk melakukan perkara ini di atas nama agama.” - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)


'tidak berperikemanusiaan' - Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Nasional, Datuk Mohd Ali Hassan


“Kalau insiden ini benar-benar berlaku, ia bukanlah sesuatu yang wajar,” - Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin


"walaupun orang Islam berpuasa di bulan Ramadan, adalah tidak wajarlah kalau diasingkan bukan Islam di tempat seperti bilik air kerana mereka pun akan hilang selera untuk makan. Ia bukan cara untuk mendidik murid bukan Islam" - Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed


"An apology from the school is not enough. The headmaster should be suspended. This is ridiculous as the matter is severe. To treat pupils this way is unacceptable. It is also insulting and humiliating to the non-Muslim pupils and their parents." - MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong


"What everyone is angry about is the fact that children are told to eat in the shower room. This is wrong from any point of view. It does not make sense to put the pupils in a small shower room when there were other open spaces in the school grounds." - Former MIC Central Working Committee (CWC) member, S. Vell Paari


Sumber:

  1. http://www.hmetro.com.my/articles/Kantinsudahdibukasemula/Article/
  2. http://www.utusan-malaysia-online.com/kantin-sk-seri-pristana-dibuka-kepada-murid-tengah-hari-ini
  3. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kantin-sk-seri-pristana-dibuka-kepada-murid-tengah-hari-ini



Terima kasih daun keladi

Guru Besar SK Seri Pristana buat laporan polis kerana difitnah ibubapa pelajar

Hari ini Utusan Online melaporkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor hari ini membuat laporan polis kerana merasakan dia telah difitnah. Ini berikutan kes beberapa keping gambar pelajar bukan islam dipaksa makan di bilik persalinan yang telah tersebar luas beberapa hari yang lalu di internet dan Facebook.

Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan. Laporan itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Sedang menurut Mohamad Nasir, beliau telah menempatkan murid-murid di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu. Ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

"Pada sebelah pagi matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang. Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Menurut encik Mohamad Nasir Mohd Noor , murid-murid jarang menggunakan bilik persalinan kerana mereka dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti ko-kurikulum.

Pada masa yang sama, beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci. Apatah lagi kata beliau, bilik berkenaan telah dibersihkan dan mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Notis larangan membuang air


Dalam pada itu Mohamad Nasir memberitahu beliau diarahkan supaya bercuti rehat selama seminggu dan sebarang tindakan oleh Jabatan Pelajaran akan diputuskan selepas itu

Hari ini juga akaun Facebook bagi menyokong Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor dibuka kira-kira enam jam yang lalu. Anda boleh lihat dan baca untuk mendapatkan penjelasan dari pihak Guru Besar SK Seri Pristana di akaun Facebook dibawah. 

Klik 'LIKE' kalau suka....


Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana




"Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana"


Kuasa Facebook sekali lagi.....




Terima kasih daun keladi

Bantuan RM500 Kepada Penjawat Awam Sempena Sambutan Aidilfitri 2013

CUEPACS melaporkan melalui blognya, cuepacs.blogspot.com ....

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 





Kerajaan Negeri Selangor pula mengumumkan bonus sebulan gaji kepada kakitangan mereka. Apapun, bersyukurlah atas rezeki pemberian Allah.

Bonus 1 bulan gaji?


Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta.




Terima kasih daun keladi

Pelajar Bukan Islam Dipaksa Makan Dalam Tandas Sepanjang Bulan Ramadan?

Pelajar non-muslim di SK Sri Pristana dikatakan 'dipaksa' makan dan berehat di bilik persalinan yang mana bilik itu bersebelahan dengan tandas.

Murid-murid bukan islam sedang makan dan rehat di bilik persalinan


Itu yang hangat diperkatakan di Facebook hari ini.

Aduan oleh ibubapa tersebut telah dikongsikan di facebook



Hebatnya kuasa Facebook...

Anda boleh ikuti kes ini dengan lebih terperinci dan jelas di Blog amenoworld.


Berikut adalah complaint ibubapa terbabit:
Dear friends do u hv feeling n a sense of humour. Is it fair for a sekolah kebangsaan sri pristana treatment our non Muslim children like this during puasa month. They restricted our children to go canteen becoz they will dirty and gave them bilik bersalin n mandi for rehat. They quanteen them not to go out from break. Is this fair? Can school treat like this. No food serve n no canteen. That bathroom is full of bacteria n smell becoz its a bathroom n next door toilet with the horrible smell. When we ask they keep sending to another bathroom n store place. As a mother I m in teas n sadness. My child in mess at Malay School. Y the parties n no body voice out. How many times we need to run. No STOP FOR THIS!!! My dear malay friends do u think this fair? Can ur Allah accept this? Making our children in suffers. This wat 1 Malaysia is it???? Pls help me some plss. I need help my child suffering at that roon whenever her break. Our complaints not taken in school in keep doing same.

Dan kes ini juga mendapat perhatian wartawan TV3 dengan membuat pembetulan fakta terhadap apa yang di tulis oleh blogger Amenoworld di blognya http://www.mazidulakmal.com/

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka. Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera"



Walau apapun, pada pendapat saya, kita perlu juga mendengar hujah dan alasan daripada pihak SK Sri Pristana sendiri sebelum membuat apa-apa tuduhan. 

Seorang guru di SK Sri Pristana menulis di Facebooknya bahawa  tempat makan tersebut telah dibuka sebelum bulan puasa lagi bagi mengelakkan murid-murid islam dan bukan islam makan ditepi jalan dan di atas lantai kerana kekurangan kerusi dan meja makan.




Pihak KPM sedang menyiasat perkara ini dan mengikut blogger amenoworld, tindakan telah diambil. 







Terima kasih daun keladi

Lagi Guru Mati Kena Tembak Di Kulim, Kedah

Seorang lagi guru mati ditembak sekurang-kurangnya enam das tembakan oleh dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi, Kulim, semalam.

Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja.


Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri
melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam
pada tempat duduk penumpang hadapan


Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Ini merupakan kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. 

Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.

Petikan sumber: 



Terima kasih daun keladi

Pemantauan Pelaksanaan PROTIM 2013

Pagi tadi saya sekali lagi mendapat surat 'cinta' daripada PPD.  Pada hari sebelumnya saya mendapat 'call' daripada GB. Semuanya tentang pemantauan pelaksanaan PROTIM bagi tahun ini. GB memaklumkan pegawai PPD akan datang memantau pada hari Isnin, 15 Julai 2013 ini. (Lusa ler tu...)


Saya sudah maklum tentang perkara ini pada hari Khamis lagi, tetapi kerana belum mendapat apa-apa surat secara rasmi, maka saya 'buat-buat tak tahu' sahajalah.




Di dalam surat tersebut dinyatakan pihak sekolah perlu melengkapkan fail-fail yang berkaitan. Pihak sekolah di sini bermaksud Penyelaras PROTIM (sayalah tu...)


Saya telah pun hampir 95% siap mengemaskini fail-fail PROTIM.


Senarai semak pemantauan yang saya sediakan adalah sama seperti senarai semak Pemantauan Pelaksanaan PROTIM 2012.

  1. Fail rasmi -surat menyurat, pekeliling, surat pelantikan
  2. Fail Induk - carta organisasi jawatankuasa PROTIM sekolah, jadual waktu guru-guru PROTIM, minit mesyuarat yang berkaitan dengan PROTIM, laporan program/aktviti
  3. Fail data/keputusan ujian - borang 1, 2 dan 3
  4. Koleksi soalan ujian PROTIM- praujian, pascaujian
  5. Modul PROTIM
  6. Panduan guru

Harap segalanya berjalan dengan lancar. Amin.


Terima kasih daun keladi

Sudut - sudut di dalam Kelas Pemulihan Khas ( sehingga Julai 2013)

Pada entri yang lepas saya ada menulis tentang Sudut - Sudut Pembelajaran Di Dalam Kelas Pemulihan Khas. Pada ketika itu, tahun 2012, saya masih mencari-cari idea dan kesesuaian bagaimana mahu menyusun dan mengatur bilik pemulihan yang bakal menjadi rumah kedua saya.

Sebelum Pemantauan Program Pemulihan Khas pada Februari yang lalu, saya ada membuat sedikit make-over kepada bilik pemulihan. Dinding dicat baru. Sudut pembelajaran dan mata pelajaran dikemaskini supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Saya seorang yang simple, jadi hiasan bilik dan dinding bilik saya hias ala kadar sahaja, asalkan ceria dan kondusif.


Sudut Matapelajaran. Gambar diambil sekitar April 2013


Sudut Bahasa Melayu. Gambar diambil sekitar April 2013


Sudut pengurusan. Gambar diambil sekitar April 2013


Sudut Matematik dan Bahasa Melayu di bahagian belakang kelas.
Sudut PdP dibahagian depan bilik dimana murid -murid tahun 2 sedang belajar.
Gambar diambil pada 9/7/2013

Sudut pengurusan dibahagian sebelah kiri manakala sudut akses kendiri dibahagian kanan.
Gambar diambil pada 9/7/2013

Terima kasih daun keladi

Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2013

Sepanjang bulan Ramadan ini, bermula 10 Julai 2013 hingga 6 Ogos 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan jam 5.00 petang bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan.


Sila klik dibawah untuk muat turun surat siaran yang berkaitan. 



Welcome Ramadan




Terima kasih daun keladi

Guru Penolong Kanan Mati Ditembak di Bachok, Kelantan

Seorang guru, Encik Hashim Mat Zin, 43 tahun daripada SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan mati ditembak di hadapan pintu pagar sekolah oleh orang yang tidak dikenali. 

Mangsa yang merupakan guru Penolong Kanan HEM (PK HEM) mati ditembak sebanyak 4 das di bahagian dada sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Tempat kejadian

Mangsa yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan. Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.

Seluruh kawasan Bachok kini ditutup untuk pemeriksaan polis.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman.


Sumber


Terima kasih daun keladi

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 Ditangguhkan Bermula 21 Jun 2013

Kursus penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 ditangguhkan bermula 21 Jun 2013 sehingga 31 Ogos 2013.


Serat edaran


Bentuk kurikulum dan fokus KSSR




Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...