PMR kekal tetapi ditambahbaik, tiada PBSMR - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)

Perkembangan terkini perbincangan meja bulat Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.


Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.

Menurut Ketua Gerak Kerja SGMM, Norizzat Mohd Johari, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR. 


"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.....dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama." - Ketua Gerak Kerja SGMM, Norizzat Mohd Johari

“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” - Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh


Berdasarkan laporan berita dari NST (4 Oktober 2013), PBSMR tidak menggantikan PMR tetapi ia adalah versi yang ditambahbaik.

The Malaysia Examination Board has clarified that the secondary school-based assessment test (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah - PBSMR) is not to replace the Penilaian Menengah Rendah examination, but is an improved version of PMR. - Lembaga Peperiksaan Malaysia 

Tetapi sebelum ini, BERITA HARIAN ( 1 Oktober 2013) melaporkan bahawa PMR akan dimansuhkan mulai 2014 dan digantikan dengan PBSMR.


Jadi, semua ini hanya salah faham???






Sumber rujukan:

  1. SINAR HARIAN: PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik
  2. BERITA HARIAN: Eksklusif: PBSMR ganti PMR
  3. PMR Digantikan Dengan PBSMR
  4. PBSMR: Jangan jadikan pelajar bahan ujikaji
  5. 'PBSMR is an improved version of PMR'



Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Skim PPPS dan PPPLD digabungkan menjadi Skim PPP melalui Skim Perkhidmatan Bersepadu mulai 1Januari 2014

Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) akan digabungkan kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berkuatkuasa 1 Januari 2014.




Antara perkara-perkara penting:

1) Gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54;



2) Pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang di peringkat ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia ada;

3) Penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi pemegang ijazah SARJANA dan PHD yang baru dilantik.  

            SARJANA - Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98
            PHD - Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60




4) Kenaikan pangkat ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) sahaja

Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan berhubung kaedah kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan kepada PPPS dan PPPLD yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Surat JPA rujukan JPA.BK(S)255/4/5 Jld.5 (56) bertarikh 13 April 2012 – Penetapan Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPS dan PPPLD di KPM. 

5) Pekeliling ini membatalkan pekeliling yang terdahulu -
    (a) skim perkhidmatan PPPS di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
    (b) skim perkhidmatan PPPLD di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.


6) Jadual gaji minimum-maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan.





Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Peruntukan masa bagi setiap subjek KSSR tahap 2 2014

Terdapat 3 subjek baharu dalam KSSR tahap 2 bermula tahun 2014 iaitu:
  1. Sejarah 
  2. Rekabentuk & Teknologi (RBT) - diajar dalam tempoh 6 bulan/satu penggal
  3. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) -diajar dalam tempoh 6 bulan/satu penggal

Subjek yang ditiadakan iaitu:
  1. Kemahiran Hidup (KH)
  2. Kajian Tempatan (KT)
  3. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)
Peruntukan masa KSSR tahap 2 bagi SK, SJKC dan SJKT
Sekolah Kebangsaan (SK)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)



Terima Kasih Atas Sokongan Anda

CUEPACS minta kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari 2014 dikaji semula secara menyeluruh

Kadar baharu tarif elektrik Januari 2014



Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman menggesa kadar kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan dikaji semula. Beliau berpendapat kajian secara menyeluruh perlu dilakukan demi kebajikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Berdasarkan laporan BERNAMA

Subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Walau bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Anda dinasihatkan untuk sila semak bil elektrik di rumah anda untuk tahu jumlah penggunaan. Kalau lebih, cadangan seperti dibawah....

Bil elektrik lama
Bil elektrik terkini
Baca lagi...


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi pelajar lepasan PMR 2013

KPM telah membuka permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi pelajar tingkatan 3 yang baru saja selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini bagi sesi pengambilan tahun 2014.


Syarat Umum.

i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik


Tarikh tutup permohonan

25 Disember 2013 (Rabu)


Cara-cara memohon
  1. Klik di sini.
  2. Log masuk menggunakan nombor myKad dan angka giliran PMR.



Selamat maju jaya!


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Beberapa contoh perisian jadual waktu sekolah

Perisian aSc TimeTables

Sebelum ini saya ada menulis tentang cara-cara untuk membina jadual waktu sekolah menggunakan perisian aSc TimeTables. Sebagai penyelaras jadual waktu sekolah, saya merupakan guru yang bertanggungjawab membina jadual waktu kelas dan jadual waktu guru-gu bagi sekolah saya.

BACA: Pembinaan Jadual Waktu Kelas dan Subjek Menggunakan Perisian aSc TimeTables

Tahun ini merupakan tahun ke-4 saya sebagai penyelaras jadual waktu sekolah. Pada tahun lepas, jadual waktu guru dan kelas telah diserahkan kepada guru mata pelajaran dan juga guru kelas semasa mesyuarat induk kurikulum pada bulan Disember 2012. Alhamdulillah, jadual yang dibina tiada masalah dan tiada pindaan dibuat.

Tahun ini, kali ini, saya masih lagi menggunakan perisian dan aplikasi yang sama iaitu aSc TimeTables. Pada tahun 2010, saya menggunakan aplikasi Triple SSS tetapi banyak masalah yang timbul. Setelah dua tahun menggunakan aSc TimeTables, alhamdulillah masalah dihadapi sangat sedikit.

Antara perisian dan aplikasi  yang boleh digunakan oleh guru dalam pembinaan jadual waktu adalah seperti berikut:
  1. Triple SSS 
  2. Winjaws
  3. aSc TimeTables
  4. TimeTables Spider

Triple SSS merupakan sistem jadual waktu lama era 80an, dengan antaramuka DOS. Masalah besar ialah pada pencetak (printer)  di mana jadual hanya boleh dicetak menggunakan pencetak seperti Canon Bubblejet 210SP disebabkan sistem ini hanya kenal LPT1.

Winjaws merupakan produk keluaran DMH software. Ia boleh digunakan pada mana-mana platform Windows sama ada 98, XP termasuklah Windows Vista . Arahan dan antara mukanya (interface) mudah untuk dikendalikan. Jadual dapat disiapkan dengan kadar yang lebih pantas. Jadual boleh dicetak di mana-mana pencetak USB.

Perisian-perisian di atas ini ada yang boleh dimuat turun secara percuma di internet dan ada juga versi berbayar.

MUAT TURUN: Perisian Jadual Waktu

MUAT TURUN: aSc Timetables



Winjaws

Contoh jadual waktu kelas yang dijanakan oleh aSc TimeTables



Terima Kasih Atas Sokongan Anda