Pelancaran Buku Teks Digital



Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

"Kementerian telah pun memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid," - Menteri Pendidikan II

Buku teks digital dilancarkan oleh YB Dato' Idris Jusoh di Crystal Crown,
Petaling Jaya, Selangor


Menurut Menteri Pendidikan II, penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini. Pengenalan buku teks digital itu juga merupakan salah satu proses pembangunan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara untuk mencapai tahap yang baik di peringkat dunia.

Bahagian Buku Teks KPM merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Butiran ringkas mengenai transformasi buku teks adalah seperti berikut:

Transformasi Buku Teks 

Baca lagi:
  1. Buku teks digital dilancar - Utusan Online
  2. Buku teks digital dilancar - Kosmo!

Terima Kasih Atas Sokongan Anda