Digraf dan Konsonan Bergabung

Digraf

Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan.
Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap - Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP

Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
  1. gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
  2. kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
  3. ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
  4. ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
  5. sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)

Contoh perkataan digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib

Perkataan pinjaman lain 
- skuter, drama, teks, stadium, stoking, krayon, troli, zink, klip, dram, bank, trak, 








Konsonan Bergabung 

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang hadir secara berturutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris.

Contoh perkataan konsonan bergabung:
- kompleks (kom + pleks)
- konkrit (kon + krit)
- traktor (trak + tor)
- strawberi (straw + beri)
- aiskrim (ais + krim)
- terminal (ter + mi + nal)
- bankrap (ban + krap)


Kekeliruan antara Digraf dan Konsonan Bergabung / Berganding / Huruf Rangkap

Kamus Dewan memberikan takrifan digraf, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy; atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang, huruf rangkap. Tidak ada maklumat yang jelas tentang konsonan berganding, konsonan bergabung dan konsonan yang berturutan dalam pangkalan data kami. Adapun perkataan lain yang mempunyai urutan huruf konsonan itulah yang disebut konsonan berganding atau konsonan bergabung, dan berkemungkinan dua huruf atau tiga huruf seperti dalam perkataan klinik dan bankrap. Tidak dinyatakan turutan huruf konsonan ini dalam satu suku kata atau sebaliknya. - Dewan Bahasa dan Pustaka, 14.12.2015

Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. - Dewan Bahasa dan Pustaka, 14.05.2014

 

DBP, 14 Disember 2015

DBP, 14 Mei 2014


*dikemaskini pada 10.10.2020

Sumber rujukan / kredit / bacaan lanjut:

Terima Kasih

28 comments:

  1. Sangat membantu! Terima kasih cikgu!

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu...
    menbantu saya menyelesaikan masalah saya....

    ReplyDelete
  3. Terima kadih cikgu...sgt2 membantu sy utk mengajar ank sy yg darjah 2...

    ReplyDelete
  4. Why terminal is consider konsonan bergabung?

    ReplyDelete
  5. Tq cikgu...x pernah tau masa belajar dulu...skrg ni mcm2...hehe

    ReplyDelete
  6. I have a few questions:
    1. From my understanding, terminal can be considered as konsonan bergabung. It was in the examples but mentioned as not in one of your comments above.
    2. The examples for konsonan bergabung in the images are not right. How can blok, stesen etc be considered as konsonan bergabung and not digraf?

    Appreciate your further explainations on this for better understanding :)

    ReplyDelete
  7. Betul tak, yogurt ialah konsonan bergabung, Cikgu.

    ReplyDelete
  8. Betul tak, yogurt ialah konsonan bergabung. Khemah juga boleh, Cikgu.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih byk2 cikgu.... sgt mbantu kefahaman sy utk ajar anak2 buat homework

    ReplyDelete
  10. Cikgu... Tanya senyap suku kata sen yap atau se nyap

    ReplyDelete