Logo Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Salam Pandu Puteri!

Untuk pengetahuan guru-guru pemimpin Pandu Puteri di sekolah, ahli-ahli Pandu Puteri dan juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya, pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang betul seperti berikut:




Penggunaan logo yang salah untuk acara/aktiviti rasmi melibatkan Pandu Puteri masih berlaku. Ini mungkin kerana reka bentuknya yang sama. Tambahan pula ramai dalam kalangan kita yang hanya merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini iaitu pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 


Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke laman web rasmi PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Kepada yang berminat, anda boleh juga mendaftar secara atas talian (online) sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.

Website Rasmi PPPM




Terima Kasih Atas Sokongan Anda