Saya Seorang Guru Jadual Waktu

Sesi luahan perasaan...

ASc Timetables


Nampaknya saya belum boleh meletakkan jawatan saya sebagai guru jadual waktu lagi tahun ini. Tugas ini bermula dari tahun 2010 sehinggalah  tahun 2015 bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Saya berharap ini kali yang terakhir....InsyaAllah.

Bukannya apa, saya mula berasa jemu dan hilang 'mood' untuk mengadap perisian Asc Timetables dan menyudahkan kerja-kerja yang sewaktu dengannya yang perlu dilakukan pada waktu cuti hujung tahun, tinggal berbaki 3 minggu beberapa hari sahaja lagi. 

'Kejemuan' makin parah apabila jadual waktu yang telah kita siapkan menerima komen-komen negatif dan ketidak puasan hati daripada rakan-rakan guru. Salah satunya adalah seperti dibawah:

Komen guru yang mungkin tidak pernah menjadi Guru Jadual Waktu

Setiap guru memang 'mengidamkan' jadual waktu yang 'cantik', 'best', 'cun', 'terbaik' dan seumpamanya. Pengalaman saya, walaupaun Asc Timetables secara automatik menjana jadual waktu setelah saya key-in semua data yang diperlukan, namun saya masih perlu murnikan secara manual  jadual tersebut supaya semua guru mendapat jadual waktu yang tidak 'melelahkan' atau kurang 'melelahkan'. Penjanaan jadual terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Sesungguhnya proses itu memenatkan dan meletihkan akal dan minda.

Kadang-kadang bila kita ubah jadual waktu seorang guru untuk menjadikan ia lebih baik susunannya, guru lain pula yang terkena dan terpaksa menerima hasil buangan sisa guru lain...

Luahan Guru Jadual Waktu

Apapun, saya perlu 'hadap' juga benda ini dan sudahkannya walau sejuta kali hati saya mengatakan 'benci' dan tidak sudi.

Siapa lagi kalau bukan saya?



Terima Kasih Atas Sokongan Anda