Alat Genggaman Pensel (pencil grip device)

Entri ini adalah susulan daripada entri dua hari lepas tentang Cara dan latihan memegang pensel untuk kanak-kanak atau murid pada peringkat permulaan tulisan mekanis

Alkisahnya, entri tersebut ditulis kerana saya mempunyai seorang murid tahun 1 yang tidak boleh menulis, dalam erti kata sebenar, bila murid ini diminta meniru atau menyalin huruf, murid hanya terkebil-kebil memandang ke arah saya tanpa berbuat apa-apa. Walaupun saya sudah menunjukkan cara menulis huruf dengan memegang tangannya tetapi masih juga tidak berjaya. 

Murid ini boleh menyambung titik-titik pada huruf tetapi tidak kemas dan banyak yang terkeluar daripada garisan. Begitu juga dengan mewarna. Saya terpikir apakah masalah sebenar murid ini lalu saya mencari maklumat di internet berkenaan dengan kemahiran menulis, lalu terhasillah entri tersebut.

Saya tidak menjual apa-apa peralatan atau barang kerana saya hanya sekadar ingin berkongsi maklumat dengan pembaca, namun ada pembaca yang bertanya tentang ALAT GENGGAMAN PENSEL (Pencil grip device).


Alat genggaman pensel


Alat Genggaman Pensil QALAMIY

Terdapat satu produk alat genggaman pensil iaitu QalamiyTM. Produk ini dicipta khusus untuk individu yang mempunyai ketidakupayaan dalam menulis, individu yang menderita strok ringan dan juga kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy.


The QalamiyTM is a fun, affordable and effective way to teach young children how to hold their pencil correctly. Medium Grip is perfect for Kindergarten through 6th Grade. All children, including those with Autism, ADHD, developmental disabilities, learning disabilities and general fine motor delay can all benefit from using the QalamiyTM. When using the QalamiyTM., students can focus on good handwriting rather than the mechanics of holding the pencil. The result is an efficient pencil grasp and improved handwriting! The QalamiyTM is used in school settings and pediatric clinic settings across the United States.


Kepada yang berminat untuk membeli alat genggaman pensil ini, anda boleh hubungi individu yang mempromosikan alat ini di akaun Facebook atau blog seperti berikut:


QALAMIY - Alat genggaman pensil


Promosi QALAMIY di Facebook


Maklumat lanjut tentang produk QALAMIY, anda boleh baca di pautan berikut:
  1. http://qalamiytm.blogspot.com/
  2. Qalamiy Alat genggaman pensil
  3. Qalamiy Alat genggaman pensil (Video)



Harap bermanfaat.



Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Cara dan latihan memegang pensel untuk kanak-kanak atau murid pada peringkat permulaan tulisan mekanis




Latihan menulis peringkat permulaan untuk kanak-kanak atau murid hendaklah menggunakan pensil atau krayon. Terdapat beberapa cara dan latihan untuk mengajar kanak-kanak atau murid memegang pensil. 

Contohnya adalah seperti berikut:

CARA #1

1. Murid diminta mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukan setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.



3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.


CARA #2






CARA #3

Cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti berikut:

Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.




Kedudukan buku atau kertas yang betul semasa menulis





Terima kasih: 

Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Pelancaran Buku Teks Digital



Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelancaran Buku Teks Digital KPM telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya. Ketika pelancaran, terdapat 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa di laman 1BestariNet.net. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

"Kementerian telah pun memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid," - Menteri Pendidikan II

Buku teks digital dilancarkan oleh YB Dato' Idris Jusoh di Crystal Crown,
Petaling Jaya, Selangor


Menurut Menteri Pendidikan II, penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini. Pengenalan buku teks digital itu juga merupakan salah satu proses pembangunan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara untuk mencapai tahap yang baik di peringkat dunia.

Bahagian Buku Teks KPM merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan transformasi buku teks yang merangkumi tiga gelombang. Butiran ringkas mengenai transformasi buku teks adalah seperti berikut:

Transformasi Buku Teks 

Baca lagi:
  1. Buku teks digital dilancar - Utusan Online
  2. Buku teks digital dilancar - Kosmo!

Terima Kasih Atas Sokongan Anda