Diftong dan Vokal Berganding

Diftong:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi.

Secara lebih terperinci, Diftong ialah:
  1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. 
  2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
  3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
  4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi
  5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 

Contoh perkataan yang mengandungi diftong

ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi






Vokal berganding (Vokal Rangkap):

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.









Secara ringkasnya:

Diftong
Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat. 

Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi

Vokal berganding
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.

baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar 
luas = lu+as


Terima kasih:
http://rasfarina72.blogspot.com/2014/02/diftong-vokal-berganding-digraf-dan.html
http://cikgupenmerah.blogspot.com/2012/05/apa-itu-vokal-berganding-dan-diftong.html
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-dan-vokal-berganding.html

Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...