Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Dijenamakan Semula Kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Mulai 1 Januari 2016

Kemudahan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam kekal tetapi mulai 1 Januari 2016, pengurusannya dijadikan sebuah badan berkanun.

Laman web LPPSA
Surat siaran Kementerian Kewangan Malaysia

Akhirnya BPP dijenamakan semula dan pengurusannya dijadikan sebuah badan berkanun di kenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua:
Badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun. Contoh lain ialah LHDN yang juga di bawah Kementerian Kewangan.




Sejak 2012 lagi sudah terdengar pelbagai khabar angin dan ura-ura pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dengan beberapa bantahan yang dibuat oleh CEUPACS dan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). 

Bantahan HartaGuam terhadap Skim Pinjaman Perumahan di bawah Akta LPPSA

1. Akta LPPSA memberi kuasa yang luas kepada Menteri Kewangan dan pengurusan LPPSA untuk menentukan segala perkara dasar dan polisi berkenaan dengan pinjaman perumahan kakitangan awam. Ini boleh mendedahkan kepada salah guna kuasa untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

2. Tiada jaminan di dalam Akta LPPSA bahawa segala terma dan syarat-syarat pembiayaan seperti kadar faedah 4% dan syarat-syarat kelulusan pinjaman akan kekal sama seperti pinjaman perumahan di bawah BPP sebelum ini. Semuanya bergantung kpd budi bicara Menteri dan LPPSA sepenuhnya.

3. LPPSA mempunyai hak untuk meminjam wang daripada institusi kewangan dan terlibat dengan pelaburan serta boleh mencagarkan dan mensekuritikan kepentingan dan hak LPPSA terhadap hartanah yang digadaikan oleh peminjam. Ini boleh memberi risiko kerugian kepada LPPSA. Kesannya, kepentingan dan hak peminjam boleh terjejas.

4. Segala harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam akan diletakhakkan (dipindahkan) sepenuhnya kepada LPPSA. Ini bererti kerajaan tidak lagi campur tangan dalam urusan pinjaman kakitangan awam selepas ini dan ianya tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sepenuhnya.

5. Kakitangan kerajaan yang memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA hanya boleh menggunakan peguam panel yang telah disediakan oleh LPPSA sahaja. Tidak sebagaimana sebelum ini dimana peminjam boleh melantik peguam mereka sendiri untuk menguruskan urusan pinjaman perumahan. Sudah pasti peguam panel yang dilantik oleh LPPSA tidak akan melindungi hak dan kepentingan peminjam sepenuhnya. Berkemungkinan juga ada caj tambahan (processing fees) yang akan dikenakan oleh LPPSA untuk dokumentasi yang disediakan oleh peguam panel.

6. Urusan pinjaman juga akan menggunapakai dokumentasi baru dan tidak lagi terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana dokumentasi pinjaman perumahan di bawah BPP.

7. Akta LPPSA membenarkan LPPSA menubuhkan syarikat untuk terlibat dalam perniagaan bagi mencari dana kewangan. Ini akan mendedahkan LPPSA kepada risiko untung dan rugi.

Kesannya, pinjaman perumahan kerajaan tidak akan selamanya kekal sama tetapi sebaliknya tertakluk kepada untung dan rugi perniagaan dan kewangan LPPSA sepenuhnya.

Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)


Sumber:

  1. http://www.lppsa.gov.my/v1/
  2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berkanun&d=10
  3. https://www.malaysiakini.com/news/324077
  4. http://www.infra.gov.my/web/EN/blog/110-announcement/569-transformasi-bahagian-pinjaman-perumahan-bpp-ke-lembaga-pembiayaan-perumahan-sektor-awam-lppsa.html
  5. http://www.bloggerlelaki.com/2015/12/bahagian-pinjaman-perumahan-bpp-di-tukar-ke-lppsa.html
  6. http://bmblogr.blogspot.com/2015/12/pinjaman-perumahan-kerajaan-bpp.html
  7. http://jjokir.blogspot.my/2015/07/senarai-badan-berkanun-di-malaysia.html

Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...