Tema Hari Guru 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa

Hari Guru bakal menjelma lagi pada tanggal 16 Mei. Tahun ini Hari Guru bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa.



Tema Guru Pembina Negara Bangsa bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat.


Para guru sekalian wajar berbangga kerana faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puan-puan sendiri - KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata, cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini, para guru sanggup menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar, desa, merentas pulau dan lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari guru tersemat satu iltizam – akal budi murid mesti dibangunkan dan ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin dan diasuh, jasmani murid harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid patut dibelai dan 3 disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan, potensi murid layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua! - KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


Muat turun: TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016

Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?id=5287
  2. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004525.pdf


Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...