Perubahan Pelaksanaan Saringan LINUS2.0 Mulai Tahun 2016 : Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2016

Semua sudah maklum bahawa pelaksanaan saringan LINUS2.0 telah berubah mulai tahun 2016 melibatkan semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi literasi Bahasa Melayu dan numerasi.

Saringan LINUS2. 0 Tahun 2016 adalah seperti berikut:
  1. Saringan literasi Bahasa Melayu dan numerasi Tahun 1 dan Tahun 2 dilaksanakan sekali setahun iaitu pada bulan Ogos hingga September setiap tahun;
  2. Saringan literasi Bahasa Melayu dan numerasi Tahun 3 dikekalkan 2 kali setahun iaitu Saringan 1 pada bulan Mac hingga April dan Saringan 2 pada bulan Ogos hingga September setiap tahun; dan
  3. Saringan literasi Bahasa Inggeris Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dikekalkan 2 kali setahun iaitu Saringan 1 pada bulan Mac hingga April dan Saringan 2 pada bulan Ogos hingga September setiap tahun.

Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2016

Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2016


Terima kasih daun keladi

Pertandingan Idea Kreatif & Inovatif Di Bawah Inisiatif Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOSC) Kategori Perkhidmatan Awam

Hebahan pertandingan di laman web KPM bertarikh 16 Mei 2016, tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Jun 2016.

Untuk makluman YBrs. Tuan/Puan, di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif National Blue Ocean Competition (NBOSC) bagi kategori Perkhidmatan Awam. 

NBOSC telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 April 2016 di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) sempena dengan Pelancaran Program Gabungan Rakan Entreprenuer Aspirasi Terhebat (GREAT). Inisiatif NBOSC ini mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

NBOSC kategori Perkhidmatan Awam juga membuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

Hadiah wang tunai melebihi RM100,000.00 ditawarkan kepada para pemenang termasuk RM50,000.00 Dana Permulaan untuk pemenang tempat pertama Agensi Pelaksana yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, jasa baik dan kerjasama YBrs. Tuan/Puan adalah dipohon untuk membantu dalam mempromosi dan menguar-uarkan mengenai pertandingan idea kreatif dan inovatif kategori Perkhidmatan Awam ini di seluruh saluran komunikasi Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga ke peringkat sekolah-sekolah.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web http://nboscompetition.my/bm/




Kategori pertandingan

Bidang-bidang Fokus

Terma dan syarat pertandingan

Hadiah







Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5301
  2. http://nboscompetition.my/bm/



Terima kasih daun keladi

Tayangan Semula "NUR BALQIS" Telemovie Khas Sempena Hari Guru Di TV1

Terima kasih RTM khususnya TV1 kerana menayangkan semula sebuah drama yang mengangkat profesion keguruan di media perdana melalui drama NUR BALQIS. Walaupun drama ini pernah ditayangkan pada 17 Mei 2014 yang juga bersempena Hari Guru, pada pandangan saya ia masih 'menyengat' dan relevan.

Drama ini telah ditayangkan semula pagi tadi jam 10.30 di slot Panggung Satu, TV1. Antara pelakonnya adalah Sari Yanti, Zahiril Adzim, Mandy Chong, Fadzli, Farahanni dan Badrul Munir.



Moral cerita ini:
  • Untuk menjadi pendidik yang berkesan, anda harus 'mencintai' profesion anda 
  • Untuk menjadikan PdP anda berkesan, salah satunya anda perlu mengetahui dan memahami latar belakang pelajar anda



Sinopsis/ jalan cerita boleh dibaca di Siaran Media RTM: Telemovie Nur Balqis.

Kepada yang ingin menonton drama ini, anda boleh tonton di pautan berikut:
  1. You Tube - Nur Balqis
  2. YouSuve - Nur Balqis



Sumber:
  1. https://docs.google.com/viewerng/viewer?url=http://www.rtm.gov.my/images/stories/article/88Nur+Balqis/Nur+Balqis.pdf

Terima kasih daun keladi

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini,  ia secara langsung— mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.

Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara tahunan melalui pelaksanaan BATHKPC, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan.

Cabaran Pandu Puteri Tunas 2015 Peringkat Kebangsaan di Perlis

Antara objektif diwujudkan anugerah ini adalah:
  1. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. 
  2. —Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
  3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. 
  4. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.

Pra Syarat kelayakan:
  1. —Warganegara Malaysia
  2. Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai umur 11 tahun pada tahun semasa.
  3. —Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  4. Mempunyai sahsiah dan berketrampilan.
  5. —Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran.

Pelaksanaan Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
  1. — Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) 
  2. — Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) 

BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKPC)
Syarat BATHKPC:
  1. —Berupaya melengkapkan buku log 
  2. Telah menyertai ATAU membantu acara mewakili Pandu Puteri di peringkat sekolah DAN zon , daerah atau cawangan. 
  3. Telah menyertai sekurang-kurangnya SATU ( 1 ) Perkhemahan/ Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas anjuran Pandu Puteri 
  4. Mencapai sehingga peringkat Tangan Emas. 
  5. Memperoleh 5 lencana berikut : 
             - Pengumpul 
             - Ahli rumah tangga 
             - Pereka Permainan Kanak-kanak 
             - Kecergasan 
             - Pertolongan cemas 
             - Jurumasak 
             - SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: 
                                    - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.


BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA (BATHKP)
Syarat BATHKP:
  1. —Telah memperoleh sijil Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) 
  2. —Menyertai ATAU membantu acara Pandu Puteri di peringkat cawangan, kebangsaan atau antarabangsa. 
  3. —Memperoleh SEMBILAN ( 9 ) Lencana Kecekapan berikut:
             - Pengumpul 
             - Ahli rumah tangga 
             - Pereka Permainan Kanak-kanak 
             - Kecergasan 
             - Pertolongan cemas 
             - Jurumasak 
             - SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: 
                                    - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.




Penerima anugerah BATHKP 2015

Sumber:
  1. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  2. PANDU PUTERI TUNAS CK CHENDERAH

Terima kasih daun keladi

Hukuman Rotan Pelajar Bakal Dilaksanakan Mulai Tahun 2017?

Menurut laporan Utusan Online, Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan displin di sekolah mulai tahun 2017. Walau bagaimanapun hukuman rotan tersebut hanya boleh dilakukan secara tertutup dan tidak dibenarkan dilakukan di khalayak ramai seperti semasa perhimpunan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, draf penambahbaikkan peraturan displin tersebut akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi selepas kajian terhadap Peraturan-Peraturan Displin Pelajar 1959/ Ordinan Pendidikan 1957 dibuat.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof - Pengetua/Guru besar hanya dibenarkan merotan murid-murid tertakluk kepada syarat tertentu untuk kesalahan serius berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID.

Dr. Khair menjelaskan bahawa hukuman rotan sentiasa dibenarkan kerana berasaskan peruntukan yang disediakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 namun hanya dinyatakan jenis hukuman yang boleh dikenakan mengikut keseriusan sesuatu kesalahan.

Pekeliling 2003: Kuasa guru merotan murid



Wajarkah guru merotan pelajar?
SEREMBAN: Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) masih menyiasat dari segenap aspek kes guru wanita sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang, Jelebu yang didakwa merotan pelajarnya sehingga menyebabkan mangsa kini menerima rawatan di hospital kerana tidak dapat bergerak.

Isu kewajaran guru merotan murid telah banyak dibincangkan dalam akhbar dan media sosial. Walaupun ada pendapat yang menentang namun ada juga yang menyokong kerana merasakan guru mempunyai peranan besar membantu menangani salah laku pelajar. Dengan timbulnya kes-kes seperti di atas, ada yang beranggapan bahawa hukuman rotan perlu dikaji semula terhadap mekanisme pelaksanaannya.

Timbul persoalan tentang kewajaran hukuman merotan yang pernah diberikan kuasanya kepada guru tetapi telah dilarang mulai tahun 1983 ketika Tan Sri Murad Mohamed Noor menjadi Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau dengan tegasnya mempertahankan tindakannya untuk menarik kembali kuasa guru dari merotan pelajar dengan alasan biarlah pelajar ini dididik dengan penuh hemah tetapi kesannya apa yang dapat kita lihat sehingga hari ini ialah pelajar semakin berani mempertikaikan tentang peraturan dan disiplin sekolah.

Pelbagai isu negatif yang melibatkan perlakuan negatif pelajar terhadap guru antaranya pelajar mencekik seorang guru perempuan di Pulau Pinang, isu pelajar tumbuk guru di Sabah, isu kereta guru dirosakkan pelajar di Terengganu dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, guru dalam dilema samada ingin menggunakan hukuman rotan atau tidak di sekolah.



Berkesankah hukuman rotan?

Laporan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat bahawa amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran kanak-kanak. Laporan tersebut menyebut bahawa hukuman yang berbentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan positif kepada pelajar, malah akan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.

Hanya sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani hukuman fizikal di sekolah. Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan adalah pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan kurang bermotivasi untuk berjaya. Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak. Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang diberi hukuman fizikal di sekolah mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif. Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan hukuman tersebut.

UNICEF percaya bahawa hukuman fizikal ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan dan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisplin. Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut mengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.


Hukuman rotan di sekolah masih relevan?

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Komander (Kehormat) Hashim Adnan berpendapat bahawa hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan mendisplinkan pelajar walaupun banyak negara khususnya di barat sudah memansuhkan hukuman rotan di sekolah, namun dalam konteks negara-negara di timur termasuk Malaysia, hukuman rotan di sekolah masih diperlukan.
Kita berharap, kalau dapat, kita teruskan juga hukuman rotan ini tetapi secara berhemahlah, bukan sesuka hati...merotan itu bukan sewenang-wenangnya. Ia perlu dijalankan secara profesional dan setelah berkali-kali amaran dikeluarkan. Kalau bimbingan dan pendekatan psikologi masih tak jalan barulah rotan - Presiden NUTP

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman berpendapat adalah wajar memukul sebagai satu hukuman terhadap salah laku kanak-kanak dan ini dibenarkan sendiri dalam Islam kerana ia adalah kaedah pengajaran yang berkesan. Beliau juga berpendapat ibu bapa sepatutnya memberi sedikit kelonggaran kepada guru untuk memukul anak mereka yang melakukan kesalahan bagi membentuk displin dan keperibadian mereka. 

Hal ini kerana apabila seseorang pelajar menerima hukuman seperti rotan, pelajar tersebut akan merasa sakit dan serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala pelajar-pelajar lain yang melihat hukuman ini dijalankan juga akan merasa ngeri untuk melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu masalah pelanggaran displin dapat diatasi.

Hukuman merotan dari sudut pandangan Islam?
#Akan dikupas dalam entri yang lain, Insya Allah.


Sumber:
  1. http://m.utusan.com.my/berita/nasional/hukuman-rotan-pelajar-dilaksana-2017-1.321661
  2. http://www.sinarharian.com.my/nasional/hukuman-rotan-di-sekolah-masih-relevan-1.377202
  3. http://gurucakna.blogspot.my/2012/09/isu-1-guru-merotan-murid-oleh-mohd-azri.html
  4. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.my/2008/07/selatan-jpns-siasat-guru-rotan-pelajar.html
  5. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_135_6910_8325.pdf
  6. http://www.tv14.my/2016/05/12/hukuman-rotan-dibenarkan-jika-ikut-garis-panduan/

Terima kasih daun keladi

Peraduan Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru 2016

Peraduan ini terbuka kepada pelajar sekolah sempena sambutan Hari Guru yang bakal menjelma tidak beberapa hari sahaja lagi. Peluang ini patut dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pelajar untuk menunjukkan penghargaan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru masing-masing kerana pihak penganjur menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Hadiah akan diberikan kepada pelajar dan juga guru.






Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?id=5294




Terima kasih daun keladi

Tema Hari Guru 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa

Hari Guru bakal menjelma lagi pada tanggal 16 Mei. Tahun ini Hari Guru bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa.



Tema Guru Pembina Negara Bangsa bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat.


Para guru sekalian wajar berbangga kerana faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puan-puan sendiri - KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata, cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini, para guru sanggup menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar, desa, merentas pulau dan lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari guru tersemat satu iltizam – akal budi murid mesti dibangunkan dan ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin dan diasuh, jasmani murid harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid patut dibelai dan 3 disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan, potensi murid layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua! - KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


Muat turun: TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016

Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?id=5287
  2. http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004525.pdf


Terima kasih daun keladi

PM Lancar Tablet Untuk Guru Di Sarawak

Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa semua guru di sekolah rendah, menengah serta yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah dan negeri Sarawak bakal menerima komputer tablet yang dilengkapi perisian akhbar Tutor dan e-paper Utusan Malaysia. Pengumuman itu dibuat semasa Majlis Pelancaran Tablet tersebut pada 5 Mei 2016 di Kuching, Sarawak.

"Hal ini penting kerana melaluinya para guru dapat menyampaikan kandungan pendidikan dengan nilai yang lebih krea­tif selari dengan tahap pemikiran golongan pelajar yang disebut sebagai kelompok digital native. Kita tidak mahu murid lebih bermaklumat daripada guru, ini juga satu cabaran kepada kita kerana mereka terlalu pantas mendapat akses kepada Internet. Dengan adanya tabet ini, ia adalah revolusi kecil dalam bidang pendidikan negara, mudah-mudahan ini menjadi langkah yang sangat bermakna,” - Perdana Menteri Malaysia

Menurut portal Malaysia Aktif, sebanyak 42, 000 unit tablet telah diterima guru-guru di Sarawak.




Sumber:

Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...