Pelaksanaan Kursus i-THINK Secara Luar Talian (KiLT) Di Semua Sekolah Sehingga 31 Disember 2017

Berdasarkan Surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-THINK Secara Luar Talian (KiLT) yang telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu, Kursus i-THINK perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2017.

Surat siaran pelaksanaan KiLT 2017

Kursus i-THINK Luar Talian (KiLT) diberi sebagai pilihan kepada guru-guru yang menghadapi masalah mengakses kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) sebelum ini. Manakala guru-guru yang telah berjaya menamatkan KiDT tidak perlu lagi membuat KiLT.

Guru boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama ini di http://mygfl.moe.gov.my/web/guest

Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet. 

Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada pengguna lain.

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. 

Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).

Pengguna diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

Sumber:


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment