Showing posts with label Buku Prabacaan. Show all posts
Showing posts with label Buku Prabacaan. Show all posts

Saya Pandai Membaca Kaedah Suku Kata - Buku

Buku Saya Pandai Membaca Kaedah Suku Kata ini dibeli oleh salah seorang ibubapa anak murid saya. Murid tersebut membawanya ke kelas pemulihan.  Murid ini memang rajin. Apabila latihan yang saya berikan sudah siap dan ditanda, dia akan sambung membuat latihan dalam buku ini.

Saya ambil kesempatan untuk membelek-belek buku ini. Persembahan buku ini agak menarik dengan ilustrasi gambar yang menarik, cantik dan kemas tersusun.

Siri buku ini mengandungi 4 judul. Sayangnya saya tidak berpeluang untuk meninjau ke semua judul buku. Adakah benar kaedah yang digunakan adalah keadah suku kata? 

Menurut penulis buku ini yang tidak disertakan namanya, program bacaan awal menggunakan buku ini akan membolehkan murid membaca dengan mudah dan tidak perlu mengeja sesepatah kata itu. Suku kata-suku kata diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan diulang-ulang secara latih tubi melalui kata-kata, ayat-ayat dan petikan-petikan. 

Namun apa yang saya perhatikan, petikan yang terdapat dalam buku 1 agak sukar untuk dibaca oleh murid kelas saya. Contohnya petikan "Ayah Aman Ke Pasar Mini", walhal Buku 1 lebih kepada pengenalan kepada bunyi huruf vokal dan huruf konsonan. Selepas diperkenalkan bunyi huruf vokal murid kemudian akan membaca ayat dan seterusnya petikan. 

Nampak cepat dan mudah tetapi hakikatnya apabila saya minta murid pemulihan membaca petikan, mereka masih tergagap-gagap. Apapun, saya saya fikir buku ini kurang sesuai untuk kegunaan pemulihan khas. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan dan panduan guru dalam mempelbagaikan aktiviti dan kaedah pengajaran dalam kelas.








Terima Kasih

Kenal Baca Tulis (Info Kebatu) - BUKU

Buku Kenal Baca Tulis (Info Kebatu) membantu guru pemulihan mengajar menggunakan kiosk-kiosk di dalam kelas pemulihan khas. Ia ditulis berdasarkan sukatan Bahasa Melayu KIA2M dan KIA3M. Ia sesuai digunakan oleh murid Pemulihan Khas yang tidak mempunyai asas mengeja apatah lagi membaca. Buku di dalam  Siri Pemulihan Khas ini memuatkan bahan dan aktiviti kemahiran awal berbahasa termasuklah kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Buku Siri Pemulihan Khas ini terdiri daripada 4 jilid yang ditulis oleh Jamaluddin bin Ahmad, Noraini binti Yaacob & Ahmad Fuad bin Jamaludin @ Din. Ia diterbitkan oleh PTS Profesional, 2007.

Jilid 1: Kandungan
  1. Huruf Kecil a hingga z
  2. Huruf Besar A hingga Z
  3. Huruf Vokal a,e,i,o,u
  4. Suku Kata Terbuka  KV
KV (a) - ba, ca, da ... za
KV (i) - bi, ci, di ... zi
KV (u) - bu, cu, du ... zu
KV (e) - be, ce, de ... ze
KV (o) - bo, co, do ... zo
KV (e) - be, ce, de ... ze
 
Jilid 2: Kandungan
  1. Suku Kata Tertutup KVK
KVK (an) - ban, can, dan ... zan
KVK (in) - bin, cin, din ... zin
KVK (un) - bun, cun, dun ... zun
KVK (on) - bon, con, don ... zon
KVK (en) - ben, cen, den ... zen
KVK (am) -bam, cam, dam ...zam
KVK (im) - bim, cim, dim ... zim
KVK (um) - bum, cum, dum ... zum
Jilid 3: Kandungan
  1. Suku Kata Tertutup KVK
KVK (ak) - bak, cak, dak ... zak
KVK (ik) - bik, cik, dik ... zik
KVK (ok) - bok, cok, dok ... zok
KVK (at) - bat, cat, dat ... zat
KVK (it) - bit, cit, dit ... zit
KVK (ut) - but, cut, dut ... zut
KVK (ar) - bar, car, dar ... zar
KVK (ir) - bir, cir, dir ... zir
KVK (ur) - bur, cur, dur ... zur
KVK (er) - ber, cer, der ... zer       
Jilid 4: Kandungan
  1. Suku Kata KVKK
    KVKK (ang) - bang, cang, dang ... zang
    KVKK (ing) - bing, cing, ding ... zing
    KVKK (ung) - bung, cung, dung ... zung
    KVKK (eng) - beng, ceng, deng ... zeng
    KVKK (ong)- bong, cong, dong ... zong
  2. Diftong 
  3. Vokal Berganding 
  4. Konsonan Berganding

Kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah klik pada link pada gambar di bawah ini untuk melihat isi kandungan buku dan contoh-contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa P&P.

Info Kebatu Jilid 1
Info Kebatu Jilid 2
Info Kebatu Jilid 3
Info Kebatu Jilid 4





Terima Kasih

Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah - BUKU


Buku Kemahiran Awal Bacaan Bahasa Melayu Prasekolah diterbitkan oleh Penerbit USM pada tahun 2011 dan dikarang oleh Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim dan Hashim Othman. Ia mengandungi 122 halaman bercetak hitam dan putih.

Buku ini memperkenalkan kaedah KVB iaitu Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur dalam pengajaran kemahiran bacaan awal. Kaedah ini bersandarkan kepada dua teori utama iaitu Teori Behavioris dan Teori Kognitif.

Topik-topik dalam buku ini menyentuh tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, kemahiran membaca pada peringkat bacaan awal dan pelaksanaan pengajaran kemahiran bacaan awal melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain. Buku ini juga turut dilengkapi dengan contoh aplikasi pengajaran seperti Ujian Kesedian Membaca dan Ujian kemahiran Bacaan awal.

Terima Kasih

Buku Aktiviti Untuk Murid Pemulihan Khas

Agak sukar bagi saya untuk mendapatkan buku panduan dan buku aktiviti untuk murid pemulihan khas di kedai buku. Kalau ada pun, saya terpaksa memilih isi kandungan yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar. Setakat ini saya belum berjumpa dengan satu buku yang saya boleh guna secara keseluruhannya untuk P&P kelas saya. 

Terdapat beberapa siri buku yang saya jumpa dan sedang gunakan yang pada saya menarik dan praktikal tetapi sudah tiada di pasaran (mungkin saya belum jumpa lagi). Buku-buku tersebut saya perolehinya dengan meminjam di Perpustakaan Negara. Namun sayang sekali, buku-buku aktiviti tersebut telah diconteng oleh peminjam-peminjam seolah-olah ia seperti buku kepunyaan mereka.

Antara buku-buku tersebut ialah:


1. Siri Pemulihan Khas - Info Kebatu - Kenal, Baca dan Tulis (Jilid 1-4)







2. Siri Program Celik Huruf (PACU) Bahasa Melayu



 



3. Siri KIA2M


 


Terima Kasih