Showing posts with label Garis Panduan. Show all posts
Showing posts with label Garis Panduan. Show all posts

[DOWNLOAD] Pekeliling Guru Pemulihan Di Bawah NKRA Pendidikan - LINUS
















Klik di bawah untuk muat turun pekeliling

Antara isi kandungan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012 bertarikh 3 Julai 2012 (Guru Pemulihan Di Bawah NKRA Pendidikan - LINUS)

1) Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru pemulihan di setiap sekolah kepada guru pemulihan  bagi 15 orang murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 2012 telah bersetuju supaya semua cadangan Makmal NKRA Pendidikan dilaksanakan. 

2) Murid tahap 1 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang tidak melepasi konstruk 12 bagi literasi dan numerasi.

3) Murid tahap 2 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira berdasarkan ketetapan yang diguna pakai sebelum LINUS dilaksanakan.

4) Penempatan guru pemulihan di semua sekolah adalah menggunakan nisbah seorang guru pemulihan kepada 15 orang murid yang masih tidak menguasai literasi atau numerasi termasuk murid tahap 2 (sekiranya ada).

5) Sekiranya sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasi kurang daripada 15 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihan sahaja.

6) Jika sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasi melebihi 15 orang tetapi kurang 30 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihan. Namun sekiranya genap 30 orang murid, maka sekolah tersebut layak menerima 2 orang guru pemulihan.

7) Semua JPN, PPD dan sekolah hendaklah memastikan bahawa semua guru yang dilantik sebagai guru pemulihan mempunyai opsyen pemulihan atau sekurang-kurangnya telah mengikuti latihan untuk mengajar kelas pemulihan.

8) Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran KPM.BPKHAS.300-2/212 bertarikh 4 Ogos 2010, Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program LINUS adalah terbatal. 



Garis Panduan dan Senarai Pekeliling Untuk Rujukan Guru Pemulihan Khas



Setakat ini bagi guru-guru pemulihan khas (GPK) seperti saya, terdapat dua sumber utama yang menjadi  panduan dalam melaksanakan dan mentadbir program pemulihan khas. Sumber tersebut ialah:

  1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, KPM.
  2. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 1999. (cetakan kedua 2003).

Selain itu terdapat juga beberapa surat pekeliling Bahagian Sekolah, KPM, yang menjadi punca dan bidang kuasa GPK. Antaranya ialah:


1) Surat pekeliling Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil. KP(BS) 8594/Jld II/32 bertarikh 22 Januari 1985: Guru Khas Pendidikan Pemulihan 
Lampiran A (1): Senarai Tugas dan Jadual Waktu Guru Khas Pendidikan Pemulihan

2) Surat pekeliling Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil. KP(BS) 8502/5/PK/Jld V/26 bertarikh 28 Januari 1986: Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah 1986

Lampiran A (2): Bilangan Jawatan Guru Khas Pemulihan
Lampiran B (2): Fotmat laporan

3) Surat pekeliling Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil. KP(BS) 8502/5/PK/Jld V/34 bertarikh 17 Mac 1986:  Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan yang dikendalikan oleh Guru Khas Pemulihan
Lampiran A (3): Contoh Borang rekod Lawatan
Lampiran B (3): Format Laporan

4) Surat pekeliling Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil. KP(BS) 8502/5/PK/Jld V/34 bertarikh 30 Jun 1986: Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah Rendah

Lampiran A (4): Jumlah Jawatan Guru Khas Pemulihan dari tahun 1989-1990.
Lampiran B (4): Senarai Tugas Guru Khas Pemulihan (untuk perhatian GB dan semua guru)
Lampiran C (4): Borang Pencalonan
Lampiran D (4): Latar Belakang Murid Pemulihan
Lampiran E (4): Borang Pengumpulan Maklumat