Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Diteruskan Bagi Tahun 2017

KPM meneruskan pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) bagi murid Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2017. 

Nombor Sijil TPSM yang berkuatkuasa bermula 1/1/2017 sehingga 31/12/2017 ialah PTP-P0019330-04-DIR-17.

Muat turun dokumen-dokumen penting yang berkaitan seperti berikut:
  1. Surat Pelaksanaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) [ Sila klik di sini ]
  2. Sijil Perlindungan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia [ Sila klik di sini ]
  3. Panduan tatacata membuat tuntutan [ Sila klik di sini ]
  4. Borang tuntutan [ Sila klik di sini ]

Pemberitahuan di laman sesawang KPM pada 10 Januari 2017

No. Sijil Takaful

Terma-terma yang penting, untuk murid warganegara, sumbangan RM1.50 setahun dibayar oleh KPM
dengan perlindungan 24 jam sehari tanpa had lokasi

Murid bukan warganegara perlu membayar sendiri sumbangan RM1.60 kepada pihak sekolah


Jadual manfaat perlindungan jika berlaku KEMALANGAN; kematian/ kehilangan anggota badan utama/
elaun tunai hospital jika dimasukkan ke wad/ bayaran kerusi roda

Perkara-perkara penting yang perlu diketahui sebelum membuat sebarang tuntutan,
tuntutan tidak boleh lewat 30 hari dari tarikh kemalangan

Borang tuntutan perlu mendapat perakuan dan pengesahan daripada Pengetua/ Guru Besar atau PK HEM


Sumber:


Terima Kasih

CUEPACS minta kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari 2014 dikaji semula secara menyeluruh

Kadar baharu tarif elektrik Januari 2014



Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman menggesa kadar kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan dikaji semula. Beliau berpendapat kajian secara menyeluruh perlu dilakukan demi kebajikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Berdasarkan laporan BERNAMA

Subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Walau bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Anda dinasihatkan untuk sila semak bil elektrik di rumah anda untuk tahu jumlah penggunaan. Kalau lebih, cadangan seperti dibawah....

Bil elektrik lama
Bil elektrik terkini
Baca lagi...


Terima Kasih

Jumlah lelaki di Malaysia melebihi wanita dengan nisbah 106:100


STATISTIK TERBARU


Bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100).



Bilangan wanita  hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Purata  jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.





Pendedahan dibuat oleh Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia’  pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan  anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia di Shah Alam petang semalam.



Terima Kasih

Nombor plat siri baru Wilayah Persekutuan KL 'W7A' bernilai RM129,000 milik Abu Hasan Mohamed Rashid

Jom murid-murid kita menyanyi sekejap ~ ~ ~

Kalau aku kaya
aku mahu beli plat keta
W7A nombornya
....oooo bestnyer 


Kalau aku kaya
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir

(Awie Rafael - Kalau Aku Kaya)


Kalau anda orang kaya....sanggupkah anda?

Nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siri baru tertinggi dibida setakat ini ialah "W7A", dengan nilai bidaan mencecah RM129,800 oleh pemilik kenderaan bernama Abu Hasan Mohamed Rashid.

Nombor plat dengan siri W1A, W8A, W10A dan W8888A diperuntukkan kepada Yang Dipertuan Agong manakala W9A diperuntukkan kepada anggota pentadbiran kerajaan.

Walaupun diramalkan W9A adalah milik seorang Menteri Persekutuan, namun identitinya tidak dapat dipastikan.

Laporan Sin Chew Daily yang melakukan tinjauan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju mendapati nilai bidaan beberapa nombor plat popular seperti W88A, W888A dan W6666A melebihi RM10,000 ke atas.

Manakala nombor plat W2222A, W444A dan W4444A pula gagal melepasi nilai bidaan RM10,000 kerana ia tidak popular di kalangan masyarakat Cina.

Pegawai Perhubungan JPJ turut dilaporkan berkata, pemimpin negara seperti Yang Dipertuan Agong, Sultan, Menteri dan Menteri Besar boleh mendapatkan nombor plat secara percuma.

Sebelum ini, nombor plat WWW1 mencatatkan sejarah termahal dalam negara apabila dibeli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan harga RM520,000






Petikan berita dari The Malaysian Insider.

Terima Kasih

Fenomena Lee Chong Wei di Twitter

Lagi tentang Dato' Lee Chong Wei...

Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei tewas kepada musuh ketat daripada China, Lin Dan pada perlawanan akhir perseorangan Sukan Olimpik 2012 tetapi namanya menjadi fenomena di Twitter.

Hampir setengah juta orang menyebut tentang Chong Wei, memberi sokongan padu serta semangat kental baginya untuk berjuang.

Secara jumlahnya Chong Wei meraih hampir 500,000 sebutan pada hari Ahad tersebut berbanding Lin Dan yang meraih 238,000.

Lee Chong Wei tetap juara di hati rakyat Malaysia

Menurut laman web Twitter, terdapat 16,847 tweet per minit yang menyebut tentang perlawanan akhir tersebut. Menyebut nama Chong Wei juga meraih lebih daripada 9,200 tweet per minit.

Sumber: MLP Sports
Terima Kasih

Dato' Lee Chong Wei Hanya Tidak Bernasib Baik, Kekalahan Yang Bermaruah

Total respect: Lin Dan (right) consoles Lee Chong Wei after epic final  
Photo: REUTERS

Entri saya kali agak terbabas sedikit tapi saya rasa saya perlu abadikan detik bersejarah ini kerana badminton adalah sukan kegemaran saya dan Dato' Lee Chong Wei adalah wira bagi saya.

Lin Dan sekali lagi telah menjadikan dirinya musuh rakyat Malaysia (tetapi hero bagi China) setelah menggagalkan impian Lee Chong Wei menggenggam impian emas pertama buat negara pada aksi akhir badminton perseorangan lelaki semalam di sukan Olimpik London. 

Sedihnya saya bukan kerana Malaysia kalah tetapi sedih melihat kekecewaan dan kesedihan yang terpampar pada wajah DLCW setelah beliau berkerja keras dan bermain bermati-matian menentang Lin Dan semalam.  Pada saya, kedua-duanya berhak menang cumanya nasib sahaja yang tidak menyebelahi Lee Chong Wei.


Apa kata Dato' Lee Chong Wei?

“I apologise to all the Malaysian people,” a distraught Chong Wei said. “I wanted very much to win the first ever gold medal for my people. I worked very hard but what is done is done." 

“I am very disappointed with a silver medal again,” Chong Wei said. “I worked very hard but what’s done is done.”


Sayunya tengok Dato' LCW dengan wajah macam ni...
 
Apa kata Lin Dan?

"My mind is blank right now. I am very, very happy,” said Dan. “This medal is confirmation of all my hard work since 2008. It is very tough being a Chinese player because we work so hard and sacrifice so much."

“He’s such a brilliant rival that I am quite lucky,” said Lin, who invited Chong Wei to his wedding. “I treasure the opportunities of playing him.” 


Apa kata Media?

After becoming the bridesmaid in Beijing four years’ ago, luck cruelly deserted Malaysia’s Lee Chong Wei in London following a tumultuous men’s single final against Chinese rival Lin Dan on Sunday. Chong Wei’s Olympic dream is over. The question now is whether these two will ever meet in a major final again.  

Lin Dan of China claimed his second successive Olympic gold with a 15-21 21-10 21-19 defeat of Lee Chong Wei of Malaysia in a classic final.


Apa kata orang ramai?

The 2012 Olympics was Chong Wei's last olympic game. He worked his hardest, train at his hardest. That is why he was so frustrated about.

 
The 2012 London Olympics men singles finals was an interesting match. Both Lee Chong Wei and Lin Dan fought tooth and nail for the gold medal. It was a very close match and they chased each other points by points.  There goes our hope for our first Olympics gold. So sad! So close, yet so far!

Anyway, Datuk Lee Chong Wei played very well! All my respect to him!

*****

Terima Kasih