Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan HLP/HLPS/CBBP TB Ambilan 2024 KPM

Tarikh tutup permohonan HLP/HLPS/CBBP TB dilanjutkan daripada 18 Januari kepada 21 Januari 2024 iaitu sehingga esok, Ahad jam 5 petang. 

Selamat maju jaya kepada guru-guru yang memohon kali ini. 

Jangan berputus asa untuk menghantar permohonan walaupun pelbagai masalah teknikal dihadapi.

All the best!


"PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP), CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) DAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) AMBILAN TAHUN 2024" - KPM



 Sumber:

Kalendar Januari 2024 - Februari 2025 Mengikut Takwim Akademik KPM

Kalendar bermula Januari 2024 sehingga Februari 2025 ini yang dikongsikan oleh Cikgu Share adalah kalendar yang komprehensif yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam membuat perancangan persekolahan atau cuti dan seumpamanya. 

Terdapat maklumat seperti berikut di dalam kalendar:

  • Penggal persekolahan sesi 2024-2025
  • Cuti sekolah KPM
  • Cuti umum persekutuan dan negeri
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam

📌Muat turun (download) kalendar format pdf di sini: KALENDAR 2024-2025


Kredit: Cikgu Share

Tajaan Sambung Belajar Untuk Guru KPM Ambilan Tahun 2024 Peringkat Ijazah Sarjana & Kedoktoran (Master, PhD, EdD)

Setiap Disember akhir tahun KPM akan membuka tawaran permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Master, PhD, EdD) kepada guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Permohonan akan dibuka pada 21 Disember 2023 (Khamis) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024.

Bagi pengambilan tahun 2024, hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM untuk tawaran program seperti berikut:

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)



Jenis Program Penajaan KPM


1) HLP: Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP DB)

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • dikenali juga sebagai cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa
  • Cuti belajar bergaji penuh iaitu gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun sara hidup (duit poket tambahan sebagai student), elaun buku, elaun tesis, elaun alat perkakas dan beberapa lagi elaun


2) CBBP TB: Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • Cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Tiada biasiswa


3) HLPS: Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan

  • Tiada cuti belajar iaitu bekerja seperti biasa
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun buku, elaun tesis


Maklumat Lanjut dan Cara Memohon


Permohonan dibuat secara online melalui laman web e-Penawaran mulai tarikh tawaran dibuka: https://epenawaran.moe.gov.my/









Persiapan Awal Sebelum Memohon


  • Sinopsis cadangan penyelidikan - tajuk kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian
  • Bidang yang dipohon - mengikut opsyen guru yang bersesuaian
  • Sumbangan kepada perkhidmatan 3 tahun terkini - peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa
  • Penulisan/ Penerbitan 3 tahun terkini
  • artikel, artikel jurnal, prosiding, buku, kajian tindakan, kajian ilmiah
  • Sokongan PGB (Pengetua/Guru Besar)

Sumber:

1. KPM: HLP 2024 KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) KPM

Sebagai guru yang terlibat dengan murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran khususnya saya sebagai guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dengan murid-murid yang tidak dan sukar menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M), adalah penting untuk guru mengetahui prosedur, tatacara atau langkah-langkah membuat pengesahan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) atau sekurang-kurangnya tahu di manakah tempat yang boleh ibu bapa pergi untuk merujuk anak mereka kepada pakar atau pengamal perubatan.

Salah satu tempat yang sesuai adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK). Pusat 3PK merupakan pusat khidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk saringan/ penilaian, terapi, konsultasi, latihan atau khidmat sokongan di sekolah kepada kanak-kanak/ murid berkeperluan khas.

Secara umumnya, proses saringan di 3PK beroperasi mengikut janji temu pada waktu pejabat. Tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap sesi janji temu kerana perkhidmatannya disediakan secara PERCUMA. Saya berpengalaman membawa seorang anak murid saya ke pusat 3PK di Putrajaya untuk menjalani saringan MBPK. Pada ketika itu murid tersebut berada di tahun 5. Selepas beberapa kali temu janji untuk melengkapkan proses saringan, akhirnya murid tersebut disahkan sebagai MBPK oleh doktor di sebuah hospital kerajaan, walaupun pada ketika itu anak murid saya sudah berumur 12 tahun. Bekas anak murid saya kekal di sekolah asal sehingga berumur 14 tahun dan mengikuti Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang ada di sekolah kerana mengambil tempoh pelanjutan 2 tahun di sekolah rendah sebagai salah satu keistimewaan MBPK.

Para ibu bapa yang berkeperluan untuk mengetahui masalah yang dihadapi anak masing-masing, khususnya masalah dalam pembelajaran, bolehlah merujuk kepada pusat 3PK yang berhampiran di negeri masing-masing. Selain pusat 3PK, ibu bapa juga boleh merujuk anak ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan.

Sila rujuk info yang dilampirkan di bawah ini untuk maklumat lanjut.









Sumber: Pusat 3PK

Tajaan Sambung Belajar Program HLP/CBBP TB/HLPS Peringkat Ijazah Sarjana & Kedoktoran (Master, PhD, EdD) Untuk Guru KPM Ambilan Tahun 2023

Setiap tahun KPM akan membuka permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Master, PhD, EdD) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Bagi pengambilan tahun 2023, hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM. 

Terdapat sedikit perbezaan berbanding pengambilan tahun 2022 iaitu tiada program CBBP TB (Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa) ditawarkan pada tahun saya memohon iaitu tahun 2021. Pada tahun 2021, hanya HLP dan HLPS ditawarkan, namun alhamdulillah rezeki telah ditakdirkan untuk saya yang pertama kali memohon kerana saya ditawarkan HLP iaitu cuti belajar bergaji penuh dan dengan biasiswa.


Pada hemat saya, ini bermaksud berkemungkinan lebih banyak kouta pengambilan akan dibuka kerana adanya program CBBP TB (Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa) ditawarkan.

Kawan-kawan semua, ayuh sambut segala peluang yang ada yang disediakan untuk mempertingkatkan diri, keluar dari zon selesa dan kebiasaan harian, mencabar diri dan mungkin atas apa sahaja matlamat yang kita sendiri sahaja yang tahu dan faham.

Saya kongsikan di sini beberapa maklumat penting sebagai persediaan awal kepada para guru yang berminat ingin memohon.

1. Jenis Program Penajaan


a) HLP: Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP DB)

- cuti belajar sepenuh masa (full time)
- dikenali juga sebagai cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa
- cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
- ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun sara hidup (duit poket tambahan sebagai student), elaun buku, elaun tesis, elaun alat perkakas dan beberapa lagi elaun


b) CBBP TB: Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

- cuti belajar sepenuh masa (full time)
- cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
- tiada biasiswa 


c) HLPS: Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan

- tiada cuti belajar - bekerja seperti biasa
- ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun buku, elaun tesis


Kemudahan yang ditawarkan melalui HLP dan HLPS

Kouta pengambilan tahun 2022

2. Tempoh Penawaran


Buka: 23 Disember 2022, Jumaat, 3 petang
Tutup: 20 Januari 2023, Jumaat, 5 petang

3. Peringakat Pengajian (berdasarkan permohonan 2022)


a) Ijazah Sarjana (Master)
b) Ijazah Kedoktoran (PhD dan EdD)

4. Syarat Had Umur (berdasarkan permohonan 2022)


a) Ijazah Sarjana - tidak melebihi 50 tahun
b) Ijazah Kedoktoran - tidak melebihi 45 tahun

5. Syarat-Syarat Lain (berdasarkan permohonan 2022)


  • Tempoh perkhidmatan - sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Jawatan - tetap, telah disahkan perkhidmatan
  • Purata Markah PBPPP - 85% dan ke atas tiga tahun berturut-turut
  • Status kesihatan - tiada penyakit kronik

6. Cara Memohon


Permohonan dibuat secara online melalui laman web e-Penawaran mulai tarikh tawaran dibuka iaitu pada 23 Disember 2022, jam 3 petang hari Jumaat sehingga 21 Januari 2023. 


7. Persiapan Awal & Tips


a) Sinopsis cadangan penyelidikan - tajuk kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian

b) Bidang yang dipohon - mengikut opsyen guru yang bersesuaian

c) Sumbangan kepada perkhidmatan 3 tahun terkini - peringkat daerah/ kebangsaan/ antarabangsa

d) Penulisan/ Penerbitan 3 tahun terkini 
  • artikel, artikel jurnal, prosiding, buku, kajian tindakan, kajian ilmiah

e) Sokongan PGB (Pengetua/Guru Besar)


Sumber:

1. KPM: HLP KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

Pertandingan Kuiz Peribahasa Secara Online Anjuran PADU, KPM

Tinggal 5 hari sahaja lagi!

Aktiviti yang menarik untuk murid sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2022.
 
Selain dapat hadiah jika menang, boleh dapat lencana (virtual badge) dan e-sijil kepada semua peserta.

Selamat mencuba!



































 

Pertandingan Pembangunan Aplikasi Mobile Apps Argumented Reality (AR) Untuk Buku Teks KPM









PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH (MOBILE APPS) BERBENTUK REALITI TERIMBUH (AR) UNTUK BUKU TEKS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pertandingan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sama ada yang berkhidmata di sekolah iaitu guru atau berkhidmat di bahagian KPM.

Pendaftaran

10.1.2022 - 24.1.2022

Tempoh Penyediaan

10.1.2022 - 28.2.2022 (50 hari)

Tarikh Tutup

28.2.2022



Info lanjut: