Showing posts with label Kaedah Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Kaedah Pengajaran. Show all posts

[TIPS PdPc] 27 Cara Yang Boleh Guru Lakukan Untuk Mengekalkan Tumpuan Pelajar

Apabila saya membaca statement ini membuatkan saya tersenyum sendiri...
Sometimes...
it is the students who are bored
and sometimes... 
it is the instructor who is boring
Menjadi seorang guru atau pendidik tidak semudah yang difikirkan. Murid atau pelajar tidak menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar adalah lumrah dan biasa berlaku. Lebih parah semasa guru mengajar, murid atau pelajar bercakap sesama mereka. Walau bagaimanapun sebagai guru, kita perlu pastikan murid atau pelajar kita memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdPc untuk memastikan objektif yang disasarkan tercapai pada akhir pembelajaran.

Sebagai guru, saya sendiri sangat tidak gemar murid saya membuat "kerja mereka sendiri" seperti bercakap yang boleh menyebabkan saya menjadi "boring" dan mungkin hilang tumpuan untuk meneruskan pengajaran (sikap ini tidak patut diamalkan...hahaha). Namun, sukacita diingatkan guru juga manusia biasa yang mempunyai mood yang tersendiri.

Jadi untuk mengekalkan mood guru dan lebih penting TUMPUAN murid, di sini terdapat 27 cara atau tips yang boleh diamalkan oleh guru. Tips ini saya ambil dari blog An Ethical Island dan penulis blog ini merupakan seorang pengajar. Ia ditulis dalam Bahasa Inggeris yang sangat mudah untuk difahami.


(27 Cara Yang Boleh Guru Lakukan Untuk Mengekalkan Tumpuan Pelajar)
27 Things To Do With Students Who Are Not Paying Attention 
  1. Ask them to repeat what just said 
  2. Stand next to them
  3. Give them a marker pen and ask them to be the record keeper 
  4. Grab their attention by showing short film 
  5. Get-up and move 
  6. Take a break and give students a problem to solve 
  7. Ask a challenging question thats take several steps to solve 
  8. Have them make something related to the topics
  9. Find out what excites the students and add a related analogy
  10. Remove the distraction
  11. Remove the students
  12. Remove yourself and take a break
  13. Place students in a group
  14. Let groups put in place rules
  15. Place students in control of enforcing the rules
  16. Get the students moving
  17. Play a game
  18. Create an incentive for them to pay attention
  19. Send the studenst on a field trip
  20. Send the students to do gather information
  21. Have the student teach the lesson
  22. Ask student to assist you
  23. Ask the student to find relevant music and play it in background
  24. Take a quiz
  25. Move the student
  26. Reward students who pay attention
  27. Ask why the student is not paying attention



Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tips yang diberikan kurang sesuai untuk diamalkan kerana faktor dasar dan peraturan, budaya setempat dan etika kerja setempat.
I do not agree with asking a stupid or pointing out a student that obviously isn’t paying attention a question. This will just embarrass them, which if the child already has self-esteem or social issues, it could only make them worse. Or if the child has behavioral or anger problems, this could escalate the child. While, I don’t agree that the teacher should just (always) ignore it, there are many more positive ways to go about it. - Matt Berry
I think knowing each of your students (interests, strengths, weaknesses) is one of the most vitals parts of being a competent educator. I am thankful that education is moving into more evidence-based and student centered. We are long past the days that a teacher just lectures throughout the class and assigns aimless homework. - Matt Berry


Sumber:
  1. https://anethicalisland.wordpress.com/2013/03/24/pay-attention-please/

Terima Kasih

Aktiviti P&P Untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja : KAEDAH IMLAK

Aktiviti LARI & TULIS (Running Dictation)  

Untuk meningkatkan kemahiran mengeja murid-murid pemulihan, antara aktiviti yang sering saya jalankan adalah imlak perkataan dan ayat. Selalunya saya akan sebut perkataan dan ayat, kemudian murid akan menulisnya di papan putih, di kertas kosong atau di buku latihan. Saya akan jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil atau berpasangan dalam bentuk permainan, pertandingan antara kumpulan yang juga merupakan sebahagian aktiviti didik hibur. Selepas itu saya akan adakan ujian ejaan secara individu. Murid seronok belajar dan lebih mudah mengingat ejaan perkataan yang diajar.

Aktiviti mengimlak perkataan yang disebut rakan

Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan imlak sebagai perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain atau sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain. Makna yang setara dengan imlak dalam Bahasa Inggeris ialah dictation

Aktiviti mengimlak akan lebih berkesan jika ia dijalankan secara berpusatkan murid iaitu murid adalah pengimlak (Dictator). Aktiviti mengimlak ini berkesan kerana beberapa sebab iaitu:

  • Boleh dilakukan untuk semua tahap penguasaan murid, bergantung kepada teks yang digunakan. Murid boleh mengimlak perkataan, frasa, ayat atau pun petikan cerita.
  • Boleh dipelbagaikan aras untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai aras kecerdasan. Contohnya, murid lemah diberikan kertas yang mengandungi separuh jawapan (isi tempat kosong) manakala murid normal diberikan kertas kosong.
  • Persiapan bahan yang sedikit.
  • Boleh meningkatkan 4 kemahiran secara serentak iaitu membaca, mendengar, mengeja dan menulis.


Cadangan Aktiviti Mengimlak (Berpusatkan Murid)


Aktiviti 1

Sediakan teks ayat yang telah dipotong dan beri satu baris kepada setiap murid. Mereka perlu bergilir-gilir mengimlak ayat sementara murid yang lain mendengar dan menulisnya ke dalam buku atau kertas. Kemudian berikan murid teks penuh untuk dibandingkan dengan jawapan mereka.


Aktiviti 2

Bahagikan kelas kepada pasangan. Murid memilih ‘runner’ dan ‘writer’. Tampal teks yang hendak diimlak ke dinding kelas. ‘Runner’ perlu pergi kepada teks dan menghafal baris pertama kemudian kembali kepada pasangan atau pun ‘writer’. ‘Runner’ pergi kepada teks dan berpatah balik kepada pasangan sehinggalah semua teks telah diimlak. Peranan ‘runner’ dan ‘writer’ boleh ditukar apabila separuh teks telah diimlak. Teks yang telah selesai diimlak kemudian disemak berpandukan teks penuh. Aktiviti ini sebaiknya menggunakan teks pendek sahaja.


Aktiviti 3

Guru menjadi pengimlak tetapi murid dibenarkan mengawal kelajuan perkataan atau ayat yang disebut guru. Guru juga perlu melakukan pengulangan beberapa kali. Dalam aktiviti ini guru berlakon sebagai ‘tape recorder’. Murid boleh ‘Stop’, ‘Rewind’, ‘Play’, ‘Decrease speed’ dan sebagainya.



Contoh teks imlak untuk murid lemah atau pemulihan

Running Dictation - Murid bersedia bersama pasangan masing-masing.
Masa diberikan tidak melebihi 5 minit. (Sumber: google)


Sumber:
Pusat Rujukan Persuratan Melayu - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=imlak
http://mw1.merriam-webster.com/dictionary/dictation


Terima Kasih

Kaedah Multisensori Untuk Rawatan Murid Disleksia


Disleksia terdapat dalam pelbagai variasi dan berbagai jenis. Sesetengah kanak-kanak disleksia sukar mengingat sesuatu perkara, sebaliknya ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang mempunyai kemampuan Matematik yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah. 

Mereka ini memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru atau ibu bapa untuk membantu kanak-kanak disleksia. 

Antaranya ialah menggunakan Kaedah multisensoriKaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria

Kaedah pelbagai deria juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi:

V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan )
T - tactile (sentuhan)

Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.


Deria sentuh/rasa

Kaedah Multisensori (VAKT)

Kaedah multisensori untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensori untuk rawatan disleksia.

Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori iaitu:
  1. kesedaran fonologi 
  2. gabungan bunyi dan simbol 
  3. pembinaan suku kata 
  4. morfologi 
  5. sintaksis 
  6. semantik

Kaedah multisensori semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan. 


Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997) 
  • Murid melihat perkataan menggunakan mata.
  • Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
  • Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
  • Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.
  • Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.


Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)
  • Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai. 
  • Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru. 
  • Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru. 
  • Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat. 
  • Murid melipat kertas tersebut. 
  • Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori. 
  • Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis. 
  • Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik.

Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan. 

Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini.  



Rujukan
  1. Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
  2. Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties: Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.
  3. Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
  4. http://anuarsped.blogspot.com/




Terima Kasih

Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid-Murid Pemulihan Khas

Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh GPK untuk mengatasi masalah murid-murid pemulihan khas yang tidak dapat membaca dengan lancar :

    1. Guru menunjukkan kad bergambar dan semua murid dikehendaki menyebut nama benda yang dilihat.
    2. Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan kemudian murid-murid akan mengikut guru.
    3. Murid-murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar.
    4. Selepas itu, semua murid akan membaca kad-kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru.
    5. Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa dibimbing.
    6. Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid akan mula menulis ayat pada buku.

      Sumber rujukan: Buku Pengantar Pendidikan Khas
      ***
      Terima Kasih

      Abu Ada Ayam - Video Lagu ABC...Z yang Menggunakan Kaedah Fonik

      Video ini memuatkan lagu abjad abc hingga z yang menggunakan kaedah fonik atau bunyi huruf.

      Antara lirik lagunya:
      Abu ada ayam a... a...a...
      Itik ikut ibu i...i...i...
      Ular usik ulat u...u...u...
      Bobo main bola b...b...b..
      Nani nangis n....n...n.....



      Terima Kasih

      Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu : Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur


      Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal ( ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za). 

      Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Kaedah Eklektik adalah berasaskan kawalan konsonan ( ba, bi, bu, be, bo).

      Kaedah KVB mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara serentak dan berstruktur dan sistematik. Ia disesuaikan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kaedah fonik didapati lebih banyak membantu kanak-kanak dalam kemahiran bacaan awal berbanding kaedah bukan fonik. Kaedah pengajaran fonik yang bersistematik sangat baik untuk kanak-kanak prasekolah dan tadika.


      Contoh pengajaran menggunakan kaedah KVB
      1. Guru memperkenalkan nama dan bunyi huruf [m], [a], [t], [s] dan [y] melalui perkataan (m,a,t,a,) dan (s,a,y,a).
      2. Murid membatangkan suku kata bermula dengan vokal /a/ (tanpa mengeja). Contoh: ma, ta, sa, ya 
      3. Murid membina perkataan. Contoh: mata, mama, saya 
      4. Murid membaca ayat mudah. Contoh: mata saya, mata mama, mata mama saya
      Sumber rujukan: Buku Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah 
      Terima Kasih

      Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: Kaedah Gabungan


      Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut 

      Kaedah  yang dicadangkan ini menggabungkan ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah  pandang dan sebut’ dalam satu pelajaran  membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.

      Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

      a)    Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
      b)    Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).
      c)    Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan  sebut’ boleh digabungkan.
      d)    Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.

      Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara tertib biasa.

      Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.


      Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut:

      1.    Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.

      2.  Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.

      3.    Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:

      da di du ka ki k u sa si su

      4.    Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:

      ba..... ba.... baba
      bu..... bu.....bubu
      da..... da..... dada
      ku..... ku..... kuku

      5.    Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid membacanya:

      baba bubu
      dada kuku


      6.    Perkenalkan gabungan lain:

      a ..... ku..... aku
      a..... da..... ada
      i..... ni..... ini
      i..... tu...... itu
      bu..... ku..... buku
      ba..... ba..... baba
      bu..... ka..... buka
      ba..... ju..... baju

      7.    Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:

      aku ada buku
      aku buka baju
      ini buku aku
      itu baju aku

      8.    Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.

      9.    Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:

      buku dia
      buku baba
      buku aku/ku

      10.  Gantikan ‘buku’ dengan ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang  bertubi-tubi dengan kad imbasan.

      11.  Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

      i ... bu ..... ibu
      bu ... di ..... budi
      u ... da ..... uda

      budi    ibu
      budi ibuku
      budi uda

      di ... a ..... dia
      ka ... ki ..... kaki

      kaki dia
      kaki ibu
      kaki kuda

      12.  Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta:

      ibu buku
      baba uda bubu
      udaku ada kuda
      dia kaki kuda
      buku uda

      Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.

      Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.

      *** Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang.

      Terima Kasih

      Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas - BUKU

      Kaedah dan Strategi Pengajaran
      Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
      Buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ini merupakan buku kedua yang ditulis oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad selepas buku Pengantar Pendidikan Khas.   

      Kedua-dua penulis buku ini merupakan pensyarah kursus Pendidikan Khas di Universiti Sains Malaysia (USM). Buku ini mempunyai 205 halaman hitam-putih dan diterbitkan oleh Penerbit USM pada tahun 2011. Ia dijual dengan harga RM49.00.

      Buku ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukakan bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami dengan disertakan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini.




      Buku ini mempunyai 9 bab, antara isi kandungannya ialah:

      Bab 1 - Teori Pembelajaran
      Bab 2 - Pengajaran Mnemonik
      Bab 3 - Pengajaran Scaffolding
      Bab 4 - Pengajaran Terus
      Bab 5 - Pengajaran Eksplisit
      Bab 6 - Pembelajaran Masteri
      Bab 7- Intervensi Meningkatkan Kemahiran Ejaan Murid Berkeperluan Khas
      Bab 8 - Intervensi Meningkatkan Kemahiran Bacaan Murid Berkeperluan Khas
      Bab 9 - Intervensi Meningkatkan KemahiranMengira Murid Berkeperluan Khas

      Sumber: http://bukumalaysia.com/
      Terima Kasih

      Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja

      Tulisan ini adalah sambungan daripada post sebelumnya iaitu punca-punca murid lemah mengeja.

      Mengeja memerlukan seseorang mengingat dan mengetahui banyak perkataan. Sekiranya arahan membaca dan mengeja diasingkan, maka kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja serentak.

      Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja.

      1. Kaedah Abjad
      Kaedah ini sememangnya digunakan untuk mengajar murid mengeja. Murid perlu mengenal semua abjad sebelum murid berjaya mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Contohnya : untuk mengeja "ibu", murid perlu kenal abjad "i", "b" dan "u".

      2. Kaedah Fonik/Fonetik
      Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain. Untuk mengeja sesuatu perkataan, murid perlu membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu, kemudian membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contohnya: Perkataan bola dieja [b (beh) + o (o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua suku kata kemudian digabungkan iaitu [bo] + [la] dan ia menjadi [bola].

      3. Kaedah Elektik
      Kaedah elektik adalah kaedah campuran atau gabungan di antara dua pendekatan iaitu pendekatan membina dan pendekatan cerakinan. Beberapa kaedah digabungkan seperti kaedah bunyi, kaedah abjad dan kaedah suku kata, kaedah rangkai kata, kaedah ayat. Kaedah ini adalah mengikut prinsip psikologi membaca, maka ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan kebolehan murid untuk membaca dalam sebarang keadaan.

      Cara pengajaran

      Huruf: Guru memperkenalkan huruf abjad berdasarkan bunyi huruf sahaja. Contonya, a - ayam, u - ular. Guru tidak boleh memperkenalkan nama huruf abjad. 

      Suku kata:  Guru mengajar suku kata menerusi perkataan. Contohnya, ba - baju, bakul, basikal, bawang.


      4. Kaedah Suku Kata
      Kaedah ini dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKVK dan seterusnya. 

      5. Teknik Perisian Komputer
      Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan pengutipan maklumat  daripada teks yang dibaca. Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh dihasilkan bukan sahaja dalan bentuk teks malah dalam bentuk visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej sebagai elemen dalam proses membaca dapat dilihat menerusi teori dwipengkodan.

      Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran (melalui visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Dalam teknik ini, murid diberi peluang untuk membina makna teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.

      Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta Post dan Carreker (2002), murid tidak berupaya menghasilkan gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh guru menerusi galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini.

      6. Mendengar Perakam Suara
      Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja yang dimainkan oleh pita rakaman.

      7. Kaedah Multisensori
      Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti deria visual, deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid terutamanya murid yang mengalami masalah pembelajaran.


      Terima Kasih

      Pendekatan Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu




      Terima Kasih