Showing posts with label Kemahiran Menulis. Show all posts
Showing posts with label Kemahiran Menulis. Show all posts

[IDEA PdPc] Belajar Menulis Huruf Melalui Aktiviti Mewarna Huruf Menggunakan Putik Kapas atau Cotton Buds

Mengajar murid atau kanak-kanak menulis tidak semestinya menggunakan pensel atau alat tulis. Salah satu cara belajar menulis huruf adalah dengan mewarnakan huruf menggunakan putik kapas atau cotton buds atau pun juga dipanggil cotton swab. Putik kapas yang kita biasanya gunakan untuk membersihkan telinga ini boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Pelbagai jenis dan jenama putik kapas di pasaran

Apa yang diperlukan:
  • putik kapas 
  • kertas untuk menulis huruf kecil atau huruf besar menggunakan marker pen
  • pewarna air (water colour)
  • alas kertas atau pelapik yang sesuai sebagai alas tempat murid mewarna

Murid boleh guna satu warna sahaja atau boleh guna pelbagai warna untuk warnakan huruf. Murid boleh membuat titik-titik pada garisan huruf atau menyurih huruf mengikut bentuk huruf. Aktiviti ini merupakan aktiviti pratulisan untuk merangsang dan meningkatkan kemahiran motor halus sebelum murid atau kanak-kanak belajar menulis huruf menggunakan buku tulis. Ia juga dapat melatih murid atau kanak-kanak cara memegang pensel dengan cara yang betul.




Membuat titik-titik di atas garisan huruf
Membuat surihan mengikut bentuk huruf

Sumber:
  1. http://thestay-at-home-momsurvivalguide.com/2015/02/learning-to-write-alphabet-with-cotton.html
  2. http://discoverexplorelearn.com/cotton-swab-letter-tracing



Terima Kasih

Aktiviti P&P Untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja : KAEDAH IMLAK

Aktiviti LARI & TULIS (Running Dictation)  

Untuk meningkatkan kemahiran mengeja murid-murid pemulihan, antara aktiviti yang sering saya jalankan adalah imlak perkataan dan ayat. Selalunya saya akan sebut perkataan dan ayat, kemudian murid akan menulisnya di papan putih, di kertas kosong atau di buku latihan. Saya akan jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil atau berpasangan dalam bentuk permainan, pertandingan antara kumpulan yang juga merupakan sebahagian aktiviti didik hibur. Selepas itu saya akan adakan ujian ejaan secara individu. Murid seronok belajar dan lebih mudah mengingat ejaan perkataan yang diajar.

Aktiviti mengimlak perkataan yang disebut rakan

Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan imlak sebagai perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain atau sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain. Makna yang setara dengan imlak dalam Bahasa Inggeris ialah dictation

Aktiviti mengimlak akan lebih berkesan jika ia dijalankan secara berpusatkan murid iaitu murid adalah pengimlak (Dictator). Aktiviti mengimlak ini berkesan kerana beberapa sebab iaitu:

  • Boleh dilakukan untuk semua tahap penguasaan murid, bergantung kepada teks yang digunakan. Murid boleh mengimlak perkataan, frasa, ayat atau pun petikan cerita.
  • Boleh dipelbagaikan aras untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai aras kecerdasan. Contohnya, murid lemah diberikan kertas yang mengandungi separuh jawapan (isi tempat kosong) manakala murid normal diberikan kertas kosong.
  • Persiapan bahan yang sedikit.
  • Boleh meningkatkan 4 kemahiran secara serentak iaitu membaca, mendengar, mengeja dan menulis.


Cadangan Aktiviti Mengimlak (Berpusatkan Murid)


Aktiviti 1

Sediakan teks ayat yang telah dipotong dan beri satu baris kepada setiap murid. Mereka perlu bergilir-gilir mengimlak ayat sementara murid yang lain mendengar dan menulisnya ke dalam buku atau kertas. Kemudian berikan murid teks penuh untuk dibandingkan dengan jawapan mereka.


Aktiviti 2

Bahagikan kelas kepada pasangan. Murid memilih ‘runner’ dan ‘writer’. Tampal teks yang hendak diimlak ke dinding kelas. ‘Runner’ perlu pergi kepada teks dan menghafal baris pertama kemudian kembali kepada pasangan atau pun ‘writer’. ‘Runner’ pergi kepada teks dan berpatah balik kepada pasangan sehinggalah semua teks telah diimlak. Peranan ‘runner’ dan ‘writer’ boleh ditukar apabila separuh teks telah diimlak. Teks yang telah selesai diimlak kemudian disemak berpandukan teks penuh. Aktiviti ini sebaiknya menggunakan teks pendek sahaja.


Aktiviti 3

Guru menjadi pengimlak tetapi murid dibenarkan mengawal kelajuan perkataan atau ayat yang disebut guru. Guru juga perlu melakukan pengulangan beberapa kali. Dalam aktiviti ini guru berlakon sebagai ‘tape recorder’. Murid boleh ‘Stop’, ‘Rewind’, ‘Play’, ‘Decrease speed’ dan sebagainya.



Contoh teks imlak untuk murid lemah atau pemulihan

Running Dictation - Murid bersedia bersama pasangan masing-masing.
Masa diberikan tidak melebihi 5 minit. (Sumber: google)


Sumber:
Pusat Rujukan Persuratan Melayu - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=imlak
http://mw1.merriam-webster.com/dictionary/dictation


Terima Kasih

Alat Genggaman Pensel (pencil grip device)

Entri ini adalah susulan daripada entri dua hari lepas tentang Cara dan latihan memegang pensel untuk kanak-kanak atau murid pada peringkat permulaan tulisan mekanis

Alkisahnya, entri tersebut ditulis kerana saya mempunyai seorang murid tahun 1 yang tidak boleh menulis, dalam erti kata sebenar, bila murid ini diminta meniru atau menyalin huruf, murid hanya terkebil-kebil memandang ke arah saya tanpa berbuat apa-apa. Walaupun saya sudah menunjukkan cara menulis huruf dengan memegang tangannya tetapi masih juga tidak berjaya. 

Murid ini boleh menyambung titik-titik pada huruf tetapi tidak kemas dan banyak yang terkeluar daripada garisan. Begitu juga dengan mewarna. Saya terpikir apakah masalah sebenar murid ini lalu saya mencari maklumat di internet berkenaan dengan kemahiran menulis, lalu terhasillah entri tersebut.

Saya tidak menjual apa-apa peralatan atau barang kerana saya hanya sekadar ingin berkongsi maklumat dengan pembaca, namun ada pembaca yang bertanya tentang ALAT GENGGAMAN PENSEL (Pencil grip device).


Alat genggaman pensel


Alat Genggaman Pensil QALAMIY

Terdapat satu produk alat genggaman pensil iaitu QalamiyTM. Produk ini dicipta khusus untuk individu yang mempunyai ketidakupayaan dalam menulis, individu yang menderita strok ringan dan juga kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy.


The QalamiyTM is a fun, affordable and effective way to teach young children how to hold their pencil correctly. Medium Grip is perfect for Kindergarten through 6th Grade. All children, including those with Autism, ADHD, developmental disabilities, learning disabilities and general fine motor delay can all benefit from using the QalamiyTM. When using the QalamiyTM., students can focus on good handwriting rather than the mechanics of holding the pencil. The result is an efficient pencil grasp and improved handwriting! The QalamiyTM is used in school settings and pediatric clinic settings across the United States.


Kepada yang berminat untuk membeli alat genggaman pensil ini, anda boleh hubungi individu yang mempromosikan alat ini di akaun Facebook atau blog seperti berikut:


QALAMIY - Alat genggaman pensil


Promosi QALAMIY di Facebook


Maklumat lanjut tentang produk QALAMIY, anda boleh baca di pautan berikut:
  1. http://qalamiytm.blogspot.com/
  2. Qalamiy Alat genggaman pensil
  3. Qalamiy Alat genggaman pensil (Video)



Harap bermanfaat.



Terima Kasih

Cara dan latihan memegang pensel untuk kanak-kanak atau murid pada peringkat permulaan tulisan mekanis




Latihan menulis peringkat permulaan untuk kanak-kanak atau murid hendaklah menggunakan pensil atau krayon. Terdapat beberapa cara dan latihan untuk mengajar kanak-kanak atau murid memegang pensil. 

Contohnya adalah seperti berikut:

CARA #1

1. Murid diminta mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukan setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.



3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.


CARA #2






CARA #3

Cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti berikut:

Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.




Kedudukan buku atau kertas yang betul semasa menulis





Terima kasih: 

Terima Kasih