Showing posts with label Kerjaya Guru. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Guru. Show all posts

[ IKLAN ] Program Latihan & Penterjemahan Untuk Guru KPM 2016

Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi penterjemah, KPM dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menganjurkan Program Latihan & Penterjemahan Untuk Guru KPM 2016.

Tarikh tutup adalah pada 6 Mac 2016.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh KPM dan ITBM.


Info di web KPM


Sumber:
  1. http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=516




Terima Kasih

[IKLAN] Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016 Anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM merupakan anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.







Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:


- 24, 25, 26 dan 27 Mac 2016 

- 21, 22, 23 dan 24 April 2016

- 26, 27, 28 dan 29 Mei 2016

- 11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016

(Khamis - Ahad)
      

*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.

Berminat ?

Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 31 Januari 2016.




Info Majlis Buku Kebangsaan Malaysia


Sumber:




Terima Kasih

Apa Yang Cikgu Buat Di Sekolah?

Dalam satu majlis graduasi pelajar-pelajar sekolah, seorang pengetua berucap dengan berkobar-kobar sambil jari telunjuk dijulang ke udara; 

Seorang doktor, mahu anaknya juga menjadi seorang doktor. Seorang jurutera, mahu anaknya juga menjadi seorang jurutera. Seorang ahli perniagaan, mahu anaknya bekerja di syarikatnya menjadi seorang CEO. TETAPI, seorang cikgu? Seorang cikgu juga mahu anaknya menjadi seperti mereka semua. Tiada seorang pun yang mahu MEMILIH untuk menjadi CIKGU, sangat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya. 





Di satu sudut dewan, di meja makan, para tetamu mula kecoh bercerita tentang kejayaan dalam kehidupan. Seorang CEO membuka mulut berbincang tentang masalah yang berlaku dalam bidang pendidikan. Dia membuka bicara;

Apa yang seorang kanak-kanak boleh belajar daripada seorang insan yang pencapaian TERBAIK dalam hidupnya hanya mampu menjadi seorang CIKGU? 

Dia berpaling kepada seorang cikgu yang duduk semeja, Haa, awak seorang cikgu kan Rina? Terus terang, apa yang awak buat di sekolah sebenarnya? 

Cikgu Rina yang terkenal dengan jujur dan lemah lembut tersenyum, Tuan betul-betul ingin tahu apa yang saya buat? Cikgu Rina menarik nafas sedalamnya lalu menyambung…

Begini, saya membuat kanak-kanak bekerja lebih rajin daripada apa yang mereka percaya. 

Saya membuat pelajar yang mendapat gred C+ seperti mendapat No.1 seluruh sekolah atas peningkatan prestasi mereka. 

Saya membuat pelajar yang mendapat A- terasa langsung tidak bermakna kerana membazirkan masa saya dengan membuat sambil lewa daripada yang terbaik mampu mereka lakukan. 

Saya membuat kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian selama 40 minit di dalam kelas semasa saya mengajar. Sedangkan ibu bapa mereka sendiri tak mampu untuk buat mereka duduk walau 5 minit. Saya lakukan tanpa Ipod, Iphone, Ipad, Game, atau menonton TV. 

Saya membuat ibu bapa terkejut dan terharu apabila saya menghantar pesanan ringkas whatsapp untuk memberitahu apa yang anak mereka telah lakukan di sekolah. Saya ceritakan bagaimana anak mereka telah berkongsi makanan dengan rakan yang tidak ada wang belanja ke sekolah. Itu adalah tindakan mulia paling sukar untuk saya lihat sekarang. 

Saya membuat ibu bapa 'sedar' siapa sebenarnya anak mereka dan apa yang anak mereka mampu lakukan. 

Tuan nak tahu apa lagi saya buat? 





Dia berhenti seketika dan memandang mata setiap orang yang berada di meja tersebut;

Saya buat anak-anak merasa hebat.

Saya buat mereka selalu bertanya soalan.
Saya buat mereka yakin menjawab pertanyaan. 

Saya buat mereka meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan benar-benar memaksudkannya. 

Saya buat mereka menghormati orang lain dan bertanggungjawab atas setiap tindakan mereka.

Saya buat mereka membaca, membaca, dan membaca. 

Saya ajar mereka bagaimana nak menulis dan buat mereka menulis dan menulis sehingga mereka tidak akan salah mengeja lagi. 

Saya buat mereka tunjukkan semua kerja rumah matematik mereka. Saya buat mereka gunakan akal yang Allah berikan, bukan kalkulator yang dicipta oleh manusia. 

Saya buat bilik darjah saya sebagai tempat yang paling selamat untuk semua pelajar saya. 

Akhirnya, saya buat mereka benar-benar faham sekiranya mereka menggunakan akal dan bakat yang dikurniakan Allah kepada mereka, bekerja keras, dan mengikut kata hati mereka yang benar, mereka akan berjaya dalam hidup. 

Saya yakin dan percaya bahawa duit bukanlah segala-galanya, walaupun semua orang di sekeliling cuba mempertikaikan apa yang saya lakukan. 

Saya masih boleh mengangkat muka tegak memandang ke hadapan dan jalan terus tanpa menghiraukan semuanya kerana mereka tidak mengetahui apa yang saya telah buat untuk 'anak-anak' SAYA. 

Tuan nak tahu kenapa saya yakin dengan apa yang saya buat? 

Cikgu Rina memandang tepat wajah tuan CEO tanpa berkelip;

Saya menyentuh dan memberi kelainan dalam kehidupan mereka. Saya mengubah mereka untuk percaya diri dan menjadi yang terbaik mampu mereka lakukan. Mendidik dan menyediakan mereka untuk menjadi seorang Doktor, Jurutera, dan CEO.Sekarang, apa pula yang Tuan CEO buat pada mereka?

Tuan CEO memandang kosong wajah cikgu Rina. 





Sumber: 
  1. https://www.facebook.com/ammarkamilin/posts/10207779689193344



Terima Kasih

Buku Pelan Pembangunan Profesional Berterusan (PPPB) Guru Dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014

Assalamualaikum/ salam sejahtera

BUKU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH EDISI 2014 boleh dimuat turun di laman web KPM melalui link di bawah:

KPM - https://abpg.moe.gov.my/bpg/PPPB/

Cikgu-cikgu perlu mengisi no. KP terlebih dahulu dan seterusnya membuat pengesahan diri sebelum boleh memuat turun buku dan bahan yang disediakan.















Terima Kasih

Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang mengurniakan rezeki.

Pada minggu lepas, saya telah menerima surat Pemberian Taraf Berpencen yang berkuatkuasa 1 APRIL 2014. Setelah berhempas pulas 'mengejar dan berkejaran' dengan pihak PPD dan SPP maka inilah hasilnya.

Surat kelulusan PTB daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Saya memasuki bidang keguruan pada 2010 dan mendapat pengesahan pelantikan sebagai PPPS secara rasminya pada 4 Januari 2010. Kemudian setahun selepas itu pada 4 Januari 2011 saya disahkan dalam perkhidmatan. Kalau dikira agak lewat juga saya menerima PTB ini kerana ini merupakan tahun ke-5 perkhidmatan saya sebagai guru.


Syarat kelayakan & Prosedur Pemberian Taraf Berpencen

Rujukan #1 - Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 


PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya telah menolak skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tiga tahun berkhidmat yang boleh diambilkira. 

Tanggungjawab Ketua Jabatan
Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan pegawai yang dikemukakan kepada Suruhanjaya disertakan dengan dokumen berikut:
  • Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005;
  • Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen, P.U. (A) 176/2005; dan
  • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling Yang Berkaitan


Rujukan #2 - Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2008






Terima Kasih

Permohonan Tajaan Pengajian (Hadiah Latihan Persekutuan) secara separuh masa untuk guru menyambung Ijazah Master atau PHD

Kepada guru yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, anda bolehlah membuat permohonan  secara online bermula 26 Mac hingga 25 April 2014.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan:




Selamat maju jaya!


Terima Kasih

Skim PPPS dan PPPLD digabungkan menjadi Skim PPP melalui Skim Perkhidmatan Bersepadu mulai 1Januari 2014

Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) akan digabungkan kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berkuatkuasa 1 Januari 2014.




Antara perkara-perkara penting:

1) Gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54;



2) Pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang di peringkat ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia ada;

3) Penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi pemegang ijazah SARJANA dan PHD yang baru dilantik.  

            SARJANA - Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98
            PHD - Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60




4) Kenaikan pangkat ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) sahaja

Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan berhubung kaedah kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan kepada PPPS dan PPPLD yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Surat JPA rujukan JPA.BK(S)255/4/5 Jld.5 (56) bertarikh 13 April 2012 – Penetapan Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPS dan PPPLD di KPM. 

5) Pekeliling ini membatalkan pekeliling yang terdahulu -
    (a) skim perkhidmatan PPPS di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
    (b) skim perkhidmatan PPPLD di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.


6) Jadual gaji minimum-maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan.





Terima Kasih

Jawatan Kosong Guru PPPS DG41 dan Pembantu Murid N17 di Sekolah Dalam Hospital

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH) berikut:

  • SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya
  • SDH Hospital Selayang
  • SDH Hospital Tuanku Jaafar, Seremban


TARIKH TUTUP - 4 OKTOBER 2013


Guru PPPS DG41

Syarat Umum:
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan Mahkamah; dan
  • Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir

Syarat Khusus:
  • Sekurang-kurangnya telah mengajar selama lima (5) tahun.
  • Bersedia berkhidmat di SDH sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  • Mempunyai kelulusan, pengalaman atau kemahiran dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik atau Pendidikan Islam) atau Prasekolah.
  • Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.
  • Mempunyai minat dan iltizam yang tinggi berkhidmat dalam institusi untuk murid bermasalah kesihatan.
  • Tidak mempunyai perasaan takut, alahan dan jijik dengan persekitaran hospital.




Untuk muat turun maklumat lanjut, sila klik di bawah :-


Terima Kasih

Tawaran mengikuti kursus dalam perkhidmatan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) ambilan 2013 guru sekolah rendah dan menengah tajaan KPM

KPM mempelawa guru-guru sekolah rendah dan menengah (PPPS/PPPLD) yang sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH

- untuk mengatasi ketidakseimbangan antara keperluan dan penawaran guru di sekolah
- tempoh kursus 12 minggu. 
  • Sesi luar kampus (off-campus) selama 5 minggu
  • sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu),  di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. 
  • Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face).

- Subjek yang ditawarkan
  • Sejarah (SEJ) sekolah menengah – Teori 
  • Kemahiran Hidup (KH) sekolah menengah – Teori & Praktikal 
  • Bahasa Melayu (BM) sekolah menengah – Teori 
  • Pendidikan Khas (PKhas) sekolah rendah dan menengah – Teori

Subjek yang ditawarkan

- Syarat kelayakan
  • Warganegara Malaysia 
  • Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama
  • Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian atau kursus dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
  • Bukan opsyen dalam bidang yang dipohon
  • Mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut dalam bidang yang dipohon
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik (calon wanita yang hamil enam bulan ke atas tidak digalakkan mengikuti kursus)
  • Memperoleh purata markah yang baik bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
  • bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib
  • Tidak terlibat dengan pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau penandaan kertas peperiksaan

Syarat-syarat permohonan


Kepada yang berminat boleh membaca maklumat lanjut dan memohon secara online mulai 29 Julai 2103 di alamat berikut:



Terima Kasih

Tugas Guru Semasa Cuti Akhir Tahun dan Sebelum Bermulanya Sesi Persekolahan 2013

Bermula pada 17.12.2012, saya dan semua guru yang lain diwajibkan hadir ke sekolah. Ini adalah rutin yang harus dilalui oleh seorang guru sebelum  sesi persekolahan bermula. Kebiasaannya, pada tahun-tahun sebelum ini, kami diwajibkan berada di sekolah sepanjang minggu pertama cuti akhir tahun untuk menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi kursus-kursus yang telah dihadiri pada tahun semasa. 

Pada tahun ini, Guru Besar membenarkan kami bercuti terus tetapi hadir bertugas di sekolah dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka.



Agak-agaknya apa yang dilakukan oleh guru selama 2 minggu berada di sekolah? Berikut adalah catatan saya bagi menjawab persoalan tersebut:

Minggu 1
17.12.2012 - LDP KSSR tahun 3 (MT, PSV)
18.12.2012 - LDP KSSR tahun 3 (Sains, BI, PJ)
19.12.2012 - Mesyuarat Guru Kali 1/2013
20.12.2012 - Mesyuarat Induk Kurikulum Kali 1/2013
21.12.2012 - Mesyuarat Induk HEM Kali 1/2013
                    - Mesyuarat Induk Kokurikulum Kali 1/2013

Semua mesyuarat tersebut mengambil masa antara 3 - 4 jam.

Minggu 2
26.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (BM, BI, SNS, Aga, BA)
27.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (MT, KT, PSK, KH)
28.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (PSV, MZK, MORAL, PJK)
31.12.2012 - Mesyuarat Pendidikan Khas
                    - Mesyuarat Prasekolah
                    - Persediaan kelas, bilik-bilik khas dan bilik guru
                    - Penghantaran Buku Rekod Mengajar


Buku Rekod Mengajar Tahun 2013

Itulah dia rutin seorang guru setiap tahun!



Terima Kasih

Kursus Kepimpinan 2012

Seronok sungguh para fasilitator (guru-guru) berkursus kepimpinan di Warisan Sembilang Training Centre, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor pada 30 Mac yang lalu. 

Apa tidaknya, makanan sedap, tempat tidur selesa dengan berhawa dingin bagai menyucuk-nyucuk tulang sum-sum, boleh menikmati suasana pantai bila waktu senja (pantai tidak boleh mandi-manda sebab berlumpur) sambil boleh jalan-jalan cari makan ikan bakar di sekitar persisir pantai. Ikan bakar yang popular di sini tentulah Aroma Ikan Bakar. Sayangnya saya tidak pula sempat mencubanya.

Pemandangan depan Kem Warisan Sembilang.
Banyak lopak air kerana hujan.

Pemandangan Pantai Remis. Pantai yang berlumpur.

Pantai Remis yang berlumpur. Ketika ini air laut surut.

Nak makan? Jangan risau. Macam-macam kedai ada.












Membeli-belah? Boleh juga. Ada gerai menjual barangan seperti bantal dan baju.


Agak-agaknya apa yang dibuat oleh mereka tu? Hrmm...musykil.


Pakai cantik-cantik tapi kena main lumpur, kesian!

Rupa-rupanya acara sukaneka isi air laut ke dalam botol!


Aktiviti Sukaneka - Lari dalam guni. Lompat si katak lompat!

LDK di dewan. Kumpulan Satria GTI sedang membentangkan idea mereka.


Acara menyanyi lagu NAJWA LATIF - Cinta Muka Buku.




Terima Kasih