Showing posts with label Masalah Pembelajaran Spesifik. Show all posts
Showing posts with label Masalah Pembelajaran Spesifik. Show all posts

Kisah Inspirasi #2: Daripada Murid Disleksia Dilabel Lembap Kini Bergelar Doktor (PhD)

Salam semua.

Kisah seorang murid yang dahulunya dilabel lembap dan murid bermasalah tetapi akhirnya berjaya menggenggam ijazah kedoktoran (Doktor Falsafah, PhD).

Kisah yang cukup memberikan inspirasi dan teladan kepada saya kali ini adalah tentang kisah yang dikongsikan oleh Ts. Dr. Mohd Farizul di akaun Facebook beliau.

Kisah Inspirasi_disleksia_Cikgu Hijau


************************************************************

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA". Telah lama rakan-rakan di Sekolah Rendah dulu minta saya kongsi tips bagaimana saya daripada seorang "BUDAK DYSLEXIA" boleh siapkan PhD…

Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang budak dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik. 

Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. 

Sebak…!

Pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA" berlaku di Sekolah Rendah sahaja…
Sekolah Rendah saya dulu di SRK Undang, Terengganu, tidak ada apa menarik tentang saya ketika di Sekolah Rendah seorang budak yang tidak boleh membaca daripada Darjah 1 hingga ke Darjah 5 memang tak ada cikgu pandang dan digolongkan dikalangan pelajar bermasalah/lembab.
 
Saya YAKIN tak ada siapa tahu tentang "BUDAK DYSLEXIA" symptoms seperti saya nyatakan diatas pada tahun 80an. Cikgu pada masa itu, hanya melabelkan sebagai budak lembab.

Mengimbau zaman sekolah rendah, saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BENCI dan BENCI ke sekolah. 

Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bermula darjah 1, 2,3, 4 dan darjah 5. Setiap kali peperiksaan keputusan amat mengecewakan, lagi teruk Cikgu suruh pergi ke kanan saya ke kiri… Cikgu suruh ke kiri saya ke kanan… itu pun saya confuse... itu lah "BUDAK DYSLEXIA".

Tapi saya bersyukur Mak dan Ayah saya tidak pernah melabelkan saya sebagai lembab atau bermasalah mereka tidak pernah membandingkan saya dengan adik-adik saya yang lain.. walaupun ternyata adik saya lebih pandai daripada saya.

Dipendekkan cerita.. Walaupun ramai Cikgu melabelkan saya sebagai pelajar lembab/bermasalah ada seorang cikgu ini melayan jer karenah saya iaitu Cikgu Ruslan. Ketika saya Darjah 4 ada suatu hari Kelas Bahasa Melayu Cikgu Ruslan meminta kami menulis karangan tentang cuti sekolah yang lepas, tentulah sekali saya tak mampu menulis. Tapi saya buat-buat pandai menulis dengan yakinnya. 

Cikgu Ruslan meminta beberapa orang pelajar membaca karangan mereka, tiba-tiba nama saya dipanggil juga dengan penuh yakin ke saya hadapan kelas. Saya pandang pada buku dan baca karangan saya, sebenarnya saya bercerita apa yang ada dalam kepala saya dan susun ayat-ayat dengan rapi itu kelebihan "BUDAK DYSLEXIA" kami mempunyai DAYA IMAGINASI yang sangat tinggi selain itu, apa yang saya perasan kelebihan saya adalah petah bercakap dan suara lebih lantang daripada orang lain. 

Cikgu Ruslan memuji BAGUS!. Alahamdulilah Cikgu Ruslan tak mintak buku saya kalau tak memang malu, saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis. Sebenarnya Cikgu Roslan ingin memberi keyakinan kepada saya. Semenjak hari itu, saya sangat teruja setiap kali sesi Kelas BM.

Saya lalui proses itu sehinggalah ke Darjah 5. Pada saya di Darjah 5 ada seorang Cikgu Practical saya dah lupa namanya, dia banyak mengajar saya macam mana nak bagi Huruf dan No tak terbalik… pertama dia mintak saya focus setiap kali saya menulis dan setiap kali terbalik dia mintak saya turus baiki dan dalam masa yang sama dia didik saya supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Alhamdulilah Darjah 6 saya dah boleh membaca walaupun merangkak - merangkak. 

Ketika Darjah 6, masing-masing sibuk dengan persiapan UPSR tapi saya masih main-main kerana Cikgu tak bagi tumpuan pun pada saya dan tak ramai cikgu tahu saya dah boleh membaca.

Hinggalah pada suatu hari, saya angkat tangan bila Cikgu Samsudin minta pelajar membaca karangan dalam buku teks… kebanyakan pelajar terutama sekali perempuan yang selalu pandang sinis kepada saya terbeliak mata mereka bila saya angkat tangan secara sukarela untuk membaca teks tersebut tanpa paksa… saya membaca walaupun merangkak haa… saya semakin YAKIN… Cikgu Samsudin dah mula bagi tumpuan dan memberi sokongan yang positif setiap hasil kerja yang saya lakukan.

Sampailah masa exam UPSR dan result saya tak seberapa… tapi pada saat itu saya berazam untuk jadi pelajar terbaik, jadi perhatian dan berguna untuk orang dikeliling saya.

Masuk ke Alam Sekolah Menengah saya nekad tidak mahu peristiwa yang dilebalkan “BUDAK LEMBAB” biarlah kisah di Sekolah Rendah jadi satu sejarah. Dengan RESULT UPSR tak berapa Cemerlang saya ditempatkan dikelas hujung pada Tingkatan 1. 

Alamdulilah pada tahun pertama di Sekolah Menengah saya diantara TOP Students daripada kelas bawah tahun berikutnya saya berada antara Kelas-Kelas terbaik. PMR dan SPM saya memperolehi KEPUTUSAN CEMERLANG… dan merupakan antara pelajar yang AKTIF dalam Sukan, Pidato, Debat dan lain-lain.
 
Berada di Universiti ramai rakan-rakan di SRK Undang sudah lupa siapa saya dulu iaitu sorang "BUDAK DYSLEXIA" …

Ramai yang sangkakan saya merupakan pelajar CEMERLANG daripada Sekolah Rendah… Alahamdulilah sekarang saya telah berjaya menggenggam segulung PhD.
 
Terima Kasih kepada Allah SWT, MAK dan AYAH saya, GURU-GURU saya di SRK Undang dan Rakan-Rakan yang banyak membantu… tanpa mereka mungkin saya tidak seperti hari ini.

INI NASIHAT SAYA (BUDAK DYSLEXIA) kepada ibu,bapa yang mempunyai anak DYSLEXIA agar tidak fikir anak itu bodoh atau lemba mahupun OKU, anda perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka... 

kepada GURU-GURU jika anda mempunyai pelajar seperti ini bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan mereka dan mereka juga perlu didiagnos seawal mungkin supaya mereka tidak dibiarkan terus hidup dalam keadaan yang bermasalah. 

Mereka perlu mendapat pendekatan pembelajaran yang sesuai tidak sama dengan pelajar-pelajar lain. PERCAYALAH! BUDAK DYSLEXIA mempunyai kelebihan tersendiri terutama sekali DAYA PEMIKIRAN KREATIF dan DAYA IMAGINASI YANG TINGGI dengan itu mereka dengan mudah boleh berfikir diluar KOTAK.

Terima Kasih.

Ts. Dr. Mohd Farizul

***************************

Saya sebagai guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dan berhadapan hampir setiap hari dengan murid-murid sebegini yang sering dilabel dengan perkataan yang tidak sepatutnya sama ada oleh guru, ibu bapa, rakan-rakan sebaya dan juga masyarakat sekeliling, secara jujur merasa sedih dan sangat terkilan seolah-olah murid-murid ini tiada hati dan perasaan untuk dijaga.

Saya percaya semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini tidak dilahirkan dengan tujuan yang sia-sia kerana Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Hidup bukanlah litar perlumbaan tetapi adalah ladang hirarki yang saling melengkapi, saling memberi dan menerima seadanya.


***************************

Sumber asal:

Ciri-Ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Sedikit nota ringkas tentang ciri-ciri murid berkeperluan khas (MBK). Kredit to Wan Izimasha@slideshare.













Apa Itu Disleksia? Panduan Untuk Ibu Bapa & Guru [Buku]

Apa Itu Disleksia? 

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh guru sekolah rendah terutamanya guru pemulihan khas, guru LINUS, guru pendidikan khas, guru prasekolah, ibu bapa dan juga masyarakat yang ingin tahu dengan lebih terperinci tentang masalah pembelajaran spesifik disleksia.

Buku ini menyentuh tentang definisi disleksia, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia, latar belakang sejarah, punca disleksia, otak dan disleksia, simptom disleksia, jenis-jenis disleksia, cara-cara mengenal pasti, pendekatan P&P untuk murid disleksia, kisah-kisah orang-orang ternama yang mengalami disleksia.

Buku ini ditulis oleh Dr. Samsilah Roslan, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan UPM. Seorang lagi penulis iaitu Puan Sheila Christine Devaraj merupakan seorang guru sekolah menengah yang juga Setiausaha Agung Persatuan Disleksia peringkat kebangsaan. 

Buku ini boleh dibeli di MPH dengan harga RM17.00. 

Tahun diterbitkan 2006, tebal buku 140 muka surat.



DISLEKSIA | Apa Yang Perlu Guru Tahu?

Mengejutkan tapi itulah realitinya. Berita Harian 24/3/2012 melaporkan bahawa kira-kira 45, 000 (50 peratus daripada lebih 90,000) kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia.

Perangkaan daripada Kementerian Pelajaran menunjukkan 5 daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan. 







Murid-murid disleksia menghadapi masalah kesukaran mengeja, membaca dan menulis.  Mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf, suku kata atau perkataan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kecelaruan pada otak di bahagian bahasa.


Hampir semua sekolah mempunyai murid disleksia. Apa yang membezakan mereka adalah tahap disleksia yang dihadapi sama ada ringan, sederhana atau teruk. Ramai yang tidak menyedari tentang murid-murid disleksia dan ini menyebabkan murid cenderung dilabelkan sebagai malas, bodoh dan lembab.



Sumber: Berita Harian, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGMKBM, Buku Pengantar Pendidikan Khas

Apa Itu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran?

Catatan Nota
Catatan ini merujuk kepada buku berikut:


Definisi

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.

Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.

Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:
  • Kebolehan Kognitif
  • Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
  • Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
  • Keupayaan Membaca
  • Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
  • Kemahiran Matematik
  • Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti;
  • Sindrom Down
  • Autisme
  • Hiperaktif -ADHD
  • Terencat akal minima
  • Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
  • Kurang upaya dalam pembelajaran khusus contohnya disleksia.
  • Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;
  • Lembam ( akibat kecacatan otak)
  • Autistik
  • Dowm Sindrom
  • Terencat Akal Ringan
  • Terencat Akal Sederhana
  • Hiper Aktif
  • Hipo Aktif
  • Cerebral Palsy
  • Emosi / Tingkah Laku
  • Pertuturan
  • Epilepsi
  • Pelbagai Kecacatan
  • Sindrom Down

Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. 

Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). 

Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).


Autisme


Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. 

Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. 

Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. 

Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.


Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD)

Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. 

Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. 

Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. 

Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.


Disleksia

Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. 

Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. 

Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. 

Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. 

Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.


Sumber: