Showing posts with label Pandu Puteri Tunas. Show all posts
Showing posts with label Pandu Puteri Tunas. Show all posts

Aktiviti Kokurikum Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas Secara Dalam Talian

Salam semua.

Aktiviti perjumpaan kokurikulum di sekolah saya dijalankan secara dalam talian disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.

Sebagai pemimpin pasukan Pandu Puteri Tunas di sekolah, saya menyediakan aktiviti perjumpaan mingguan secara dalam talian menggunakan video melalui saluran youtube.

Video adalah berkaitan aktiviti PRAPERSETIAAN berikut:

1. Berjabat tangan Pandu Puteri 

2. Senyuman Pandu Puteri Tunas

3. Lagu Pandu Puteri Tunas 

4. Lagu Kumpulan Berenam

5. Lagu Ahli Baharu

6. Lagu Dunia (World Song)




Selepas menonton video, murid-murid atau ahli Pandu Puteri Tunas perlu menjawab beberapa soalan berdasarkan video yang ditonton.

TOS!!!

Tolong Orang Selalu!!!



Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini,  ia secara langsung— mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.

Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara tahunan melalui pelaksanaan BATHKPC, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan.

Cabaran Pandu Puteri Tunas 2015 Peringkat Kebangsaan di Perlis

Antara objektif diwujudkan anugerah ini adalah:
  1. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. 
  2. —Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
  3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. 
  4. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.

Pra Syarat kelayakan:
  1. —Warganegara Malaysia
  2. Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai umur 11 tahun pada tahun semasa.
  3. —Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  4. Mempunyai sahsiah dan berketrampilan.
  5. —Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran.

Pelaksanaan Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
  1. — Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) 
  2. — Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) 

BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKPC)
Syarat BATHKPC:
  1. —Berupaya melengkapkan buku log 
  2. Telah menyertai ATAU membantu acara mewakili Pandu Puteri di peringkat sekolah DAN zon , daerah atau cawangan. 
  3. Telah menyertai sekurang-kurangnya SATU ( 1 ) Perkhemahan/ Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas anjuran Pandu Puteri 
  4. Mencapai sehingga peringkat Tangan Emas. 
  5. Memperoleh 5 lencana berikut : 
             - Pengumpul 
             - Ahli rumah tangga 
             - Pereka Permainan Kanak-kanak 
             - Kecergasan 
             - Pertolongan cemas 
             - Jurumasak 
             - SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: 
                                    - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.


BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA (BATHKP)
Syarat BATHKP:
  1. —Telah memperoleh sijil Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) 
  2. —Menyertai ATAU membantu acara Pandu Puteri di peringkat cawangan, kebangsaan atau antarabangsa. 
  3. —Memperoleh SEMBILAN ( 9 ) Lencana Kecekapan berikut:
             - Pengumpul 
             - Ahli rumah tangga 
             - Pereka Permainan Kanak-kanak 
             - Kecergasan 
             - Pertolongan cemas 
             - Jurumasak 
             - SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: 
                                    - Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.




Penerima anugerah BATHKP 2015

Sumber:
  1. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  2. PANDU PUTERI TUNAS CK CHENDERAH

Logo Rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Salam Pandu Puteri!

Untuk pengetahuan guru-guru pemimpin Pandu Puteri di sekolah, ahli-ahli Pandu Puteri dan juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya, pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang betul seperti berikut:




Penggunaan logo yang salah untuk acara/aktiviti rasmi melibatkan Pandu Puteri masih berlaku. Ini mungkin kerana reka bentuknya yang sama. Tambahan pula ramai dalam kalangan kita yang hanya merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini iaitu pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 


Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke laman web rasmi PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Kepada yang berminat, anda boleh juga mendaftar secara atas talian (online) sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.

Website Rasmi PPPM