Showing posts with label Pedagogi. Show all posts
Showing posts with label Pedagogi. Show all posts

Peta i-THINK (Peta Pemikiran)

Terdapat 8 peta i-THINK iaitu:

  1. Peta Bulatan
  2. Peta Buih
  3. Peta Buih Berganda
  4. Peta Pokok
  5. Peta Dakap
  6. Peta Alir
  7. Peta Pelbagai Alir
  8. Peta Titi


PETA ALIR / FLOW MAP

PETA BUIH BERGANDA/ DOUBLE DOUBLE MAP

PETA BULATAN/ CIRCLE MAP

PETA BUIH/ BUBBLE MAP

PETA POKOK/ TREE MAP

PETA PELBAGAI ALIR/ MULTI FLOW MAP

PETA TITI/ BRIDGE MAP

PETA DAKAP/ BRACE MAP






Sumber : 

Terima Kasih

Kursus Pedagogi Guru-Guru Pemulihan Khas Bil. 1/2015

Pada 28 Januari 2015 yang lepas saya telah menghadiri Kursus Pedagogi Guru-Guru Pemulihan Khas yang dianjurkan oleh PPD Petaling Utama. Kursus ini adalah siri 1 yang mungkin akan ada lagi siri-siri yang seterusnya. InsyaAllah.

Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang di PPD. Saya menyertai kursus bagi kumpulan yang pertama iaitu pada hari pertama, 28.1.2015.

Slot 1 - Pengenalan Kepada Pemulihan Khas
Guru-guru boleh merujuk kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas edisi 2012

Slot 2 - Pengenalan Kepada Pendidikan Khas
Penceramah adalah bekas guru Pendidikan Khas. Beliau lebih banyak berkongsi pengalaman beliau berkaitan dengan bidang pendidikan khas.

Slot 3 - Bengkel Pedagogi
Slot ini menekankan tentang peringkat TULISAN, kepentingan pratulisan dan tulisan mekanis.
Aktiviti dalam kumpulan dan pembentangan hasil kumpulan.


Aktiviti pratulisan - membina garisan
Aktiviti pratulisan - membina garisan


Tulisan mekanis - cara menulis huruf kecil yang betul


Tulisan mekanis - cara menulis huruf besar yang betul
3 peringkat TULISAN
Kaedah pengajaran tulisan mekanis
Cara memegang pensel yang betul



Aktiviti dalam kumpulan - tulisan mekanis






Terima Kasih

Didik Hibur atau Fun Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi PdP.
Singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran; P&P/PnP kini telah digantikan dengan PdP ( sebut P, d, P)


Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.


Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.


Bercerita - contoh didik hibur
Latar Belakang Didik Hibur 

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
 
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i)     Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii)     Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii)     Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv)    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v)     Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi)    Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii)    Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii)    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix)      Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x)       Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru

Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i )   Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii )  Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii)   Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv)   Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v)    Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi)   Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii)   Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii)  Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix)   Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x)   Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel



Aktiviti Didik Hibur
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
 
( i )   Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii )   Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii )  Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv )  Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v )  Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi )  Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.



Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran



Artikel ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar


Terima Kasih