Showing posts with label Pemulihan Khas. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan Khas. Show all posts

[BBM] Latihan Memadankan Suku Kata dan Menulis lebih 50 Perkataan KV+KVK

Lembaran kerja latihan ini saya perolehi daripada Facebook Page FRs Fun Time With Mom&Dad. Murid perlu memadankan suku kata KV dengan KVK untuk membentuk lebih 50 perkataan KV+KVK. Kemudian murid menulis perkataan yang dipadankan menggunakan garisan yang disediakan. Latihan ini membolehkan murid menguasai suku kata terbuka KV, suku kata tertutup KVK dan juga perkataan dua suku kata KV+KVK.

Terima kasih kepada Mommy FR, tuan punya FRs Fun Time With Mom&Dad

Untuk muat turun, ada beberapa cara:
  1. Sila right click pada gambar dan pilih save image as (Format files adalah jpg)
  2. Sila klik DI SINI untuk muat turun di Dropbox (Format files adalah pdf )
  3. Boleh ke Facebook FRs Fun Time With Mom&Dad



























Terima Kasih

[IDEA PdPc] Belajar Menulis Huruf Melalui Aktiviti Mewarna Huruf Menggunakan Putik Kapas atau Cotton Buds

Mengajar murid atau kanak-kanak menulis tidak semestinya menggunakan pensel atau alat tulis. Salah satu cara belajar menulis huruf adalah dengan mewarnakan huruf menggunakan putik kapas atau cotton buds atau pun juga dipanggil cotton swab. Putik kapas yang kita biasanya gunakan untuk membersihkan telinga ini boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Pelbagai jenis dan jenama putik kapas di pasaran

Apa yang diperlukan:
  • putik kapas 
  • kertas untuk menulis huruf kecil atau huruf besar menggunakan marker pen
  • pewarna air (water colour)
  • alas kertas atau pelapik yang sesuai sebagai alas tempat murid mewarna

Murid boleh guna satu warna sahaja atau boleh guna pelbagai warna untuk warnakan huruf. Murid boleh membuat titik-titik pada garisan huruf atau menyurih huruf mengikut bentuk huruf. Aktiviti ini merupakan aktiviti pratulisan untuk merangsang dan meningkatkan kemahiran motor halus sebelum murid atau kanak-kanak belajar menulis huruf menggunakan buku tulis. Ia juga dapat melatih murid atau kanak-kanak cara memegang pensel dengan cara yang betul.




Membuat titik-titik di atas garisan huruf
Membuat surihan mengikut bentuk huruf

Sumber:
  1. http://thestay-at-home-momsurvivalguide.com/2015/02/learning-to-write-alphabet-with-cotton.html
  2. http://discoverexplorelearn.com/cotton-swab-letter-tracing



Terima Kasih

Ciri-Ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Sedikit nota ringkas tentang ciri-ciri murid berkeperluan khas (MBK). Kredit to Wan Izimasha@slideshare.














Terima Kasih

Buku Pengoperasian Program LINUS2.0 Edisi 2015 (Terkini)

Buku Pengoperasian Program LINUS pertama kali dicetak pada 2011. Untuk muat turun Buku Pengoperasian program LINUS2.0 cetakan 2015, sila  klik DI SINI.

Muka depan Buku Pengoperasian LINUS2.0

Isi kandungan buku

KPI LINUS2.0

Konstruk Literasi BM

Konstruk Literasi BI

Konstruk Numerasi

Peranan Guru LINUS

Peranan Guru Pemulihan





Terima Kasih