Guru Pemulihan Khas ialah pendidik Istimewa

Guru Ibarat Cahaya Pelita atau lilin?
Siapakah guru?

From Wikipedia, the free encyclopedia:
A guru (Sanskrit: गुरु) is one who is regarded as having great knowledge, wisdom, and authority in a certain area, and who uses it to guide others (teacher). Other forms of manifestation of this principle can include parents, school teachers, non-human objects (books) and even one's own intellectual discipline, if the aforementioned are in a guidance role.

Rupa-rupanya perkataan 'guru' ada pengaruh bahasa Sanskrit. Antara peranan guru adalah pembimbing kepada yang lain. Secara rasminya, cikgu yang mengajar di sekolah itulah guru tapi sebenarnya skop seorang guru itu lebih luas lagi. Guru itu boleh jadi seorang ibu, bapa, dan mungkin juga benda-benda yang tidak bernyawa seperti buku.


Siapakah pula Guru Pemulihan Khas?

Artikel ini saya petik daripada http://pendidikmy.net yang dikarang oleh Mohd Isa Abd Razak. Saya telah cuba ringkaskan seperti di bawah.

Guru Pemulihan Khas Ialah Pendidik Istimewa
Selain guru pendidikan khas, golongan pendidik yang saya kagumi ialah guru pemulihan khas (GPK). GPK ialah pendidik istimewa kerana mereka mendidik murid yang istimewa juga.
Tugas sebagai GPK penuh dengan kekangan, cukup mencabar dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. GPK perlu menumpukan perhatian yang istimewa kepada murid secara individu. GPK juga menggunakan begitu banyak masa untuk melakukan persediaan sebelum masuk ke bilik darjah.
Saya yakin, setiap GPK mempunyai hasrat yang amat tinggi untuk melihat murid mereka menguasai a-b-c dan kembali ke kelas perdana. Untuk mencapai hasrat itu, mereka melakukan berbagai-bagai usaha. Antaranya termasuklah mencari jalan untuk memahami dan mengintimi murid, keluarga murid dan persekitaran murid. GPK juga mesti memanfaatkan pengetahuan psikologi ketika berhadapan dengan murid. Tidak ketinggalan, pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik mereka gunakan untuk mencelikhurufkan murid.
Pihak berwajib menilai penat lelah GPK sama seperti guru biasa. GPK tidak menerima elaun kritikal seperti yang diterima oleh guru pendidikan khas. Mereka juga tidak menikmati bayaran intensif seperti yang diterima oleh guru yang mengajarkan mata pelajaran tertentu dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Alangkah baiknya jikalau kita dapat berkongsi kisah benar GPK melalui wadah blog atau Facebook!
Suatu masa nanti, GPK muda akan berumur juga. Pada masa itu pasti ada GPK berusia itu cuba menyorokkan air mata gembira apabila ada murid pemulihan menyatakan rasa terhutang budi yang teramat sangat kepada cikgu yang mencelikhurufkannya. Pasti GPK berusia itu terharu apabila mantan muridnya menyatakan kepada hadirin bahawa tanpa kehadiran GPK dalam hidupnya, keselesaan hidup yang mula dinikmatinya itu tidak mungkin diraih.
Oleh hal yang demikian, kepada semua GPK muda, teruskan usaha cikgu untuk mencelikhurufkan dan memandaikan murid dengan ikhlas dan penuh kesungguhan. Kongsikan cabaran dan kejayaan cikgu. Catatkan pengalaman suka duka cikgu sebagai GPK dan siarkan di blog atau Facebook. Saya berminat untuk membaca catatan pengalaman cikgu.

*****

Terima Kasih Atas Sokongan Anda