SBPA : Pemilihan semula opsyen persaraan ke umur 60

SBPA


MOHON DIBENARKAN PENJAWAT AWAM PILIH SEMULA OPSYEN PERSARAAN
10/01/2012 7:45pm

SERDANG 10 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak Cuepacs sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan,” katanya. - BERNAMA

#

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas

Catatan Nota 

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas
  • Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
  • Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
  • Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
  • Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
  • Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.


Peranan GPK Dalam Program LINUS

Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.

Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan).

Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah Rendah, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.


Punca dan Bidang Kuasa

Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Senarai Semak Tugas-Tugas GPK

1) Instrumen/Ujian yang dijalankan
  • Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)
  • Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
  • Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT
  • Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
  • Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
  • Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu bapa)
  • Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
  • Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
  • Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid
  • Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke semasa


2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas
  • Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013
  • Fail Guru – 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
  • Fail Maklumat Program– 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas)
  • Fail Surat Menyurat – 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
  • Fail Minit Mesyuarat – 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat)
  • Fail Murid – 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
  • Fail Diagnostik BM&MT – 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT
  • Fail Pelepasan BM&MT – 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain)
  • Fail Analisa Ujian – 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana)
  • Fail Lembaran Kerja – 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
  • Fail Kertas kerja – 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
  • Fail LINUS – 06/04/013/11(Maklumat LINUS/
  • Fail Individu murid
 
3) Pengurusan Program LINUS
  • Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011
  • Menjadi AJK program LINUS di sekolah
  • Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
  • Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
  • Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
  • Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
  • Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
  • Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
  • Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid Sumber : Borang Pemantauan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Program Tiga M (PROTIM)

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM.

PROTIM
Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.

Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan. Soalan disediakan bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.