DISLEKSIA | Apa Yang Perlu Guru Tahu?

Mengejutkan tapi itulah realitinya. Berita Harian 24/3/2012 melaporkan bahawa kira-kira 45, 000 (50 peratus daripada lebih 90,000) kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia.

Perangkaan daripada Kementerian Pelajaran menunjukkan 5 daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan. 







Murid-murid disleksia menghadapi masalah kesukaran mengeja, membaca dan menulis.  Mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf, suku kata atau perkataan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kecelaruan pada otak di bahagian bahasa.


Hampir semua sekolah mempunyai murid disleksia. Apa yang membezakan mereka adalah tahap disleksia yang dihadapi sama ada ringan, sederhana atau teruk. Ramai yang tidak menyedari tentang murid-murid disleksia dan ini menyebabkan murid cenderung dilabelkan sebagai malas, bodoh dan lembab.



Sumber: Berita Harian, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGMKBM, Buku Pengantar Pendidikan Khas