Kanak-Kanak Belajar Menjadi Orang Dewasa di KIDZANIA Kuala Lumpur

Rabu lepas saya pergi ke Kidzania Kuala Lumpur di Curve NX, Mutiara Damansara kerana mengikuti rombongan prasekolah. Dalam hati tertanya-tanya, Kidzania ini apa? Rupa-rupanya Kidzania ini adalah replika sebuah bandar tetapi bersaiz kanak-kanak. Tidak di sangka, di dalam bangunan Curve NX itu terdapat sebuah bandar mini, a city of Kidzania. Lokasinya bersebelahan dengan IKEA sahaja.

Bangunan Kidzania KL di Curve NX Mutiara Damansara


Pemandangan di dalam bangunan Kidzania

Di dalamnya ada bangunan, kedai, hotel, panggung wayang, restoran, balai polis, mahkamah, balai bomba, salun, TNB, Telekom, Lapangan terbang, stesen minyak, tempat belajar kereta, tempat cuci kereta, pasaraya, sekolah memasak, sekolah melukis, kolej, rumah kediaman, kilang, hospital, disko pun ada, stesen TV, bank, stesen radio Hitz.fm dan banyak lagi. Bumbungnya pula di cat seolah-olah seperti langit biru.

Bangunan Balai Polis Kidzania City
CSI @City of Kidzania

Balai Bomba Kidzania
Fire Station, City Of Kidzania

Di sini, kanak-kanak bermain dan belajar menjadi orang dewasa melalui pekerjaan yang dilakukan. Terdapat lebih daripada 90 pekerjaan yang ditawarkan di Kidzania. Apabila bekerja, kanak-kanak akan dibayar gaji menggunakan wang yang dinamakan Kidzos. Dengan Kidzos, mereka boleh membeli makanan, membayar perkhidmatan, menyimpan di bank atau pun membelanjakannya di kedai yang menggunakan mata wang Kidzos yang terdapat di City of Kidzania.

mata wang Kidzania City
Mata wang Kidzania iaitu KidZos

Di sini wang kidzos tidak laku kerana RM sahaja ada nilai

Kanak-kanak di Kidzania boleh memilih pekerjaan yang disukai seperti bomba, polis, hakim, peguam, penyiasat, pekerja Telekom, doktor, doktor gigi, jururawat, pilot, flight attendant, wartawan, pengacara dan sebagainya. Pekerjaan paling popular adalah bomba dan pilot/flight attendant. Di sini, pengunjung terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran. Saya terpaksa menunggu hampir 40 minit untuk memenuhi impian seramai 7 orang anak-anak prasekolah sepanjang masa bertanya.... cikgu, bila nak jadi bomba ni....?

Aktiviti bekerja sebagai bomba memang nampak menarik pada mata kanak-kanak. Selepas mendengar taklimat, mereka akan dibawa menaiki kereta bomba. Di atas kereta bomba, mereka menyanyi lagu sementara kereta bergerak menuju ke tempat kebakaran. Sampai di tempat kebakaran, mereka akan memadamkan kebakaran yang berlaku di hotel menggunakan alat yang memancutkan air ke arah hotel. Kebakaran memang nampak macam betul-betul berlaku. Ada api, ada bunyi seperti kaca-kaca pecah dan bunyi letupan.

Pasukan bomba Kidzania
Impian tercapai. Sedang kusyuk mendengar taklimat kebakaran.
Hotel terbakar
Apa yang sedang mereka dengar agaknya??

Satu aktiviti mengambil masa antara 15-20 minit. Aktiviti pula ikut kesesuaian umur dan bilangan peserta. Contohnya untuk jadi bomba, ambil masa 20 minit dan hanya melibatkan 8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas sahaja dalam satu-satu masa. Selepas habis aktiviti menjadi ahli bomba, kanak-kanak akan dibayar gaji sebanyak 8 kidzos. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan terlibat di dalam setiap aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak. Orang dewasa hanya boleh melihat dari jauh, maklumlah kanak-kanak kan sudah bertukar menjadi dewasa di Kidzania!

Peraturan aktiviti di Fitters Fire Station. (+8 maknanya dapat gaji 8 KidZos)

Jika kanak-kanak ingin belajar sesuatu seperti belajar melukis di Painting School, mereka dikenakan bayaran sebanyak 5 Kidzos.

Peraturan aktiviti di Painting School. (-5 bermaksud kena bayar 5 KidZos)

Hospital di Kidzania City
Hospital KPJ. Tak sempat nak masuk.

Kidzania Kuala Lumpur ini boleh memuatkan sehingga 1700 orang dalam satu masa. Pada hari rabu lepas, saya dimaklumkan lebih 1000 orang berkunjung ke Kidzania.

Di tingkat dua selepas turun dari kapal terbang AirAsia.

Kidzania Malaysia adalah rangkaian Kidzania yang ke-9 di dunia dan dibuka pada 28 Februari 2012. Kidzania berasal dari Mexico dan sudah pun berada di Jepun , Korea, Dubai, Jakarta, Lisbon, Monterrey, Koshien, Santiago dan Cuicuilco.


Panjang lagi kalau nak tulis tentang Kidzania ini, jadi saya fikir baik saya ringkaskan saja.





Terima kasih daun keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...